Followers

1.27.2009

Vespa dan Cinta



"Macamana kalau saya tak layak untuk awak? Saya rasa saya memang betul-betul tak layak dengan awak. Masak tak pandai, kemas rumah pun jarang-jarang. Saya ni banyak kurang. Awak menyesal tak pilih saya ni? Awak tak takut ke masa depan awak bersama perempuan yang tak pandai apa-apa?" Kata seorang wanita kepada bakal suaminya.

Apa kaitannya ayat di atas ini dengan apa yang saya ingin katakan selepas ini. Apa kaitannya dengan kenderaan saya sekarang ini? Ya, apa kaitan seorang perempuan dengan sebuah Vespa?

Kekurangan Yang Boleh Dibaiki

Saya mula menggunakan motosikal jenis Vespa ini pada awal tahun lepas. Bahkan saya memang merasakan bahawa Vespa dan saya adalah serasi. Pada awal penggunaan Vespa ini, ramai yang ketawa. Apatah lagi dengan keadaan saya yang masih lagi tidak tahu mengendalikannya. Gearnya di tangan.

Kerap juga saya merah muka menahan malu tatkala berhenti di traffic light apabila motor yang saya tunggangi itu mati. Dengan susah payah saya cuba menghidupkan balik enjin dan dalam panas saya menahan malu apabila banyaknya mata yang singgah ke tubuh seorang pemuda dengan motornya yang bermasalah itu.

Kata Fuad, orang yang bertanggungjawab memarakkan semangat saya menggunakan motor ini, "Main Vespa ni, macam ada naluri tau.. Antara kita dengan motor ni.. Pengalaman kita ngan motor kita masa rosak dan tersadai tepi jalan akan menjadikan ukhuwwah kita ngan motor kita lagi kuat" kami berdua ketawa.

Saya akui, memang begitulah perasaannya. Perasaan sayang akan makin bertambah apabila terpaksa mengharungi waktu susah bersama-sama. Saya berhabis kira-kira RM2000 untuk melakukan tranformasi ke atas vespa saya itu.

Jika dulu, kerap mereka yang memandang sinis melihat seorang Mohd Ridhuan Abdul Karim menunggang motosikal jenis Vespa, sekarang tidak lagi. Kerana tiada apa yang dikisahkan kerana saya sayang motor saya dan saya juga cuba untuk menjadikan motor saya sebagai motor yang terbaik dan tidak terkalah dengan motor-motor yang lain yang ada di kolej saya. (Semangat berkobar-kobar ni, hehe)



Kelemahan Yang Boleh Diatasi

Memasak, mengemas, ciri-ciri wanita sejati dan semua yang terbaik boleh diusahakan. Apatah lagi jika ada yang sudi memberi sokongan. Saya ada satu kisah menarik untuk dikongsikan bersama pembaca-pembaca sekalian. Kisah keluarga.

Ibu saya baru sahaja belajar untuk membuat sejenis kuih (Kayu Khamat , hehe). Kali pertama memang tidak menjadi, tapi ayah saya tidak pula mengutuk hasil kuih kali pertama itu. Bahkan memberikan galakan untuk dicuba buat kali kedua. Kali kedua, hasilnya sedikit meningkat. Ayah saya selaku juri pula memainkan peranannya dan memberitahu di mana kurangnya kelazatan kuih ini dan pada kali ketiga pula hasilnya lebih cemerlang.

Sikap mendorong dan memberi tunjuk ajar adalah satu sifat yang boleh menjadikan seseorang itu tidak putus asa dan seterusnya menjadi cemerlang. Ketahuilah, hidup ini adalah belajar. Kesilapan akan menjadikan kita lebih mahir dalam perkara yang kita silap itu.

Itulah saja kisah Vespa dan Cinta saya kali ini. Seeru Ala BarakaatiLlah.

1.25.2009

Kuliah Palestin

Memang saya kaku dari segi percakapan, itu memang diakui. Bahkan saya merasakan bahawa sekarang ini pun saya masih lagi tercari-cari identiti ucapan yang tersendiri. Kuliah Maghrib di surau al-Kauthar tadi sedikit sebanyak menyebabkan saya terkilan kerana saya terasa isi yang dikeluarkan agak kurang berbanding apa yang saya baca. Tapi dalam begitu, saya tetap bersyukur kerana saya diberi peluang untuk menyampaikan apa yang saya ada untuk tatapan masyarakat. Begitu hebat motivasi Erti Hidup Pada Memberi yang dicetuskan ustaz Hasrizal Jamil.

Sempena isu Palestin, saya membaca hadith tentang keadaan umat Islam yang pada akhir zaman ini, ramainya hanya seperti buih-buih laut yang tidak mendatangkan gerun akibat daripada penyakit al-wahn. Cintakan dunia dan takutkan kematian.

Saya tidak sempat menditilkan sejarah Palestin terutamanya sejarah yang menceritakan tentang penentangan PLO pimpinan Yasser Arafat dan bagaimana ianya yang bermula dengan penentangan dan seterusnya toleransi danperjuangan berkonsepkan penentangan ini diteruskan oleh HAMAS.

Sejarah Pelestin

Palestin kini menjadi rebutan antara penduduknya sekarang dan penceroboh yang mendakwa bahawa tanah Palestin itu adalah hak mereka. Penduduk asal tanah Palestin ini adalah orang Kan'an, bahkan nabi pertama yang diutuskan di bumi Palestin juga adalah dari kalangan orang-rang Kan'an ini sendiri iaitu nabi Allah Ibrahim. Nabi Ibrahim pula beristeri dua dan isterinya yang kedua itulah melahirkan anaknya yang pertama iaitu Nabi Ismail.

Nabi Ismail dihantar dan ditinggalkan di Makkah sebagaimana yang diwahyukan kepada Allah. Dalam beberapa ketika, Nabi Ibrahim dikurniakan lagi seorang anak iaitu Nabi Ishak. Nabi Ishak inilah yang keka tinggal di Palestin, namun harus diperhatikan, nabi Ibrahim dan nabi Ishak bukanlah berketurunan Yahudi. Keturunan Yahudi bermula daripada nabi Ya'kub dan Yahudi adalah satu istilah yang diambil dari anak nabi Ya'kub bernama Yahuza.

Yahudi di Mesir


Bermula dari era nabi Ya'kub inilah kaum Yahudi mula lupa diri dan tidak dapat menerima kepimpinan selain bangsa mereka. Bukan salah nabi, akan tetapi salah mereka sendiri yang degil dan bodoh sombong dengan bangsa mereka. Mereka merasakan bahawa kaum mereka adalah kaum terpilih. Daripada palestin, kaum ini mula mengorak langkah ke Mesir selepas usaha jahat mereka untuk membuang nabi Yusuf menjadikan nabi Yusuf sebagai orang yang terbilang di negeri Fara'inah itu. Selepas peristiwa kemarau dan kejayaan nabi Yusuf mentadbir perbendaharaan Mesir ketika itu, ayahanda nabi Yusuf iaitu nabi Ya'kub juga pergi memohon bantuan di Mesir dan seterusnya menetap di Mesir.

Kaum Yahudi selepas itu diutuskan lagi nabi iaitu nabi Musa dan Harun. Setelah bersemuka dengan Firaun, nabi Musa dihambat keluar dan baginda bersama-sama 12 suku kaum Israel itu pulanglah ke tanah air mereka. Setelah itu, generasi kenabian diteruskan oleh Nabi Daud selepas era pemerintahan Raja Thalut dan seterusnya diwarisi Nabi Sulaiman yang empayarnya adalah empayar yang terhebat di dunia. Masakan tidak, empayar nabi Sulaiman diisi dengan kudrat dari segenap bala tentera yang terdiri dari manusia, jin, angin dan binatang. Di Palestin, nabi Sulaiman mengerahkan petugas-petugasnya yang terdiri dari manusia dan jin untuk membina istana yang belum sempat beliau lihat kerana ajal terlebih dahulu menjemput baginda. Nabi Sulaiman wafat dalam keadaan berdiri yang hanya disedari setelah tongkatnya reput dimakan anai-anai. Ini menjadi bukti bahawa jin tidak mengetahui ajal manusia.


Istana itulah yang kononnya dimahukan Palestin. Lebih dikenali dengan Haikal Sulaiman, orang Yahudi mendakwa pula ianya terletak di bawah al-Aqsa.

Selepas pemerintahan Nabi Sulaiman, Palestin terbahagi dua. Kingdom of Jews dan Kingdom of Israel. Kingdom of Jews dikalahkan oleh Nebuchadnezzar dan Kingdom of Israel ditewaskan Parsi. Yahudi di halau ke Iraq dan selepas itu Parsi dikalahkan oleh Rom. Kekalahan Empayar Parsi ini dirakamkan di dalam al-Quran dalam surah ar-Rum.

Napoleon Bonaparte

Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, Palestin sekali lagi bertukar tangan (638m). Pemerintahan Islam kekal di Palestin selama 1200 tahun lamanya. Manakala orang Yahudi pula hanya menguasai Palestin selama empat kurun sahaja. Kejatuhan Palestin ke tangan orang kafir berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah hasil dari kelicikan tokoh revolusi Perancis, Napoleon Bonaparte yang menyeludup masuk kira-kira 5000 Yahudi yang bertujuan untuk mengucar-ngacirkan Palestin dari dalam.

Saya akan menulis tentang Palestin bermula dari sejarah Palestin di era Uthmaniyah sehingga sekarang selepas ini.

Kuliah pada malam itu saya akhiri dengan teori ekonomi yang ayah saya selalu cakapkan. Ianya berkaitan juga dengan cara pemboikotan yang betul. Katakan kita mengetahui bahawa barangan Nestle adalah produk yang berkaitan dengan Yahudi, maka sebagai contoh saya menggunakan Milo. Caranya ialah membeli produk yang lain seperti Vico atau Ovaltine. Akan tetapi sudah menjadi kebiasaan orang Melayu, jika barang itu yang digunakan, maka barang itulah yang akan digunakan selamanya. Sama seperti politik era 5 tahun sudah. Dengan cara ini, selain kita dapat memboikot barangan Israel, kita juga dapat mengawal kuasa barang dengan menggunakan kuasa beli kita sebagai pengguna. Nestle tidak segan silu menaikkan harga barangannya kerana mengetahui sikap Melayu Malaysia yang tidak akan berpaling tadah untuk menggunakan produk yang lain.



Turut saya tekankan, kita tidak hanya memboikot satu-satu barang sahaja, jika kita ingin memboikot barang-barang Yahudi, semua sekali mestilah berada di dalam senarai. Pakaian, makanan, alat solek, elektronik dan juga ROKOK. Satu bonus kepada saya, kerana kedai saya memang tidak menjual rokok sejak 2006. Bahkan kata ayah, sejak tidak menjual rokok, Alhamdulillah. Pendapatan hasil jualan rokok dulu telah berpindah ke barangan lain dan hasilnya langsung tidak terjejas ditambah dengan keberkatan kerana tidak menjual barangan makruh atau haram di sisi sesetengah ulama'. Seeru Ala BarakaatiLlah.

1.22.2009

Isu Yang Selalu Ini.



Ada beberapa perkara yang bermain di minda saya sekarang. Isu yang pada saya pasti semua orang sudah kerapkali membacanya di mana-mana. Ya, isu Palestin dan bangsa Khanazir dan Qird itu. Pada masa sekarang, kata jurucakap pertahanan Israel dan juga dari Perdana Menterinya bahawa perang di Gaza sudah memasuki peringkat ketiga. Ini bermakna bahawa perang ini akan berakhir tidak lama lagi dan kemenangan kononnya adalah milik mereka.

Bangsa Pengecut !

Sebenarnya, situasi yang berlaku di Gaza amat berbeza sekali. Hakikatnya, Israel mengalami kemerunduman moral yang teruk akibat daripada kematian rakyat dan tentera mereka setelah hampir sebulan mereka melancarkan serangan terhadap Gaza. Walaupun kematian diperingkat mereka itu sedikit dan amat-amat sedikit jika dibandingkan dengan kematian saudara-saudara kita di Palestin namun selaku bangsa yang sentiasa berlindung dan melancarkan serangan dari jauh sahaja dengan menggunakan roket dan jet, ianya adalah satu kekalahan moral yang teruk.

Bayangkan jika di sebelah pihak Yahudi Zionis ini ada satu penggera yang sentiasa aktif untuk mengesan serangan dan penggera ini akan berbunyi untuk memastikan semua rakyat Israel dapat masuk ke dalam bunker atau kubu bagi menyelamatkan diri. Berbeza benar situasinya berbanding keadaan rakyat Palestin yang semakin hari semakin berani bahkan semangat yang ada pada kanak-kanak Palestin kini boleh mengalahkan sepuluh orang atau lebih mereka yang berjuang di sebelah Bani Khanaazir dan Qird ini.

Tiada lagi ketakutan kepada kanak-kanak ini

Apa akan jadi kalau satu bangsa yang menginginkan kematian berjuang menentang mereka yang lari dari kematian. Pastinya ia adalah satu punca kekuatan dan pasti akan dapat mengalahkan bangsa penakut dan bacul ini walaupun mereka ini dilitupi senjata-senjata canggih sedangkan yang menentang mereka ini menggunakan senjata-senjata ringan. Seringan anak-anak batu yang dikutip sehingga ke peringkat RPG sahaja berbanding puak pengecut ini yang gah menggunak jet, Apache, bom berangkai fosforus dan pelbagai senjata lain.

Boikot

Produk filem keluaran kilang seni yang terbesar ini perlu kita pulaukan!

Pasti sudah memenuhi gegendang telinga anda dengan perkataan ini bukan? Boikot... Saya amat-amat bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh Faisal Tehrani bahawa kita hanya nampak bahawa barang-barang yang perlu kita pulaukan adalah berupa makanan dan pakaian sahaja, akan tetapi kita sering terlupa dengan satu benda wajib yang pasti ada di rumah masing-masing iaitu televisyen. Televisyen yang mamaparkan produk berupa filem-filem yang secara jelas adalah datang dari produksi Yahudi. Boleh baca sejarah Hollywood di blog beliau.

Zionis atau Judaism

Antara tokoh-tokoh penting Yahudi.

Saya begitu tertarik dengan tulisan Hishamuddin Rais yang menerangkan secara lanjut tentang perbedaan agama dan fahaman. Mana satu agama dan mana satu fahaman. Kita sering
terkeliru bahawa Zionisme itu Yahudi dan Yahudi itu agamanya adalah Zionis. Sedangkan Yahudi itu bukan semuanya berfahaman Zionis kerana agama yahudi adalah Judais dan berpandukan kitab rujukannya iaitu Taurat yang telah diselewengkan.

Namun bukanlah apabila saya mengatakan bahawa Yahudi dan Zionis yang menindas bangsa Arab Palestin ini suatu yang berbeza dan menunjukkan bahawa pembawa agama Judaism ini adalah insan yang baik dan bertoleransi dengan pembawa agama Islam. Tidak sama sekali!

Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 120 iaitu :

"dan tidak akan redha kepadamu hai Muhammad selama-lamanya akan bangsa Yahudi dan Nasrani"


Zionisme ini memang di asaskan oleh orang Yahudi dan ianya kini bukan lagi milik eksklusif orang Yahudi kerana Zionisme yang menindas dan tiada perikemanusiaan dalam melebarkan kuasa dan pengaruh ini telah dikesan di merata-rata tempat di dunia ini. Ya, hakikatnya Zionisme yang menjadi fahaman politik ini adalah satu amalan yang digemari pemimpin korup untuk mengekalkan kuasa.

Sejarah yang lebih lanjut berkenaan penentangan yang dibuat orang Israel sendiri kepada Zionis boleh anda baca di blog beliau.

Akhirnya, marilah sama-sama kita sedar dan insaf agar kita memahami segala tipudaya dan permainan bangsat kaum Yahudi yang sentiasa menggembeling tenaga dan merangka perancangan untuk membawa umat Islam turut serta dengan mereka melawan, menjajah dan menjarah hasil bumi dan harta benda umat Islam sendiri. Contohnya boleh dilihat dari perjalanan pemerintahan negara-negara umat Islam sendiri yang pemimpinnya ditarikan oleh pemain boneka antarabangsa, Zionis. Seeru Ala BarakaatiLlah.

1.19.2009

Mimpi Hiburan


Amy Search bersama Tok Guru

Secara terang-terangan, saya juga seperti mana-mana entiti berjiwa muda yang lain adalah orang yang mengikuti perkembangan hiburan tanahair. Hairan? Tak perlu hairan kerana memang hidup saya di bumi saya sekarang dilingkungi oleh atmosfera hedonisme yang melampau. Tidak dapat tidak pasti akan turut sama menghirup udara hiburan ini. Lagipun saya lebih senang bercakap tentang apa yang saya minat secara terus terang tanpa mempunyai sikap double standard.

Tapi saya cukup kurang senang dengan cara majlis itu dianjurkan lebih-lebih lagi jika konon ianya disulami dengan bantuan kepada Palestin. Menggunakan medium jarum Yahudi untuk membantu mangsa kekejaman Yahudi? Ianya membuatkan saya terfikir sejenak.

Saya selalu berangan bahawa saya akan mendengar suara padu seperti Faizal Tahir menyanyikan lagu jihad dengan penuh semangat, saya juga impikan paluan gendang perang yang memukau oleh drummer Estranged dan Meet Uncle Hussein dan saya juga idamkan mereka yang menyanyi malam itu adalah mujahid yang membawa bendera Allah.

David Beckham 0r Daud Baqeem

Pelik kan? Ya, kadang-kadang saya akui memang saya ini agak pelik bahkan kawan-kawan pun mengatakan begitu. Saya pernah mengimpikan kalaulah ikon bola sepak terkenal seperti David Beckham, Ronaldinho atau Ronaldo masuk Islam. Begitu juga dengan artis-artis antarabangsa yang saya minat, kalaulah mereka Islam.

Aishwarya Rai or Aisyah Raiya

Antara impian saya yang paling saya suka untuk menerokainya dengan angan-angan adalah sebuah filem perang epik yang menceritakan kehebatan tentera Islam dahulu dengan menggunakan teknologi secanggih filem Lord Of The Ring atau 300. Aduhai, bila agaknya? Semoga saya sedar semula untuk saya sendiri menggarap langkah menjadikan mimpi ini realiti.

Bulan Meninggi, Islam Menyinar.


Bendera PAS berkibar megah!

Tiada kegembiraan yang dapat mengubat keletihan, menghilang kehausan, memberi kepuasan melainkan kegembiraan yang satu ini iaitu tatkala diumumkan bahawa kemenangan Pilihanraya Kecil P036 adalah milik Parti Islam Semalaysia Pas. Ini adalah satu perkembangan positif. InsyaAllah akan disusuli dengan kehancuran bani Khanaazir dan Qird pula selepas ini.

Dengan kemenangan yang bermajoriti lebih besar iaitu 32,883 undian berpihak kepada Haji Mohd Abdul Wahid Endut (PR-PAS) berbanding calon BN-UMNO, Datuk Wan Farid Wan Salleh yang mendapat undian sebanyak 30,252 undian sahaja. Manakala undi yang beralih kepada calon ketiga pula tidaklah segah undian yang berpihak kepada Tok Mun dulu. Hanya 193 pengundi yang memilih calon bebas iaitu saudara Azharuddin bin Mamat@Adam itu.

Terduduk mendengar kekalahan agaknya !

Haji Mohd Abdul Wahid Endut kelihatan tenang dan gembira ketika pengumuman dibuat dan dalam ucapan kemenangan beliau menekankan supaya hubungan antara kita para pejuang Islam dan Allah mestilah berterusan dan bukanlah setakat ketika berpilihanraya sahaja.

Bandar Kuala Terengganu pada malam pengumuman itu juga bingit dengan bunyi hon dari para penyokong PAS yang berarak gembira, rata-rata mereka adalah orang-orang muda yang megah membawa bendera PAS, hinggakan ianya menimbulkan kehairanan di kalangan penyokong BN dan ianya dinyatakan dalam akhbar Sinar Harian pada keesokan harinya. Saya melihat itu adalah satu petanda yang bagus tetapi apa yang perlu dititikberatkan juga adalah tentang kenyataan T.G Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meminta supaya para penyokong Parti Islam seMalaysia agar tidak terlebih gembira hingga menimbulkan rasa riya' dan takbur.


Gambar Hiasan

Saya amat-amat bersetuju dengan kata Tok Guru saya ini, bahkan ingin sekali lagi saya tegaskan di sini dan sebagai mengulangi prinsip Pak Natsir, tokoh Masyumi Indonesia bahawa politik adalah medan dakwah dan sebagai pendakwah mestilah kita sentiasa mencari peluang untuk menyeru mad'u kita. Kita tidak sekali-kali hendak menjauhkan mereka. Namun dalam situasi kegembiraan itu, pastilah orang perseorangan tidakkan mampu menghalang mereka yang ingin meraikan kemenangan Islam ini. Saya yang berada dalam kesesakan jalanraya mengira jumlah motorsikal yang berarak selama kurang dua minit adalah melebihi 100 buah motor. Semuanya pemuda yang mengibarkan bendera bulan. Megah.

Saya harap komitmen pemuda ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Saya juga mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana kuasaNya yang mengurniakan kemenangan kepada Islam di Kuala Terengganu, juga ingin berterimakasih kepada semua yang terlibat menjana kemenangan di bumi Kuala Terengganu ini lebih-lebih lagi mereka yang datang dari jauh semata-mata untuk menghulurkan tenaga memastikan Islam memancarkan cahaya sucinya di Bandaraya Pesisir Air ini. Kedatangan kalian juga menggembirakan penjual keropok lekor. Allahuakbar ! Semoga berpeluang bekerjasama lagi di lain hari.

Sumber Gambar dari (www.myadha.blogspot.com)

1.13.2009

Segelas Darah, Sepinggan Daging

Dalam kehangatan isu Pilihanraya Kecil P036 Kuala Terengganu, sewajarnya kita tidak melupakan nasib saudara-saudara kita di Palestin dengan jumlah kematian sekitar 800 orang hanya dalam tempoh dua minggu serangan Yahudi (laknat ALLAH ke atas mereka). Terbaru, mereka menggunakan bom berangkai fosforus pula, alangkah kejinya sikap mereka.


Sanggupkah kita terus menggunakan barangan Israel andainya ia mendatangkan kematian kepada anak kecil ini? 1USD 1 peluru!

Pada pengamatan saya pula, isu Palestin ini semakin kurang mendapat tempat dalam hati masyarakat khususnya dalam jiwa remaja. Mungkin kurang pendedahan atau sememangnya jiwa mereka telah tertutup dek jahitan propaganda Yahudi yang cantik bersulamkan benang hedonisme, hinggakan kita seolah-olah menjadikan konsert untuk menderma sebagai satu budaya. Pada saya yang mungkin mentah ini, banyak lagi cara lain untuk kita menyumbang selain dari membuat majlis yang sebenarnya melupakan kita kepada nasib rakyat palestin sekarang. Artis-artis mungkin menyanyikan beberapa lagu tribut untuk rakyat Palestin, akan tetapi selebihnya adalah hiburan yang mengeraskan hati.


Boikotlah wahai muslimin, Sayangi nyawa saudaramu di sana sebagaimana kamu menyayangi nyawa keluarga kamu!

Boikot barangan buatan Israel pula perlu dijadikan peranan penting untuk melumpuhkan kekejaman Israel sekaligus menyelamatkan banyak nyawa orang Islam daripada ratahan rakus kaum yang pernah menjadi monyet dan khinzir ini. Tanamkan dalam hati kita bahawa setiap apa yang kita makan, minum atau guna dari produk buatan Yahudi laknatullah ini adalah sepinggan daging, segelas darah dan secebis kulit saudara-saudara kita di Palestin.


Hancurkanlah mereka ya Allah.

Ya Allah, hancurkanlah mereka yang ingin menghancurkan agamaMu ini ya Allah. Hancurkanlah mereka sebagaimana engkau hancurkan bala tentera Abrahah hingga mereka dihinakan seumpama daun yang dimakan ulat. Jadikanlah lemparan batu saudara kami di sana sehebat batu-batu yang dilepaskan Ababil ya Allah.


1.12.2009

Penamaan Calon PRK P036


Perjalanan dari rumah tempat saya menginap menuju ke depan Pejabat Pendaftaran.

Kira-kira seawal jam 7 pagi, telah kelihatan pihak polis mengawal laluan di Jalan Pusara, Jalan Kamaruddin, Batu Buruk dan sekitar Bulatan Ladang. Memang sudah dijangkakan bahawa kehadiran penyokong parti-parti yang bertanding begitu ramai.


Menuju ke Stadium Negeri

Saya bersama kawan-kawan seKUDQI dan penyokong PAS lain terlebih dahulu berkumpul di depan Pejabat Pendaftaran Negara di belakang berek polis. Sementara menanti ketibaan pimpinan utama, saya cukup terhibur dengan gelagat mereka yang hadir ke majlis penamaan calon hari itu. Pelbagai ragam, ada yang lantang dengan slogan rekaan sendiri, ada yang datang dengan motor disamping menanggung bendera bulan yang bersaiz gergasi dan berbagai gaya lagi.

MB Selangor muncul tanpa kawalan keselamatan yang ketat

Pada hari itu, pimpinan dan yang dipimpin cukup erat. Di celah-celah orang ramai, muncul satu demi satu figura yang menjadi antara watak-watak penting dalam kancah politik negara. Datuk Paduka Husam Musa, Tan Sri Khalid-MB Selangor, MB Kedah-Ustaz Azizan, Tian Chua, Dr Badrul Amin dan ramai lagi pimpinan yang kebanyakan mereka berjalan kaki dari tempat itu ke stadium negeri. Jarak yang agak jauh jika berjalan berseorangan.


Ribuan penyokong-penyokong yang hadir bersama semangat untuk memenangkan Islam.

Kehadiran penyokong Parti Islam begitu menggalakkan, slogan-slogan yang bernas juga turut ditimbulkan. Namun saya tetap teruja dengan laungan 'Khaibar-Khaibar.. Khaibar ya Yahud, Jaisyu Muhammad.. Saufa Ya'uud' tapi sedikit terkilan kerana laungan itu tidak penuh seperti yang biasa abang Mat Sabu buat.

Di sini saya sertakan lagi gambar-gambar sepanjang proses penamaan calon berlangsung. Semoga Allah berikan kami semangat sahabat-sahabat yang berjuang di medan Badar. Kuasa 313 menewaskan 1000 musuh. Allahuakbar!


Bulatan Ladang telah ditawan! hehe


Seorang OKU yang turut sama menjadi penaik semangat muslimin hari itu.


Saudara Azhan Atan turut melaungkan laungan semangat.


Jurugambar profesional, atas pokok pun jadi.


Ribuan manusia yang penuh bersemangat.


Saya bersama Sabri Mamat, Pemuda PAS perkasa.


Bersama YB Husam.


Bersama Ustaz Ridhuan Mohd Nor, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat


Bersama Pesuruhjaya Pas Johor, Dr. Mahfodz Mohamad


Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat.


Bersama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.



Bersama Dr. Badrol Amin.


Perhimpunan bersurai, Allahuakbar!