Followers

8.03.2009

Kenapa Begitu?



Beberapa hari ini, beberapa persoalan bermain-main di fikiran saya. Berkaitan dengan wabak H1N1 yang semakin hari semakin melebar dan cara kerajaan Malaysia untuk mengeluarkan satu qarar berkaitan perkara tersebut serta berkenaan dengan sambung menyambung lesen memandu.

Persoalan pertama saya adalah seperti yang telah disebut, H1N1 dan cara kerajaan menanganinya. Kenapa saya menjadi bingung dalam memikirkan hal ini?

Pertama kerana Terengganu khususnya tempat-tempat yang disyaki mengandungi wabak mula meningkat, pagi ini sahaja saya mendengar maklumat dari pelanggan yang datang ke kedai ayah saya bahawa INSTEP di Merang telah disyaki dan pihak Jabatan Kesihatan segera ke sana bagi memastikan dan memeriksa keadaan manakala kakak saya yang mengajar di sebuah sekolah di Bukit Payung juga memberitahu bahawa Sekolah Sri Payung juga disyaki. Ini menyebabkan seorang rakyat seperti saya berasa runsing. Runsing kenapa H1N1 yang kini meragut 5-6 nyawa di Malaysia semacam tidak dipandang.



Keduanya, kenapa kerajaan tidak mengeluarkan warta seperti selesema burung dulu yang melibatkan beratus ribu ayam dibunuh, ditanam bahkan ada yang diperlakukan dengan perkara demikian ketika mereka masih hidup. Tidak kira mereka mengalami selesema atau tidak. Hairan saya terarah kepada babi yang masih tidak diusik. Kenapa kita tidak mencontohi Mesir yang pada maklumat saya tiada kes H1N1 berlaku di sana selepas kerajaannya mengeluarkan warta bahawa babi yang ada di sana ditembak terus hingga yang berada di dalam Zoo juga tidak terselamat. Hairan betul saya bila cara menangani selesema babi tidak seagresif selesema burung.



Perkara ketiga yang menjadi persoalan adalah apa tujuan kerajaan mengadakan sistem memperbaharui lesen memandu maksima setiap dua tahun dengan bayaran RM60 kalau tidak silap saya. Kenapa tidak dibuat 10 tahun atau seumur hidup? Kerana seingat saya, setiap kali menyambung lesen memandu, pihak Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) tidak pula mengadakan ujian kepada pemandu untuk melihat samada pemandu ini lupa atau tidak peraturan jalanraya. Bahkan menyambung lesen adalah seumpama sistem cash and carry iaitu bila membuat bayaran sebanyak sekian-sekian lalu kita akan memperolehi kad lesen yang baru dan boleh pulang dengan wajah yang riang-ria.

Perkara ini berlainan dengan cukai jalan atau dalam inggerisnya road-tax. Road-tax adalah cukai kerana kita menyibukkan kenderaan kita di atas jalan milik kerajaan. Jadi bagi kerajaan yang memberikan khidmat jalan raya kepada rakyatnya, tak mengapalah bagi mereka untuk mengutip cukai itu. Tapi hal itu tidak terjadi kepada lesen. Kenapa perlu disambung setiap satu tahun minima dan dua tahun maksima? Adui.. Saya asyik berfikir tentang perkara ini kerana tempoh lesen saya akan tamat tak lama lagi.

Kalau sahabat-sahabat ada pandangan, jangan segan-segan nak kongsi pendapat dengan saya melalui ruangan komentar yang ada. Malas nak tekan butang komen, bagi pendapat kat chatbox pun tak apa. Asalkan kebuntuan saya ini pulih sedikit demi sedikit.

Akhirnya, saya patut berterima kasih kepada sahabat saya Saifullah yang mencetuskan perbincangan ini. Kepada yang membaca entry ini, jangan lupa bagi pendapat.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.