Followers

2.03.2026

Genjatan Senjata PAS dan Bersatu, Tanda PAS berjiwa besar

                                                       

Genjatan Senjata yang diumumkan oleh YB Syahir Sulaiman dalam hantaran facebook beliau baru-baru ini menunjukkan yang PAS memang sebuah parti yang berjiwa besar. Rentetan dari resolusi yang diputuskan dalam Retreat PAS Pusat baru-baru ini, PAS terus memberi komitmen untuk memperkasakan Perikatan Nasional. 

                                           

Hentikan tembak menembak sesama sendiri dan terus mengukuhkan kepercayaan rakyat kepada PN dipercayai menjadi sebab gag order ini dikeluarkan. Rakyat masih mengharapkan PN sebenarnya. Cuma mereka sedikit sangsi ekoran dari pertelagahan yang berlaku khususnya selepas apa yang berlaku di Perlis baru-baru ini. 

Oleh kerana itulah, saya berpandangan PAS sememangnya memiliki jiwa yang besar walaupun telah diperlakukan sedemikian rupa, tapi masih lagi memikirkan keutamaan kepada rakyat yang masih lagi menaruh kepercayaan kepada PN sebagai pilihan. Dikhabarkan fokus PAS selepas ini adalah persiapan menghadapi PRU yang bakal tiba tak lama lagi. 


Soal krisis dalaman Bersatu, itu mesti diselesaikan segera oleh mereka. PAS akan fokus kepada persiapan PRU. 

11.10.2012

Agama

Belajar agama bukan menjadikan orang itu suci.

Ada juga yang belajar agama tapi guna untuk melawan agama itu sendiri. Orientalis namanya.

Ada yang belajar agama, tapi tak berperilaku sebagaimana agama itu, kita namakan saja sebagai orang yang mendapat kemarahan Tuhan.

Ada juga yang belajar agama, tapi bukan kehendaknya, hanya kesungguhan ibu bapanya yang menggerakkannya untuk belajar dengan harapan agar jadi orang yang berguna.

Ada yang belajar agama kerana eranya terdapat orang agama yang popular dan kehendaknya mahu jadi seperti itu juga. Soal hatinya yang turut mahu popular atau mahu harta, itu terpulang kerana Tuhan tidak pernah menimbang popular di Mizan kelak.

Dan ada yang belajar agama kerana mahu memperbaiki diri, mendekat dengan Tuhan. Mencari redha dengan harapan bersih namanya dari senarai neraka yang manusia dan batu jadi penghuninya.

Belajar agama bukan menjadikan orang itu suci.

Agama itu suci, orang akan turut suci jika mengamalkan agama. Tapi tetap kotor jika tahu agama semata.


Aku Lupa

Hari ini, 
Aku baru ingat aku ada blog.
Tu pun pasal ada orang tanya. 
Keh keh keh.

Betul-betul tak ada tanggungjawab.

Oh ye, aku dah balik Yaman dah. 
Sikit masa lagi aku akan sambung balik journey aku ke masjid-masjid. 
Cuma buat masa sekarang aku sibuk.
Kejar kelas yang dah sebulan tinggalkan aku.
Sekian

6.30.2012

Mufawwar Yang Ada Penendang


Aku tak tahu mana rahsianya, mana kelebihannya, tapi apa yang aku tahu, mufawwar ammu Ali dekat tepi Saeelah di Sana'a al-Gadeemah memang betul-betul ada kick.


Minum mufawwar sambil bukak cerita lama dan harapan jika hidup di masa depan dengan soundtrack kereta lalu lalang dan lampu jalan yang nyala tak nyala. Aku rasa hidup ini lebih manis begini.

Projek Ziarah Masjid - Siri 1

Sebagaimana yang dijanjikan, aku pergi ke masjid yang pertama memandang usia masjid ini dan sememangnya masjid ini merupakan masjid pertama dibina di Yemen. Terletak di Babul Yemen, Sana'a. Masjid ini dibina pada tahun 6 Hijrah. Bilamana Rasulullah s.a.w mengutuskan sahabat untuk menyampaikan dakwah di Yemen. 

Masjid inilah yang dikatakan ada bukti i'jaaz bilamana Nabi s.a.w telah mengarahkan sahabat untuk membina masjid ini dengan Nabi s.a.w sendiri yang menentukan arah kiblatnya. Syeikh Abdul Majid Zindani dalam kajiannya menyatakan, ukuran yang dibuat pada zaman sekarang membuktikan bahawa arah yang ditunjukkan oleh nabi 1400 tahun dulu tepat terarah ke pintu Ka'bah sedangkan Nabi s.a.w sendiri tidak pernah sampai ke Yaman. 

 Bersama seorang pakcik dari kebanyakan pakcik-pakcik yang membaca al-Quran besar-besar macam ni.

 Al-Quran ni tulisan tangan, ditulis oleh orang dari Sana'a juga

 Boleh lihat saiz al-Quran ni dari atas

 Tiang ni menurut Fizal adalah sama dengan bucu Kaabah. 

 Boleh tengok siling dia macamana. Klasik!

Nama Masjid ni, al-Jami Al-Kabir.


P/s: Ok, ini baru siri pertama, kalau ada yang perlu diperbaiki, boleh komeng r. Ok?

6.27.2012

Poster Ceramah Mingguan

Poster Ceramah yang saya buat untuk minggu ini. Ingatnya nak terus guna tema ini dan hanya tukar nama penceramah, gambarnya, tarikh dan maklumat-maklumat lain. Di sini ada dua versi.

 Versi tak ada semua dijemput hadir

Versi ada semua dijemput hadir. Ok.

Komentar dan kritikan dialu-alu-alu-alukan. Ok!

6.25.2012

Makan-makan. Mat'am Sarie'.

Semalam aku dengan dua lagi kawan pergi makan-makan. Nama kedai tu Sarie'. Sarie' ni dalam bahasa Melayu maknanya cepat. Ada dua ihtimal yang dapat aku buat sebelum aku masuk dalam restoran ni. Satu mungkin servisnya cepat. Yang kedua mungkin ianya hanya sekadar terjemahan dari istilah orang putih untuk restoran macam ni. Iaitu, fast food restaurant

Selepas beberapa ketika aku duduk di restoran ni, maka aku mentarjihkan ihtimal aku yang kedua bahawa sarie' yang digunapakai disini hanyalah istilah yang diceduk dari barat sahaja.

 Gambar ni aku ambik pasal aku bosan tunggu makanan yang tak sampai-sampai. :) Jadi aku bagi sos ni nama, Sos Meleleh Sebelum Waktunya.

 Ini namanya Sish Tawook. Ayam ada rempah sikit-sikit. Boleh tahan. Tapi yang ni bukan aku yang makan. Ini Sufian Sana'a yang makan. (dah macam dialog Ahmad Albab)

Ini baru makanan aku. Filleh Dajjah atau chiken filleh. Jangan tanya aku makna filleh tu apa. 

Restoran ni terletak di tahrir. Berhampiran Arab Bank. Lebih tepat lagi kalau kita pergi al-Huda Supermarket, kita akan perasan satu kedai madu berhadapan Huda, jadi masuk ikut celah lorong kedai madu tu. 

Sepatutnya aku merancang nak pergi masjid Nisa' yang di belakang Arab Bank selepas makan. Tapi disebabkan jam dah tunjuk angka sepuloh, aku batalkan niat. Jadi lain kalilah aku ambik gambar masjid sebagaimana yang dijanjikan. Boleh ke macam tu? Hehe