Followers

7.31.2009

Tasik-Tasik di Dunia

Tengah-tengah layan internet, jumpalah gambar-gambar beserta fakta yang menarik ni, berkenaan tasik-tasik di dunia. This information came in english, try to understand it. hehe, we are an science and math in english learner kan....

Five-Flower Lake (China):


Beautiful Multi-Coloured Lake with Fallen Tree Trunks

The Wuhua Hai, or Five-Flower Lake, is the signature of the Jiuzhaigon National Park in China. The lake is a shallow multi-coloured lake whose bottom is littered with fallen tree trunks. The water is so clear that you can see the trunks clearly. The water comes in different shares of turquoise, from yellowish to green, to blue. It is located at an elevation of 2472 meters, below Panda Lake and above the Pearl Shoal Waterfall.



Dead Sea (Israel and Jordan):


Lowest Point on Earth

The Dead Sea is a salt lake situated between Israel and the West bank to the west, and Jordan to the east. It is 420 meters (1,378 ft) below sea level and its shores are the lowest point on the surface of the Earth on dry land. The Dead Sea is 330 m (1,083 ft) deep, the deepest hypersaline lake in the world. It is also the world's second saltiest body of water, after Lake Assal in Djibouti, with 30 percent salinity. It is 8.6 times saltier than the ocean. This salinity makes for a harsh environment where animals cannot flourish and boats cannot sail. The Dead Sea is 67 kilometers (42 mi) long and 18 kilometers (11 mi) wide at its widest point. It lies in the Jordan Rift Valley, and its main tributary is the Jordan River.

The Dead Sea has attracted visitors from around the Mediterranean basin for thousands of years. Biblically, it was a place of refuge for King David. It was one of the world's first health resorts (for Herod the Great), and it has been the supplier of a wide variety of products, from balms for Egyptian mummification to potash for fertilizers.



Lake Titicaca (Bolivia and Peru):


World's Highest Navigable Lake

Lake Titicaca is a lake located on the border of Bolivia and Peru. It sits 3,812 m (12,500 ft) above sea level making it the highest commercially navigable lake in the world. By volume of water it is also the largest lake in South America. Lake Titicaca is fed by rainfall and meltwater from glaciers on the sierras that abut the Altiplano.



Lake Baikal (Russia):


Deepest and Oldest Lake in the World

Lake Baikal is located in Southern Siberia in Russia, and it's also known as the "Blue Eye of Siberia". It contains more water than all the North American Great Lakes combined. At 1,637 meters (5,371 ft), Lake Baikal is the deepest lake in the world, and the largest freshwater lake in the world by volume, holding approximately twenty percent of the world's total fresh water. However, Lake Baikal contains less than one third the amount of water as the Caspian Sea which is the largest lake in the world. Lake Baikal was formed in an ancient rift valley and therefore is long and crescent-shaped with a surface area (31,500 km²) slightly less than that of Lake Superior or Lake Victoria. Baikal is home to more than 1,700 species of plants and animals, two thirds of which can be found nowhere else in the world and was declared a UNESCO World Heritage Site in 1996. At more than 25 million years old, it is the oldest lake in the world.



Red Lagoon (Bolivia):


Red (algae) + White (borax)

The Laguna Colorada (Red Lagoon) is a shallow salt lake in the southwest of the altiplano of Bolivia, close to the border with Chile. The lake contains borax islands, whose white color contrasts nicely with the reddish color of its waters, caused by red sediments and pigmentation of some algae.



Boiling Lake (Dominica):


A Flooded Fumarole

The Boiling Lake is situated in the Morne Trois Pitons National Park, Dominica's World Heritage site. It is a flooded fumarole, or hole in the earth's surface, 10.5 km east of Roseau, Dominica, on the Caribbean. It is filled with bubbling greyish-blue water that is usually enveloped in a cloud of vapor. The lake is approximately 60 m across.

7.28.2009

Padat, Padu & Terisi


Pelajar-pelajar Sekolah DAR Terengganu, saban tahun akan ke KUDQI

Bermula Khamis baru-baru ini, saya dijemput untuk mengendalikan satu program khas untuk pelajar sekolah-sekolah rendah Islam negeri Terengganu yang diadakan saban tahun anjuran lajnah hubungan luar. Dengan nama Kem PIMPIN, program ini saya tidak ikuti dari awal kerana berlaku pertembungan urusan antara program ini dan urusan peribadi. Saya hanya hadir pada hari Jumaat keesokannya dan bersama-sama jawatankuasa penganjur hingga ke akhir program.


Program di kampung, maka lembu juga turut serta dalam LDK. Itu biasa.. Hehe

Lama benar tidak mengisi program yang disertai dengan kanak-kanak. Kesabaran, kekreatifan dan kemesraan amat diperlukan. Sifat seorang ayah teruji benar bila mengendalikan program yang pesertanya jarang sekali meninggalkan rumah dalam masa yang lama. Dalam program ini, sewajarnya saya berterima kasih kepada sahabat saya Hadi dan partner kerja Ustazah Syuhada yang bertungkus lumus menjayakan program ini agar masa yang diluangkan peserta selama 3 hari berbaloi dengan apa yang diperolehi mereka.


Ustaz Mat Saril Jusuh dalam Sesi Taklimat

Sehari berada di rumah, tenaga saya diperlukan pula oleh sebuah program anjuran MDQ. Kem Pelajar Harapan yang menghimpunkan pelajar-pelajar yang sedikit nakal untuk ditarbiyah dan diikat dengan nilai akhlak Islam. Walaupun agak mustahil untuk melaksanakan semua itu dalam masa 2 hari 1 malam, saya kira biarlah ianya menjadi permulaan untuk mengikis sikap prejudis kepada orang yang ingin menasihati mereka. Biarlah mereka mampu memesrai golongan-golongan guru, pimpinan pelajar dan pengawas sekolah mereka.


Peserta banat, turut kelihatan ustaz Abu Bakar Soleh

Usrah wajib dijadikan acara penyambung kepada proses mengikat akhlak mereka agar terus terbiasa dengan suasana harmoni seharmoni hutan lipur dan taman pertanian sekayu iaitu tempat program dianjurkan. Sebenarnya, saya lebih terkejut dengan sikap hyper aktif adik-adik banat berbanding adik-adik banin yang lebih tenang dan tidak semeriah adik-adik banat. Apapun, samalah kita mendoakan mereka agar Allah sentiasa melimpahkan hidayahNya kepada kita semua. Saya percaya, mereka adalah insan yang baik tetapi masih tidak ditemui titik kebaikannya.


Abang Fasi menunjukkan keberanian. (Solehudin Ismail)

Balik dari Sekayu, ada satu lagi aktiviti yang begitu menerujakan saya iaitu teater Menunggu Kata Dari Tuhan yang hangat dipentaskan di seluruh negara dengan tiga teraju utama iaitu Dinsman selaku pengarah, Sabri Yunus pemegang watak utama dan musik latar yang dialunkan oleh Sani Sudin.

Malam kesenian Islam anjuran IPTAF Malaysia itu diadakan di dewan Konvensyen di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man. Penuh dewan tersebut dengan hadirin yang kebanyakannya adalah dari pelajar-pelajar sekolah pondok.


Bersama saudara Sani Sudin

Akhir program itu, saya dan Sabri sempat juga berbual-bual dengan saudara Sani Sudin. Sebagaimana yang diluahkan oleh Dinsman dalam Harakah terbaru, beliau juga sependapat bahawa dewan yang terlampau besar memerlukan kelengkapan audio yang hebat agar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut pelakon dan setiap alunan sayu dari bunyi gesekan biola itu dapat meresap jauh ke dalam jiwa penonton. Katanya lagi, perkara yang tidak dapat dipisahkan dari budaya melayu adalah membawa anak-anak kecil ke pementasan teater seperti itu. Anak-anak dibiarkan lari ke sana-sini yang sedikit sebanyak akan mengganggu pementasan teater yang sedang berlangsung.


Bersama Sabri Yunus.. Sabri Mamat macam baru bangun tidur je. Hehe

Program saya malam itu berlanjutan hingga ke pukul 1 pagi. Saya dan Sabri pergi ke pantai Batu Buruk untuk bersama-sama sahabat-sahabat lain yang mengadakan majlis jamuan BBQ. Saya lihat masing-masing begitu gembira dengan program-program santai begini. Semoga ukhuwwah ini berkekalan.


Bersama Selamanya....

Hari ini Program Tamrin Rabi'e Thanawi MDQ, juga diadakan di Sekayu. Saya mohon maaf kerana tidak dapat menghulurkan tenaga untuk program ini kerana tenaga saya perlu diperuntukkan juga di rumah.

7.22.2009

Durian's Hill XPDC


Tuan punya bukit, selalu sibuk! Hehe

Selesai sembahyang Subuh tadi Sabri telah mempelawa saya untuk menyertai satu trip ke bukit durian milik beliau di Marang. Kaya sungguh beliau ini, bukit pun beliau beli. Hehe. Saya dengan senang hati terus menerima ajakannya walaupun dalam keadaan mengantuk. Bukanlah kerana saya ni kaki durian, tapi sekali-sekala release tension di bukit beliau pun apa salahnya.


On the way ke rumah Sabri

Saya bertolak dari KUDQI selepas pertemuan AJK Nadi I'jaaz Ilmi kira-kira dalam 10.45 pagi. Kata Sabri, jika beliau menunggang kuda WKDnya, ianya hanya mengambil masa kira-kira setengah jam sahaja. Hebat betul beliau jika digandingkan dengan motornya itu. Hairannya, saya ke rumah beliau hampir menjengah sejam baru sampai. Mungkin saya ini terlalu berhemah dalam pemanduan kerana saya mempunyai begitu banyak list orang-orang yang tersayang untuk diingati.

Terus ke cerita bukit durian, saya tiba di rumah Sabri jam 12 tengahari dan bertolak ke bukit sekitar jam 2.30 petang. Kata beliau, bukitnya tidak ada durian, tahun ni tak menjadi lalu beliau mencadangkan agar kami pergi ke bukit datuknya yang lebih rendah dari bukitnya itu.


Sampai ke muka pacat ni, apa hal. Muka Ukasyah ni.

Halangan pertama kami adalah demonstrasi pacat yang maha banyak. Sekali kaki bergerak, berpuluh-puluh pacat meliuk lintuk mencari dari mana datangnya bau manusia ini. Cepat sekali pacat datang ke kaki, macam jamuan kahwin lagaknya. Datang menghinggap kaki sekaligus mengendurikannya. Selaku seorang yang berpengalaman, beliau mengeluarkan ubat yang mujarab untuk menghalau pacat-pacat yang lapar ini.

Sebiji bagi setiap orang katanya sambil membahagikan buah limau kasturi kepada setiap orang. Maklumlah, chief of the mission kan.. Tanpa lengah, kami pun melumurkan limau itu ke kaki dan sengaja menitikkan air limau itu ke atas pacat yang gatal naik ke kaki masing-masing. Menggelupur pacat tu, tergolek menyembah bumi. Masing-masing ketawa bangga atas kejayaan mereka menewaskan pacat itu.

Baru hendak memulakan pendakian, Sabri menerima panggilan telefon dari Ukasyah, bertanya di mana tempat kami berada sekarang. Tidak dapat tidak, kami terpaksa menunggu lebih kurang 15 minit lagi untuk membolehkan kami menaiki bukit durian itu. Masa yang ada tidak dilengahkan, Saifullah memulakan tugas mengungkas pokok duku dan orang yang berada di bawah mula melebarkan baju menadah buah duku yang bakal dilempar Saifullah ini.

Ukasyah sampai, kami pun memulakan pendakian. Jalan punya jalan, dari langkahan biasa kepada langkahan yang lebih jauh dan memerlukan tujahan kaki belakang yang kuat untuk terus naik. Kami jumpa dua simpang, ke kanan yang banyak pokok buluh atau ke kiri yang jalannya lebih harmoni. Sabri memilih kiri, katanya "betul dah wase..". Melongo semuanya mengekori Sabri. Jalan semakin mencabar, bunyi bebelan orang di belakang saya makin kuat dengan harap chief of the mission mendengar rintihan mereka. Kira-kira 10 minit berjalan, Sabri berhenti di sebuah batu besar. Rehat barangkali fikir saya atau mungkin sudah sampai.

Sabri membuka telefonnya, membuat panggilan dan bertanya "bukit tokki belah kiri ke belah kanan hok banyak pokok buluh tu?" Saya mula menyedari, dah salah jalan la tu. Selesai bercakap, Sabri berkata, "nanti jap weh, pak sedare aku mai r nanti.. Lama tak mari boh, tak ingat dah jalan hok mane" Tambahnya lagi.

Sambil-sambil menunggu, beliau mengajarkan lagi teori yang boleh digunakan di dalam hutan. "Whuuuu......" Beliau menjerit. "Kalau kita sorang je dalam hutan ni, jerit gitu la, tengok ada orang lain tak dalam hutan ni.. Haa dengar tu.." Sambil menadah telinga mendengar satu lagi jeritan mirip jeritannya.. "Okey, jom.."

Kami berjalan lagi dalam 15 minit dan akhirnya sampailah kami ke bukit durian milik datuk beliau itu. Berpeluh-peluh masing-masing bila sampai di sini. Macam baru lepas main futsal. Ada yang terus mencari durian dan ada juga yang melabuhkan punggung di atas pangkin yang dibuat bapa saudara Sabri.

Macam-macam ragam, betullah kata seorang sahabat saya, kalau nak buat program mengeratkan ukhuwwah, buatlah di tempat-tempat begini, lagi susah cabaran yang dihadapi, lagi erat ukhuwwah yang akan mengikat kita. Dalam masa sekitar setengah jam atau lebih inipun, ianya telah membuat kami mesra dan selesa apatah lagi sehari dua. Tapi jika berkhemah, saya memilih tempat yang lain, yang kurang sikit pacatnya. Hehe.


Antara lauk special tengahari itu

Sampai di rumah Sabri, kami di jamu dengan jamuan kampung asli. Masak lemak sayur rebung, gulai ayam kampung, singgang, jantung pisang celur, sambal belacan, budu, petai dan resipi spesial keluarganya, lada nyor. Makan sampai menangis kesedapan(Itu hanya kinayah/bandingan). Lama benar tak merasa kampung begini. Minum pula air kelapa yang dipanjat beliau, fresh dari ladang. Itu sahajalah coretan trip ke bukit durian kali ini, kalau anda nak merasa, berkawanlah dengan Sabri. Hehe. Ri, aku pomot mu ni, komisen tu jangan lupe. hehe. Setakat ini dulu, moga ukhuwwah antara kita berkekalan hingga ke akhir hayat dan bakal disambung bila kaki menginjak syurga.

Lain-Lain Gambar


Lukman berada di tepi sebatang pokok durian yang berusia... er, lama jugak la..


Ni bukan sejenis tarian, tak ada kena mengena langsung dengan upacara memanggil hujan. Ianya adalah untuk memastikan pacat tiada di kaki. Pakai but pun takut ke?


Yang tengah kopak durian tu, baru balik dari Indonesia. Lama tak makan kot, tu nampak rakus dan bergaya tu!


"Lihatlah hasilnya" kata Hami sambil menunjukkan urat-urat yang berselirat di tangan beliau.


Ni la wajah-wajah yang menyertai trip adventure ini (Ukasyah tiada dalam gambar kerana dipaksa mengambil gambar)


Looks like a warrior's from Sabr's Mountain, isn't? Angguk je, jangan malu-malu.hehe


2 tough durian's carrier..



Sayur rebung special.


Nampak saja sopan, bila dah bismillah, maka tak sampai 7 minit, segalanya sudah boleh dibasuh


Balik....Thanks to Sabri n Family

7.21.2009

Petanda Maha Pencipta

Alam merupakan tanda kepada kekuasaan dan kesempurnaan Allah. Setiap kali melihat alam, hendaklah hati kita turut sama menghadirkan perasaan kagum kepada Allah atas ciptaannya yang maha hebat ini. Apa yang pasti, sehebat mana pun teknologi, pasti tidak akan terbanding jika dinilai dari apa yang dicipta Allah.

Begitu jua Allah mencabar manusia supaya mencipta lalat jika mereka merasa mereka lebih hebat dari Tuhan. Nescaya manusia akan gagal mencipta walau hanya lalat seekor. Saya ada maklumat tentang lalat yang bakal dikongsikan selepas ini. Satu fakta yang menarik untuk anda semua tentang peranan lalat dalam dunia ini.

Posting kali ini saya selitkan bersama gambar yang diambil oleh adik saya yang bila masa beliau merakamkannya tidak pula saya pasti. Apa yang penting, gambar ini hanya diambil dari atas rumah kami sahaja.



Sunset At Telipot


Sunrise At Telipot 1


Sunrise At Telipot 2

Anda lihat gambar ini, katalah SubhanaLlah, bukan kepada pengambil gambar ini, akan tetapi kepada Allah yang menciptakan alam yang tidak mampu anda datangkan seumpamanya.

SubhanaLlah....
AlhamduliLlah....
Allahuakbar....

7.19.2009

Untuk Wanita



Dulu pernah saya berikan ayat ini kepada seseorang, dengan sedikit tambahan dari saya iaitu "i'll be the chosen one, who'll climb up a tree without let an apple throw herself down...". Bagi saya, setiap lelaki mesti mencuba untuk pastikan hubungan yang dibina akan berakhir dengan keredhaan dari Allah dan elakkan maksiat sebelum kahwin kerana ianya akan menjadi beban kepada kamu selepas kahwin. Maha Suci Tuhan Yang menemukan Adam dan Hawa dan memisahkan Nuh dan perempuannya. Bercintalah kerana Allah semoga dengan cinta itu akan mengelakkan kamu cenderung kepada kejahatan dan mendekatkan diri dengan kebaikan. Itulah definisi cinta kerana Allah.

Mau'idzah 2- Jujur

Jujur... Pentingkah kejujuran? Kata ayah saya, kejujuran sangat-sangat penting jika kita ingin berkecimpung dalam dunia perniagaan. Ayah menjawab begitu kerana beliau merupakan seorang peniaga. Tapi kadang-kadang ayah saya juga mengatakan kejujuran diperlukan dalam dunia dakwah. Sering juga beliau menegaskan sikap ustaz-ustaz supaya jujur dengan ilmu yang dipelajari.

Jujur merupakan satu sikap yang diperlukan dalam semua keadaan. Bagi saya, jujur dalam ibadah ianya akan menuju ikhlas, jujur di dalam percintaan ianya akan membangkitkan kesetiaan, jujur dalam berkawan akan mengeratkan, jujur dalam bekerja akan beroleh keberkatan, jujur dengan ilmu akan beroleh mauhibah, jujur dengan diri sendiri akan mendapat kecemerlangan.

Senang ditulis tapi sukar sekali untuk dilaksanakan.

Dalam mencari jujur dalam ibadah, sering juga tersasar-nanar untuk meraih perhatian orang. Tipu jika tiada sekelumit perasaan ditengok orang bila sembahyang, berkopiah, membaca Quran, berzikir dan lain-lain ibadah.

Dalam mencari jujur dalam percintaan, sering juga terkesima dengan top list apa yang disebut dalam hadith mencari calon isteri iaitu kecantikan wanita-wanita lain.

Dalam menjaga jujur bersahabat, kerap juga mulut terlepas cakap menyakiti hati mereka.

Dalam mencari jujur dalam bekerja, seringkali juga tidak menjalankan apa yang diamanahkan dengan baik.

Dalam mencari jujur dengan ilmu, tersasar juga melakukan perbuatan dilarang dan meninggalkan perbuatan yang disuruh.

Dalam mencari jujur dengan diri sendiri, mesti sekali-sekala melanggar batas yang ditetapkan diri sendiri.

Apa yang perlu dibuat? Mintalah kepada Allah untuk menetapkan hati dalam ketaatan kepadaNya, berdoalah dengan apa yang kita faham. Lahjah mana sekalipun yang digunapakai oleh kita pasti difahami Allah.

Jujur itu meningkatkan nilai diri kita, sebagaimana jujurnya nabi Muhammad yang beroleh kasih Khadijah, yang diberi kepercayaan menyimpan barang orang Quraisy ketika dakwahnya ditolak mereka dan menjadi hakim meletakkan Hajarul Aswad ke tempat asalnya.

Oleh itu, tanyalah diri masing-masing, jujurkah kita?

Tuhfatus Saniyyah

Rancangan Lukman untuk mengatur kelas pada musim cuti ini dilihat telah menunjukkan kejayaan apabila kelas pertama kami telah bermula semalam. Dengan kitab Tuhfatus Saniyyah Bisyarhil Muqoddimat al-Ajrumiah, kami berlima (Saya, Lukman, Hadi, Sabri, Wan Zul) mengadap ustaz Khalil selama satu jam untuk mendengar dan mencatat isi dan butiran penting berkenaan ilmu struktur bahasa Arab ini.

Kitab ini pernah juga saya guna sewaktu di Syria dulu apabila ada seorang kawan memperkenalkan saya kepada seorang Arab Maghribi yang ada kebolehan untuk mengajar bahasa Arab. Umar al-Khaddho'ie namanya. Seorang yang lucu dan laser. Memang saya berpuas hati dengan method pengajarannya yang begitu jelas dan penuh dengan kaedah-kaedah tambahan yang mudah diingat. Namun sayangnya, kitab itu tidak dapat dihabiskan atas beberapa masalah.

Sabtu kelmarin, sekali lagi saya membaca kitab ini dan sekali lagi saya merasa puas dengan penerangan yang dibuat oleh ustaz Khalil yang begitu banyak memberikan maklumat tambahan kepada kami. Grammar adalah perkataan Inggeris yang mana menurut ustaz Khalil ianya diambil dari nama pengarang Matan Ajrumiyyah yang dikenali dengan nama Ibnu Aajurrum.

Banyak lagi maklumat-maklumat lain yang dikongsi oleh beliau yang kadang-kadang membuatkan kami menggeleng-geleng kepala sambil berkata,: "rupanya begitu...". Doakan semoga kami dapat menghabiskan buku ini dan beroleh manfaat darinya.

P/s: Umar Maghribi itu, seribu bait syair dari Matan Alfiyyah karya Imam Ibnu Malik di dalam kepalanya. Hebat betul!

7.16.2009

At-tahani' Ilal Mujahid

Mungkin agak lewat diucapkan, namun saya masih juga mahu menuliskan ucapan tahniah ini khususnya kepada pejuang-pejuang Islam di Manek Urai yang bekerja keras untuk memastikan kemenangan Islam di sana.

Biar hanya bermajoritikan 65 undian. Menang tetap menang walau dengan satu undi. Namun pada kemenangan ini ianya perlu dimuhasabah kembali adakan dari kalangan kita terlampau yakin dengan kemenangan hinggakan Allah mengajar kita dengan majoriti yang sedikit ini.

Usah disalahkan parti lawan kerana mereka memang berperangai begitu, sukakan helah dan tipudaya. Salahkan diri kita kerana mungkin kerana keyakinan melampau kita menyebabkan munajat kita tidak seteguh sewaktu kita berada di era kesulitan pada PRU12 lalu.

Saya tidak pergi, hanya doa saya sahaja yang mampu sampai ke sana kerana doa senjata saya. Semoga apa yang dimohonkan memberi manfaat kepada perjuangan ini. Sekalung tahniah saya ucapkan sekali lagi buat semua pejuang Islam yang bertungkus lumus berjuang hingga ke akhirnya. Jasa kalian amat besar nilainya di sisi yang Maha Besar. Seeru ala barakaatiLlah.

Kredit kepada www.perisik-rakyat.com

7.15.2009

A Migration..


BKJournal yang lama templatenya

Mungkin agak teruja dengan kehadiran ramai sahabat-sahabat khasnya dari KUDQI yang mula membanjiri dunia tanpa sempadan ini, maka terdetik di hati kecil saya untuk menukar template yang sedia ada kepada template yang lebih retro walaupun pada asasnya segala yang dibebelkan di atas tidak ada kena mengena langsung dengan penukaran template ini. Hehe..


Kredit kepada Dilarang Melarang untuk template yang simple ini

Masih lagi mengekalkan gaya penulisan yang sama iaitu tidak terlampau berat dan tidak terlampau ringan, saya sekarang tidak fikir bahawa template ini akan tahan lama di blog saya. Paling tidakpun, background image pasti akan bertukar seperti bertukarnya kulit sesumpah mengikut suasana.

Walau apapun, saya tetap akan cuba menjadi figura yang sama dan jika berubahpun, perubahan itu adalah kearah yang lebih baik. Seperti biasa, bagi yang membaca entry ini, sila angkat tangan dan berdoalah untuk saya.


P/s : Saya ada melancarkan kempen U Follow Me, I Follow U. So, jangan malu-malu nak ikut saya ye. Wassalam

7.14.2009

Cayalah Bro.. Dedikasi Untuk Mat Pih

Seperti yang saya katakan pada posting di bawah, posting ini adalah untuk mengembangkempiskan hidung adik saya yang juga merupakan tuan kepada blog ini setelah beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke sebuah universiti yang menjadi idaman Mazani untuk belajar di situ iaitu Universiti Islam Antarabangsa.

Kebetulannya, rakan sekelas saya yang juga merupakan antara scorer mumtaz bagi kebanyakan madah-madah di KUDQI iaitu Asma Wahap juga telah mendapat tawaran yang sama dan juga di bidang yang sama dengan adinda saya. Kepada Asma, andai terbaca warkah ini, ketahuilah bahawa kamu akan bersama-sama adik saya selama 3-4 tahun setelah kamu bersama dengan abangnya selama 3 tahun. Harapnya anda tidak bosan dengan kami ye. hehe..

Apapun, tahniah sekali lagi saya ucapkan buat adik saya yang suka sangat dressing with a bundle brand tu kerana berjaya melanjutkan pelajaran di UIA dan juga kepada x-classmate saya yang kini menjadi classmate adik saya, Asma dengan ucapan seeru ala barakatiLlah. Semoga dalam perjalanan mengutip mutiara ilmu Allah ini anda semua akan mendapat rahmat dan pertolongan dariNya. Wassalam.

Buku 100 Tokoh

Ketika bersama-sama calon-calon STAM lain pada hari Ahad lalu, saya sempat juga pergi ke Jendela Ilmu, sebuah kedai buku di Tanjung memandangkan taklimat STAM yang pada asalnya dijadualkan pada pukul 10.30 ditangguhkan kira-kira sejam lebih oleh pihak SMAASZA Batu Buruk.

Kesempatan itu saya gunakan sebaik mungkin yang pada asalnya adalah untuk membeli buku yang dikirim oleh adik saya Apih yang memerlukan beberapa buku bahasa arab dan bahasa inggeris untuk kegunaannya di UIA. Terlupa untuk mengucapkan tahniah padanya di dalam blog ini. InsyaAllah selepas posting ini barangkali. Sorry bro..

Tapi, bila dah melangkah masuk ke kedai itu, mata ini pasti akan melirik ke rak-rak lain dan kebetulannya duit yang diberi oleh ibu kesayangan saya ada lebih, maka tanpa melengahkan masa, saya segera menggenggam buku 100 Tokoh Yang Paling Berpengaruh Di Dalam Sejarah ini kemudian barulah saya mencari buku untuk adik kesayangan saya itu. Hehe.

Mungkin kerana tertarik dengan komentar T.G Nik Aziz tentang penulis ini yang meletakkan Nabi Muhammad sebagai tokoh yang mendahului carta 100 ini dan ketidaksetujuan beliau menarik minat saya untuk membaca buku ini. Kata TGNA, tidak sesuai nabi kita diletakkan di tempat yang pertama, kerana nabi bukan tokoh, akan tetapi baginda adalah nabi yang diutus Allah, jauh mengatasi mana-mana tokoh yang ada di atas muka bumi ini. "Baginda adalah penutup kepada nabi-nabi" katanya lagi dalam mp3 Fiqh Sirah yang saya beli baru-baru ini.

Apa yang menarik minat saya lagi adalah apabila melihat susun atur carta ini yang meletakkan Isaac Newton mengatasi Nabi Isa bahkan Nabi Musa yang turut tersenarai dalam carta 100 ini tidak mendapat tempat 10 teratas pun. Namun perlu diingat, penulis ini menulis adalah dari perspektif pandangan agama yahudi dan kristian dalam menafsirkan kedua-dua nabi ini, jadi tidak hairanlah tempatnya tidak seperti umat Islam gambarkan.

Banyak info-info menarik dalam buku ini terutamanya pengenalan kepada tokoh-tokoh yang pada saya begitu asing dan tidak pernah didengar namanya sebelum ini sehinggalah setelah saya membaca buku ini. Oleh kerana buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia, maka pemahaman yang seratus persen tidak dapat diberikan namun dalam keasyikan membaca buku ini, tidak lupa saya mengucapkan terima kasih kepada ustaz Harun Esa atas tunjuk ajar beliau dalam memperkenalkan kami tahun 3 di KUDQI dengan budaya dan bahasa Indonesia yang begitu sukakan singkatan dalam bualan harian mereka.


Buku ini boleh dibeli dengan harga sekitar RM30 dan boleh juga didownload secara gratis di mana-mana laman web muat turun yang ada. Pasti tidak rugi membacanya.

7.13.2009

Wida' Team Akademik


Gandingan mantop Lajnah Akademik MPMKUDQI sesi 2008/2009

Walaupun majlis wida' ini telah berlalu kira-kira dua minggu yang lalu, namun dek kerana kesempitan waktu, anjakan dibuat hingga ianya hanya tersiar pada hari ini. Begitupun, ianya tidaklah mencacatkan proses dokumentasi kenangan yang saya lakukan ini. Kenangan ini harus direkodkan agar bila kita telah jauh ke depan, kita sekali sekala boleh menoleh ke belakang agar asal-usul susuk kita ini tidak dilupakan.

Saya telah melibatkan diri dalam Lajnah Akademik seawal tahun pertama kemasukan saya ke KUDQI, masuk dalam keadaan masih lagi blur dengan tugasan saya selaku S/U bidan terjun yang menggantikan seorang sahabat yang tawaqquf dalam pelajaran. Mungkin pembabitan pertama kali saya ini banyak menyusahkan dari memudahkan terutamanya kepada Boss saya ketika itu, ustaz Ibrahim Abdullah.

Tahun kedua, tugasan yang diberikan tidak saya jangka. Dari seorang yang mendapat jelingan manja ustaz Mohd Nor Hamzah sewaktu proses pendaftaran ke Kolej itu kerana berpakaian sedikit grunge kepada seorang Presiden yang pada jangkaan awal saya bakal menobatkan sahabat saya Sabri sebagai orang yang layak menjawat jawatan tersebut. Dalam tahun kedua ini, banyak perkara yang saya rasa menguji minda dan kemampuan saya untuk mentadbir. Pada tahun ini juga, saya masih lagi bersama Lajnah Akademik.


Bersama dengan Team Akademik Muslimin

Dalam masih banyak lagi perkara yang ingin dirancang untuk dilaksanakan, ternyata hajat hati ingin memeluk gunung tapi tangan ini tidak sampai untuk melaksanakannya dan saya memasuki fasa terakhir saya di KUDQI. Bergelar tahun 3 dan menjadi senior kepada adik-adik lain menjadikan perasaan ini tidak sama seperti bergelar ketua dulu. Lain benar rasanya dari think like a leader hingga ke sense of belonging yang tidak lagi dapat diadaptasikan dengan baik. Maaf kepada semua yang pernah bekerjasama dengan saya pada ketika bad attitude day ini.

Pada hari ketika saya menulis ini, barulah saya sedar kehilangan akan menyebabkan kita rindu kerana mungkin kita tidak lagi berpeluang untuk melibatkan diri menyusun kerusi dewan ketika periksa, menyapu dewan sebelum program, membuat slide untuk tayangan, mengarang surat meminjam itu ini, bergaduh manja ketika mesyuarat, merasa air yang dibancuh muslimat yang baik hati dan sesekali merungut kerana kasihankan mereka yang mengalami gula berlebihan di aspuri dan kadang-kadang kurang pula. Namun apapun, semua ini pasti akan menjadi satu sejarah yang bakal saya toleh disaat saya mencari nilai diri ini.

Terima kasih buat semua yang pernah berkoloborasi dengan saya di dalam gerak kerja persatuan dan maaf andai selama kita bergandingan saya telah tidak sengaja mengguris hati dan perasaan sahabat-sahabat sekerja. Semoga apa yang diusahakan kalian dari dulu hingga ke akhirnya akan sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah yang Maha Besar. Ameen..

7.12.2009

Projek I'jaaz Ilmi



Pada hari akhir peperiksaan saya di KUDQI, sempat juga saya menghadiri satu pertemuan dengan al-Fadhil Ustaz Nik Mohd Noor dan beberapa orang sahabat lain yang turut hadir dan berminat untuk menyertai satu idea yang dikeluarkan oleh Ustaz Nik iaitu untuk menubuhkan satu kelab yang berperanan untuk mengkaji dan mendalami ilmu I'jaaz Ilmi dengan tujuan dan harapan agar ilmu ini lebih dikenali dan lebih dekat dengan hati pelajar KUDQI khasnya dan masyarakat amnya. Moga-moga dengan mengenali dan mendekati ilmu ini ianya akan dapat meningkatkan keyakinan iman kita kepada kebenaran yang dibawa oleh agama Islam.

I'jaaz Ilmi adalah satu ilmu yang masih lagi baru dan ianya tertumpu kepada aspek-aspek menguatkan al-Quran sebagai Mukjizat dan apa yang dilafazkan Nabi itu tidak lain tidak bukan adalah Wahyu dari Allah semata-mata. Ilmu ini menguatkan fakta sains dengan kehadiran nas-nas al-Quran dan Sunnah bahawa apa yang ada di dalam kedua sumber teratas ummat Islam ini adalah benar dan tepat. Banyak contoh-contoh penemuan sains yang menepati apa yang terakam di dalam al-Quran dan Hadis seperti gunung-ganang sebagai pasak kepada bumi, Ajbuz Zanab yang tidak terkesan dengan perubahan suasana, angin talkih yang membantu pertumbuhan tanaman dan lain-lain lagi.


Syeikh Abdul Majid Zindani Foto Kiri, Dr. Zaghlun Najjar Foto Kanan

Antara tokoh-tokoh ulama' yang mendokongi ilmu ini adalah seperti Syeikh Abdul Majid Zindani, seorang ulama' mujahid dari Yaman, pakar geologi dari Mesir yang pernah bekerja dengan NASA, Dr. Zaghlun Najjar dan ramai lagi ulama'-ulama' lain yang hebat dan gah dengan ilmu masing-masing. Mereka tidak pernah letih mengkaji dan mendalami apa yang dinamakan sebagai ilmu I'jaaz Ilmi ini agar hasilnya dapat dinikmati bersama oleh masyarakat dan seterusnya meningkatkan kekuatan iman.

Gagasan dari Ustaz Nik ini disambut baik oleh kira-kira 13 orang pelajar dan untuk langkah pertama ini, kami bersetuju melantik Ustaz Ismail, junior saya yang umurnya jauh lebih senior dari saya bahkan ilmunya juga. Allah yubarik fiih. Antara agenda utama kami dalam jangka masa yang terdekat adalah melakukan sesi pengenalan tentang ilmu ini dan antara artikel yang bakal diterjemahkan oleh kelab ini adalah I'jaaz Fi Ahadeesi Nabiyy : 'AjbuzZanab. Boleh rujuk di laman web Jamiah Iman. Klik sini.

Doa dari anda akan membantu melancarkan gerak kerja kami. Semoga kita sama-sama dapat merasai hasilnya nanti.

7.11.2009

Al-Fatihah Li Jaddiey al-Habeeb..


(1921-2009) Almarhum Tokki bersama dengan Ayah.

Pada hari Isnin lalu, saya menerima sms dari abang cik dan kak lang yang memaklumkan tentang kematian tokki terakhir saya. Sejak Isnin lalu, saya tidak lagi mempunyai datuk. Tokki adalah penggilan yang saya rasa mungkin masyhur di Terengganu dan negeri-negeri sekitar Terengganu ini.

Dua hari sebelum kematian Tokki, sempat juga saya membaca al-Quran di sisi katil beliau yang demam ketika itu. Namun, Allah tidak pernah melewatkan ajal yang telah ditetapkannya sejak lama dulu lagi. Almarhum Tokki pergi meninggalkan kami untuk bertemu tuhannya.

Semoga beliau ditempatkan di kalangan hamba-hamba Allah yang soleh. Terima kasih kepada ayah, adik-adiknya yang sabar dan mampu melayan karenah tokki sewaktu hidupnya dahulu. Sikap itu insyaAllah akan dibalas dengan layanan yang baik dari anak-anak kalian juga. Al-Fatihah..

Hari-Hari Akhir (Dedikasi Untuk KUDQI)

Khamis lalu, saya dalam peringkat 98% untuk menyudahi pengajian saya di KUDQI. 2 peratus lagi adalah tamrin dan konvokesyen yang akan diadakan pada awal bulan Ogos nanti. Sedih? Hm, Walaupun dalam jangka masa 3 tahun, kesan keakraban saya dengan desa Kubang Lembek dan penghuninya pasti sangat membekas di hati saya. Apatah lagi dengan kawan-kawan yang menjadikan diri saya ini selalu terlupa kepada masalah. Segala-galanya adalah bersama.

Tapi, sedikit yang menggerunkan saya selagi tarikh 23hb ini tidak menjelma kerana pada tarikh itu terdapatnya satu kuasa yang akan menyenaraikan saya sebagai mahasiswa yang akan berkonvo tanpa hamil sebarang madah atau mahasiswa yang membawa dua madah yang dapat diubati segera untuk sama-sama menggenggam sijil pada hari konvokesyen nanti atau terus sakit dengan wabak 3 madah dan ke atas dan seterusnya menyaksikan muka ini terkulat-kulat tatkala orang lain tersengih-sengih mengambil sijil dan bermacam penghargaan lagi.

"Ya Allah, sucikanlah hati Mohd Ridhuan, janganlah engkau bebaninya dengan beban yang berat, permudahkanlah urusannya dan masukkanlah dia ke dalam golongan yang mendapat berkat dan rahmatMu ya Allah..." Terima kasih kerana telah berdoa kepada saya. Semoga dengan doa sahabat yang dititip indah tanpa saya sedari bakal menjadi sebab Tuhan memakbulkan doa itu. Terima Kasih. :)

Kepada pelajar-pelajar, adik abang Mat semua, belajarlah elok-elok yer.. Jangan nakal-nakal. Minta ampun dan maaf juga kalau ada hati adik-adik abang Mat ni terguris ke, terhakis ke, ter yang berbagai lagi. Maklumlah, selaku manusia, kadang ada juga salam yang dihulur kalian tidak bersambut, lambaian kalian tidak berbalas, mesra kalian dibalas masam dan nasihat kalian dipandang ringan. Maaf atas semua itu. Semoga anda mendapat keredhaan dari Allah, tuhan yang maha agung.