Followers

1.19.2009

Mimpi Hiburan


Amy Search bersama Tok Guru

Secara terang-terangan, saya juga seperti mana-mana entiti berjiwa muda yang lain adalah orang yang mengikuti perkembangan hiburan tanahair. Hairan? Tak perlu hairan kerana memang hidup saya di bumi saya sekarang dilingkungi oleh atmosfera hedonisme yang melampau. Tidak dapat tidak pasti akan turut sama menghirup udara hiburan ini. Lagipun saya lebih senang bercakap tentang apa yang saya minat secara terus terang tanpa mempunyai sikap double standard.

Tapi saya cukup kurang senang dengan cara majlis itu dianjurkan lebih-lebih lagi jika konon ianya disulami dengan bantuan kepada Palestin. Menggunakan medium jarum Yahudi untuk membantu mangsa kekejaman Yahudi? Ianya membuatkan saya terfikir sejenak.

Saya selalu berangan bahawa saya akan mendengar suara padu seperti Faizal Tahir menyanyikan lagu jihad dengan penuh semangat, saya juga impikan paluan gendang perang yang memukau oleh drummer Estranged dan Meet Uncle Hussein dan saya juga idamkan mereka yang menyanyi malam itu adalah mujahid yang membawa bendera Allah.

David Beckham 0r Daud Baqeem

Pelik kan? Ya, kadang-kadang saya akui memang saya ini agak pelik bahkan kawan-kawan pun mengatakan begitu. Saya pernah mengimpikan kalaulah ikon bola sepak terkenal seperti David Beckham, Ronaldinho atau Ronaldo masuk Islam. Begitu juga dengan artis-artis antarabangsa yang saya minat, kalaulah mereka Islam.

Aishwarya Rai or Aisyah Raiya

Antara impian saya yang paling saya suka untuk menerokainya dengan angan-angan adalah sebuah filem perang epik yang menceritakan kehebatan tentera Islam dahulu dengan menggunakan teknologi secanggih filem Lord Of The Ring atau 300. Aduhai, bila agaknya? Semoga saya sedar semula untuk saya sendiri menggarap langkah menjadikan mimpi ini realiti.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.