Followers

1.27.2009

Vespa dan Cinta



"Macamana kalau saya tak layak untuk awak? Saya rasa saya memang betul-betul tak layak dengan awak. Masak tak pandai, kemas rumah pun jarang-jarang. Saya ni banyak kurang. Awak menyesal tak pilih saya ni? Awak tak takut ke masa depan awak bersama perempuan yang tak pandai apa-apa?" Kata seorang wanita kepada bakal suaminya.

Apa kaitannya ayat di atas ini dengan apa yang saya ingin katakan selepas ini. Apa kaitannya dengan kenderaan saya sekarang ini? Ya, apa kaitan seorang perempuan dengan sebuah Vespa?

Kekurangan Yang Boleh Dibaiki

Saya mula menggunakan motosikal jenis Vespa ini pada awal tahun lepas. Bahkan saya memang merasakan bahawa Vespa dan saya adalah serasi. Pada awal penggunaan Vespa ini, ramai yang ketawa. Apatah lagi dengan keadaan saya yang masih lagi tidak tahu mengendalikannya. Gearnya di tangan.

Kerap juga saya merah muka menahan malu tatkala berhenti di traffic light apabila motor yang saya tunggangi itu mati. Dengan susah payah saya cuba menghidupkan balik enjin dan dalam panas saya menahan malu apabila banyaknya mata yang singgah ke tubuh seorang pemuda dengan motornya yang bermasalah itu.

Kata Fuad, orang yang bertanggungjawab memarakkan semangat saya menggunakan motor ini, "Main Vespa ni, macam ada naluri tau.. Antara kita dengan motor ni.. Pengalaman kita ngan motor kita masa rosak dan tersadai tepi jalan akan menjadikan ukhuwwah kita ngan motor kita lagi kuat" kami berdua ketawa.

Saya akui, memang begitulah perasaannya. Perasaan sayang akan makin bertambah apabila terpaksa mengharungi waktu susah bersama-sama. Saya berhabis kira-kira RM2000 untuk melakukan tranformasi ke atas vespa saya itu.

Jika dulu, kerap mereka yang memandang sinis melihat seorang Mohd Ridhuan Abdul Karim menunggang motosikal jenis Vespa, sekarang tidak lagi. Kerana tiada apa yang dikisahkan kerana saya sayang motor saya dan saya juga cuba untuk menjadikan motor saya sebagai motor yang terbaik dan tidak terkalah dengan motor-motor yang lain yang ada di kolej saya. (Semangat berkobar-kobar ni, hehe)



Kelemahan Yang Boleh Diatasi

Memasak, mengemas, ciri-ciri wanita sejati dan semua yang terbaik boleh diusahakan. Apatah lagi jika ada yang sudi memberi sokongan. Saya ada satu kisah menarik untuk dikongsikan bersama pembaca-pembaca sekalian. Kisah keluarga.

Ibu saya baru sahaja belajar untuk membuat sejenis kuih (Kayu Khamat , hehe). Kali pertama memang tidak menjadi, tapi ayah saya tidak pula mengutuk hasil kuih kali pertama itu. Bahkan memberikan galakan untuk dicuba buat kali kedua. Kali kedua, hasilnya sedikit meningkat. Ayah saya selaku juri pula memainkan peranannya dan memberitahu di mana kurangnya kelazatan kuih ini dan pada kali ketiga pula hasilnya lebih cemerlang.

Sikap mendorong dan memberi tunjuk ajar adalah satu sifat yang boleh menjadikan seseorang itu tidak putus asa dan seterusnya menjadi cemerlang. Ketahuilah, hidup ini adalah belajar. Kesilapan akan menjadikan kita lebih mahir dalam perkara yang kita silap itu.

Itulah saja kisah Vespa dan Cinta saya kali ini. Seeru Ala BarakaatiLlah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.