Followers

2.21.2011

Bola Padang

Hari ni main bola persahabatan. Antara nabasiti-nabasiti kata penganjur. Tak tahu apa dia nabasiti? Nabasiti ni bahasa orang tua-tua Terengganu dalam memaksudkan Universiti. Yelah, nak sebut satu-satu suku kata dalam U-ni-ver-si-ti bukannya senang bagi lidah yang telah bergelumang dengan kepekatan bahasa Terengganu lama sejak sekian lama. Nabasiti kan senang, ringkas dan padat saja bunyinya.

Oleh sebab entri ni bukan nak mengajar tatabahasa Melayu, maka dipendekkan cerita terus kepada cerita sukan. Sebenarnya saya tak bercadang pun nak bermain bola pada hari ini. Kiranya turun ni sebagai tukang ambik gambar kepada pasukan-pasukan bertanding. Oleh sebab ada pasukan yang kekurangan orang, nama saya pun dimasukkanlah sekali.

Akibatnya, hari ini kulit saya menjadi sawo matang kerana bermain tengah panas deghing (terik) dan kepala saya sedikit sakit mungkin terlalu lama berjemur di bawah sinaran mentari yang merbahaya. Satu lagi yang saya dapat kesan kepada diri saya hari ini adalah setiap kali saya bersin, saya akan bersin triple punya bersin. Haa chum 3x.

Satu lagi yang saya dapati ketika main bola ini adalah ketidakmampuan pemain-pemain untuk cover macho muka masing-masing dalam beberapa situasi seperti menanduk bola, berlari laju sambil membawa bola, body fighting dan lain-lain. Mungkin saya akan buat album khas untuk koleksi muka-muka tak terkawal.

Jadi saya rasa, selepas ini saya akan betul-betul pencen dalam permainan bola padang. Jika saya bermainpun, mungkin untuk tujuan amal. Sekian.

P/s: Saya gagal untuk tulis ulasan sukan dengan baik sebagaimana saya gagal menjaringkan sebarang gol pada hari ini.

P/s 2: Gambar masih dalam kamera saya, Goneng. Lain kali sajalah saya
upload gambar main bola tu. Menarik punya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.