Followers

12.08.2010

Monolog...

Saya pandang siling putih bilik saya, tiada apa-apa melainkan sehelai cek bernilai satu juta yang sejak dari mula menyewa lagi ianya sudah tertampal di situ. Dinding yang tertampal peta dunia yang bersaiz XXL juga tembus dek pandangan saya. Melihat bukan hanya pada zat. Tapi jauh menembus ke dalam. Melepasi dinding yang membentengi antara bilik ini dengan dua bilik lain.

Pagi ini saya bermonolog. Monolog yang jarang sekali saya tulis. Walaupun selalunya setiap tulisan ini adalah dari hasil monolog. Amat jarang saya mendengar mereka yang sedang menulis membunyikan setiap satu perkataan yang bakal mereka tulis. Hampir tidak ada atau tidak ada langsung.. Sekejap.. Oh ya, ada seorang kawan saya yang membacakan isi hatinya sebelum ditulis. Beliau memang hebat.

Sudahlah Mad.. Engkau hanya memeningkan kepala pembaca sahaja. (hati kata)

Ya, betul tu. Baiklah. Saya akan meneruskan monolog saya. Dengan tenang, bersahaja dan bergaya tentunya.

Sudah-sudahlah tu. Cepatlah.. (hati kata lagi)

Apa yang saya nak monologkan pagi ini?

Pasal Hijrah kot... (hati jawab)

Rasanya tak kot... Ramai dah orang ulas pasal tu..

Pedulikanlah ulasan orang tu.. Inikan blog engkau, milik engkau seratus peratus dan engkau pula milik Allah seratus peratus. (hati membakar semangat)

Tapi, kalau dah ramai orang ulas tajuk ni, tak ramai la masuk belog saya.

Engkau ni apa hal? Engkau buat belog ni dulu pasal nak tarik pengunjung ke nak dapatkan kepuasan menulis pendapat engkau sendiri? (hati menyoal)

Dulu memang la saya nak dapatkan kepuasan menulis pendapat saya sendiri. Tapi sekarang ni rasa macam best je kalau ramai yang masuk belog saya ni.

Syok sendiri jugak engkau ni ye? Woi, engkau dah lupa ke.. Sebanyak manapun manusia cuba untuk menyenangkan engkau, nescaya dia orang takkan mampu kalau Allah tak mengizinkan. Dalam hadith 40 pun ada. Tulis la apa yang engkau rasa nak tulis, yang engkau rasa perlu tulis. Jangan langgar syariat sudah.. Kalau Allah redha aku pun senang.. (hati mengingatkan)

Ye la.. Betul dah tu.. Lepas tu nak cakap pasal hijrah lagi la ni? Buntu la.. Tak tahu nak tulis apa.

Engkau nak jadi apa sebenarnya? (hati menyoal)

Saya nak jadi serba boleh dan serba tahu.. Tu pun kalau boleh la.. Boleh ke?

Tepat... Pada pendapat aku, kau berada pada jalan yang tepat. Kau menulis ni, sebenarnya kau akan terdedah dengan banyak pengetahuan dan kebolehan. Bila nak menulis, mesti kau kena membaca, memerhati dan berfikir. Baru tulisan tu ada isi, ye tak? (hati memberi fikrah)

Betul jugak tu.. Saya pun pernah cakap kat orang macam tu dulu. Masa kat KUDQI.

Pastu apa yang engkau nak tulis ni? (Hati bertanya)

Saya nak tulis pasal azam tahun ni la..

Hah.. Biar betul Mad? Dari tahun 1987 aku start bersama dengan engkau ni, engkau tak pernah tulis azam? Bagus r macam tu.. Terharu aku rasa.. (Hati buat-buat terkejut supaya rasa malunya tersorok)

Memang saya tak pernah menulis azam sempena tahun baru, tapi tak bermakna saya tiada cita-cita langsung. Cuma cita-cita dan azam saya tidak hanya diperbaharui sempena tahun baru. Saya punya cita-cita dan saya bebas untuk buat bila masa saya suka..

Okeyla.. Okeyla.. Pastu apa azam kau? (hati bertanya)

"Mad, tolong aku goreng telur jap.. Tengah masak nasi goreng ni.." Suara Khasie bergema dari ceruk dapur. Sempat pulak dia melencong masuk dalam monolog saya

Suara tu menyebabkan azam saya tak sempat ditulis di sini. Sebagaimana tahun-tahun sudah. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.