Followers

9.21.2010

Ragam Manusia

Manusia itu mempunyai pelbagai ragam.

Saya rasa mahu menulis tentang ragam manusia yang satu ini. Ragam yang melanda pejuang Islam. Bukanlah pejuang Islam sahaja yang punya sifat begini, tapi saya sebut segelintir pejuang ini adalah untuk menarik perhatian dan pandangan pembaca agar sedar bahawa sifat ini adalah jijik.

Mahu popular. Bahasa kasarnya adalah gila popular. Kenal orang ini, kenal orang itu, tugas kita begini cemerlang satu ketika dahulu, kita yang memimpin ribuan orang suatu saat dulu. Paling merimaskan bila cubaan merapatkan diri dengan pemimpin perjuangan Islam dengan cara yang menggelikan iaitu cara yang kononnya mendapatkan perhatian ramai bahawa kita adalah orang penting.

Pada asalnya saya tiada masalah dengan orang begini. Lantak kome lah nak buat apapun. Tapi bila ianya mula menjadi barah dan wabak dan melarat menjadi sindrom 'aku orang besar', maka terketar-ketar saya menulis agar ianya tidak merebak dan dijadikan habit atau tabiat di kalangan mereka ini.

Apatah lagi bila mencari populariti dengan hanya menggunakan modal mulut sahaja. Bercakap begitu begini, berjanji begitu begini, mengarah begitu begini namun bila disuakan kerja, ada sahaja alasannya. Bila orang-orang bawahannya berkeringat hingga basah baju, dia hanya goyang kaki dan datang bila semua sudah selesai. Kita pemimpin Islam harus mencontohi nabi dalam kisah perang Khandaq. Jangan tahu baca/kuliah saja, tapi bila beramal hampeh pun tak ada.

Jika kamu kamu benar-benar sibuk, Tak mengapa. Tapi jika mengatakan bahawa kamu sibuk dalam kelompok kecil begini walhal kamu tidak sibuk, itu bukanlah cara yang bijak. Manusia ini diberi mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar. Sekadar tinggal di satu kawasan, tak susah bagi kami mahu mengesan kamu benar atau bohong.

Saya mahu peringatkan buat golongan ini, sampai mati pun kita tidak boleh meminta hormat orang kepada kita. Hormat itu bukan kerana kita berlagak menjadi orang besar, menjadi figur yang kononnya banyak menyumbang kepada perjuangan dan sebagainya. Hormat itu datang setelah kita layak dihormati. Tak perlu bersusah payah untuk mengejar penghormatan. Buat malu saja.

Buatlah apa yang anda suka tetapi jika saya melihat ianya tidak kena dengan imej 'Islam ana anta' yang anda bawa, saya bersama sahabat lain akan menentang anda. Hidup kami hanya untuk Islam walaupun kami bercakap aku mung.

Akhir kata, saya tidak pelik jika golongan kami ini bakal digelar tidak faham jemaah oleh mereka. Namun jika kami merasakan bahawa tindakan kami lebih dekat dan tepat dengan Syariah, kami tetap akan mara.

P/s: Sepertimana yang diceritakan oleh sahabat-sahabat yang lebih kenal dengan ragam manusia ini. Mohon ambil iktibar.

2 comments:

  1. mat,aku mcm thu je sape dlm tulisn mg ni...die pun pndatng baru jugk kt tmpt mg kn???hehe..tp biarlh rhsia..

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.