Followers

1.24.2011

Trip ke Hodaydah dan Zabeed 1

Khamis lepas, USTY buat satu lawatan pergi ke Hodaydah, Taiz dan Ib. Tapi disebabkan ke'faudhowiyy'an pengurusan diorang, maka lawatan tu terpaksalah dihadkan bilangan destinasi kepada dua sahaja. Hodaydah dan Zabeed.

Apapun, bagi 1st timer macam saya ni, pergi la mana-mana pun, mesti rasa best jugak. Tak bestnye bila duduk lama majnun dalam bas. Sebenarnya tak ada la lama sangat pun, tapi pasal seat tu kecik macam seat Yemeniyyah Airways kelas ekonomi, maka perjalanan 4 jam tu terasa lama la.

Orang Arab ni jarang-jarang je dapat main-main tepi pantai, maka dia ingat kita semua akan merasa takjub dengan pantai macam diorang takjub. Asyik nak lepak tepi pantai je kejenye. Rasanya dia tak tahu saya dah ada pengalaman lebih kurang 23 tahun dengan pantai ni.

Nasib baik jugaklah dalam 3 hari lawatan, ada jugak celah-celah pergi ke Zabeed. Untuk yang masih belum sampai ke Yaman atau dah sampai ke Yaman tapi masih belum berkesempatan jalan jauh-jauh cari pengalaman ni, Zabeed adalah tempat yang melahirkan paling ramai ulama' di negara Yaman ni.

Antara tempat-tempat menarik kat Zabeed ni, Jamie' Al-Kabeer yang diasaskan oleh Abu Musa al-Asyaari pada tahun 8 Hijrah. Memang masjid ni sangat rare dan bernilai. Penuh dengan nilai-nilai klasikal. Masjid ni pulak berada di tengah-tengah kota lama di Zabeed. Berjalan dalam kota ni macam berjalan dalam masa 200-300 tahun dulu. Memang klasik. Mujur bukan warna hitam putih je.

Mengikut seorang Indonesia yang belajar dan tinggal di Jamie Al-Kabeer itu, pada hari-hari tertentu, akan terdapat sepuluh orang Syeikh yang mengajar dalam masa yang sama dan tugasnya sebagai pelajar adalah memilih Syeikh mana yang patut beliau duduk dan menadah ilmu. Ini memang betul-betul sistem ilmu dulu-dulu.

Saya sebagai seorang pelajar baru nak belajar menikmati suasana ilmu memang tak dapat kawal diri untuk datang jugak ke Zabeed dalam tempoh dua tiga tahun lagi. Tempat yang mundur dengan kemajuan ilmu yang tak terbatas. Siapa yang tak nak memang dia tak betul.

Lepas pergi ke Jamie Al-Kabeer, sepatutnya pergi ke satu lagi tempat yang menyimpan kebanyakan kitab-kitab turath bertulisan tangan, tapi pasal last minute planning, maka tempat tu tak dijumpai dan saya bersama-sama kawan-kawan lain balik ke Hodaydah dengan peluh yang melimpah ruah.

Sampai ke Hodaydah, terubatlah sikit hati ni pasal Syeikh a.k.a Mas'ul rombongan mengatakan kita akan pergi makan ikan bakar dulu. Fulamak, pasal Hodaydah ni terkenal dengan kemurahan harga ikan dan kesegarannya, memang tawaran ni betul-betul dapat menyejukkan hati yang panas.

Sampai di kedai yang dimaksudkan, saya dan kawan-kawan menunggu dengan penuh sabar dengan mata yang berkaca tanda penuh harapan. Apabila sampai menu yang dimaksudkan, barulah kami tahu orang Arab suka makan ikan yang dimasak sampai isi ikan jadi keras. Katanya isi lembut tu tak masak. Oleh kerana saya pernah membaca hadith supaya bersabar dalam kitab Riyadhus Salihin. saya membatalkan hasrat untuk menterbalikkan meja makan yang ada dalam kedai tu.

Rasa macam nak buat sambungan je, pasal malas nak tulis panjang-panjang. Mungkin dah terbiasa tulis pendek-pendek dalam n3 sebelum ni, maka dalam sehari dua lagi saya akan sambung balik hingga sesampainya saya kat Sana'a ni. Bonusnya, n3 selanjutnya akan saya sertai dengan gambar-gambar menarik sepanjang trip ke Hodaydah dan Zabeed ni.

Bersambung.....


2 comments:

  1. Apabila sampai menu yang dimaksudkan, barulah kami tahu orang Arab suka makan ikan yang dimasak sampai isi ikan jadi keras. Katanya isi lembut tu tak masak.

    ouh.baru saya tahu.patutla baba saya macam tu. hurm,asal lembik je ikan xmasak.asal xmasak je ikan lembik.

    ikan tu pakai losyen kot.'lembut'.

    ReplyDelete
  2. Mmg baba mieha tu selera arab.. Hehe.. Lama tak dengar kabo baba, sihat ke?

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.