Followers

3.13.2011

Destinasi Sebelum Malaysia

Semalam semua pelajar dan rakyat Malaysia dipanggil untuk memberikan pandangan, luahan, pendapat dan sebagainya tentang nak balik ke tak nak balik. Memang suara orang ramai nak balik. Tapi kedutaan masih lagi belum menentukan bahawa ada atau tidak kapal terbang percuma untuk kami nak balik ni.

Jadi, tujuan pengumpulan mengejut malam tadi adalah untuk mengumpul tandatangan berapa ramai nak balik ke Malaysia dan yang tak nak, yang paling penting dengan penerbangan percuma sekaligus bakal menjadi memorandum untuk dihantar ke pihak kedutaan hari ini. Katanya.

Saya? Saya memerhatikan beberapa perkara. Pertama jika jamiah tutup, saya akan melihat kepada Masyaikh yang saya sedang mengikuti pengajian dengan mereka sekarang. Jika mereka tidak keluar dari Sana'a, saya akan kekal di sini hingga kekalutan mereda atau Jun, paling tidak ada juga aktiviti di sini. Tapi, andai segenap mesin-mesin ATM sekitar Sana'a menjadi kedekut untuk mengeluarkan duit bagi kegunaan saya, tiada pilihan, saya harus keluar dari Yaman.

Pulang ke Malaysia langsung? Saya rasa mungkin tidak. Bagi saya, cuti tak rasmi jamiah sekarang adalah masa sesuai untuk berjalan meluaskan pengalaman. Saya mungkin akan ke Syria, dengan izin FAMA tentunya. Duduk dalam 3 hingga 4 bulan, menghabiskan beberapa kerja yang tidak sempat saya buat dulu dan melanjutkan perjalanan ke negara-negara sekitar. Turki bagi menghayati era khilafah terakhir dan kejahatan sekular si Ataturk. Jordan untuk mendalami tiap titik darah syuhada' di Mu'tah dan berjalan di pasar kasut terbesar khabarnya serta di Lubnan untuk menghidu perjuangan al-Marhum Syeikh Fathi Yakan.

Syria juga menjadi pilihan saya untuk habiskan semester tanpa pengajian ini kerana di sana masih ada lagi 'makhluk-makhluk' yang sedang menunggu saya dan mungkin jika tidak tahun ini, saya tidak lagi berpeluang untuk bersama mereka kerana kebanyakan mereka bakal menamatkan pengajian mereka pada akhir tahun ini.

Manalah tahu, hikmah kebangkitan rakyat di Yaman ini memungkinkan saya menulis tentang travelog dakwah. Apapun, harapannya adalah yang baik-baik saja. Sekian.

3 comments:

  1. bgus ke perancanagan nk g ke syria.. tp mcm mne kalau keadaan di syria semakin meruncing nnti?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, tak jadi ke syria.. Selamat sampai ke Malaysia.. Cuma komentar balas je tak sempat nak diberikan..

    Mat ropi - Cita2 kene ada.. Ni kene wat Travelog Dakwah versi Malaysia r.. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.