Followers

1.19.2009

Bulan Meninggi, Islam Menyinar.


Bendera PAS berkibar megah!

Tiada kegembiraan yang dapat mengubat keletihan, menghilang kehausan, memberi kepuasan melainkan kegembiraan yang satu ini iaitu tatkala diumumkan bahawa kemenangan Pilihanraya Kecil P036 adalah milik Parti Islam Semalaysia Pas. Ini adalah satu perkembangan positif. InsyaAllah akan disusuli dengan kehancuran bani Khanaazir dan Qird pula selepas ini.

Dengan kemenangan yang bermajoriti lebih besar iaitu 32,883 undian berpihak kepada Haji Mohd Abdul Wahid Endut (PR-PAS) berbanding calon BN-UMNO, Datuk Wan Farid Wan Salleh yang mendapat undian sebanyak 30,252 undian sahaja. Manakala undi yang beralih kepada calon ketiga pula tidaklah segah undian yang berpihak kepada Tok Mun dulu. Hanya 193 pengundi yang memilih calon bebas iaitu saudara Azharuddin bin Mamat@Adam itu.

Terduduk mendengar kekalahan agaknya !

Haji Mohd Abdul Wahid Endut kelihatan tenang dan gembira ketika pengumuman dibuat dan dalam ucapan kemenangan beliau menekankan supaya hubungan antara kita para pejuang Islam dan Allah mestilah berterusan dan bukanlah setakat ketika berpilihanraya sahaja.

Bandar Kuala Terengganu pada malam pengumuman itu juga bingit dengan bunyi hon dari para penyokong PAS yang berarak gembira, rata-rata mereka adalah orang-orang muda yang megah membawa bendera PAS, hinggakan ianya menimbulkan kehairanan di kalangan penyokong BN dan ianya dinyatakan dalam akhbar Sinar Harian pada keesokan harinya. Saya melihat itu adalah satu petanda yang bagus tetapi apa yang perlu dititikberatkan juga adalah tentang kenyataan T.G Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meminta supaya para penyokong Parti Islam seMalaysia agar tidak terlebih gembira hingga menimbulkan rasa riya' dan takbur.


Gambar Hiasan

Saya amat-amat bersetuju dengan kata Tok Guru saya ini, bahkan ingin sekali lagi saya tegaskan di sini dan sebagai mengulangi prinsip Pak Natsir, tokoh Masyumi Indonesia bahawa politik adalah medan dakwah dan sebagai pendakwah mestilah kita sentiasa mencari peluang untuk menyeru mad'u kita. Kita tidak sekali-kali hendak menjauhkan mereka. Namun dalam situasi kegembiraan itu, pastilah orang perseorangan tidakkan mampu menghalang mereka yang ingin meraikan kemenangan Islam ini. Saya yang berada dalam kesesakan jalanraya mengira jumlah motorsikal yang berarak selama kurang dua minit adalah melebihi 100 buah motor. Semuanya pemuda yang mengibarkan bendera bulan. Megah.

Saya harap komitmen pemuda ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat. Saya juga mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana kuasaNya yang mengurniakan kemenangan kepada Islam di Kuala Terengganu, juga ingin berterimakasih kepada semua yang terlibat menjana kemenangan di bumi Kuala Terengganu ini lebih-lebih lagi mereka yang datang dari jauh semata-mata untuk menghulurkan tenaga memastikan Islam memancarkan cahaya sucinya di Bandaraya Pesisir Air ini. Kedatangan kalian juga menggembirakan penjual keropok lekor. Allahuakbar ! Semoga berpeluang bekerjasama lagi di lain hari.

Sumber Gambar dari (www.myadha.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.