Followers

4.29.2008

Pidato atau Sajak?

Subjek Bahasa Melayu di KUDQI untuk tahun dua pada kali ini akan menjadikan pidato dan sajak sebagai assignment untuk memperoleh markah tambahan kepada imtihan akan datang. Agak menarik bagi yang handal berpidato dan mungkin menimbulkan keterujaan kepada mereka yang berjiwa penyair untuk mendeklamasikan sajak mereka yang tersemat kemas didalam buku masing-masing (muslimat barangkali). Tapi bagi saya, mungkin tidak untuk sajak kerana masalah keyakinan untuk melakukan sesuatu yang bukan diri saya di hadapan umum benar-benar menguji. Apabila tugasan itu berbentuk dwipilihan, ditolak sajak maka pidatolah jawapannya yang akan membantu mengisi tempat markah tambahan bagi imtihan itu. Masalah pengucapan umum mungkin tidak membawa banyak masalah, tapi apabila ucapan itu diminta dibawakan dalam bentuk baku secara keseluruhan, mungkin agak sukar bagi diri yang jati Terengganu ini. Apapun setiap cabaran yang datang, mesti dilalui. Mengingatkan saya tentang satu frasa Jepun yang berbunyi "nokotta" yang berma'na "kalah menang belum ditentukan". Tajuk yang mungkin dibawa adalah Kegagalan Muslim Menguasai Fiqh Aulawiyyat. Doakan semoga segalanya lancar terutamanya jika membabitkan gerakan badan. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.