Followers

4.24.2011

Lelaki Misteri

Ini cerita panas-panas pasal baru siang tadi cerita ni berlaku depan mata aku. Biasa-biasa, hari Ahad macam hari ni, aku akan ke KUDQI, pergi tumpang ilmu salah sorang pensyarah kat situ. Kebetulan masa tengah naik tangga ada sorang lelaki turun dalam keadaan kelam kabut. Pakai baju bola warna kuning dan seluar khakis putih lusuh.

Laju je dia turun, macam baru lepas kena marah. Biasanya aku cepat cam muka orang kena marah pasal bila aku kena marah, aku akan tengok cermin untuk cepat sejuk. Aku jalan macam biasa, tengok dia pakai hujung mata. Husnu zhon aku mengatakan bahawa dia ni mungkin mekanik untuk apa-apa barang yang rosak kat atas tu.

Masuk dalam bilik pensyarah tu, tengok dua kawan aku dah ada dan dah baca sikit-sikit. Aku bagi salam dan duduk dengan konfiden. Tiba-tiba baru je start nak sambung balik bacaan, orang yang pakai baju bola warna kuning tadi masuk dalam bilik pensyarah tadi. Di tangan dia ada dua tiga naskah Qur'an Majid, yang tulisan tebal-tebal tu. Sebahagiannya ada koyak-koyak sikit tanda dah lama dan kerap dibaca.

"Ustaz kena tolong saya" katanya

Aku masih tak dapat tangkap lagi apa maksud 'tolong' tersebut. Takkan nak mintak tolong ajar mengaji sampai bawak dua tiga naskah Quran.

"Ayat tu ada bawak maksud sejahtera-sejahtera gitu..." Katanya lagi

Ustaz yakni pensyarah aku tu pun cari dalam laptop dia, semua yang berkaitan dengan salam. Ada software Quran ni yang bila masuk satu perkataan dia akan keluar beberapa ayat yang ada perkataan tersebut. Lebih kurang Mu'jam Mufahras la kiranya, cuma versi elektronik.

Lepas satu-satu ayat yang diberi ustaz aku siap dengan maknanya lagi. Semua dijawab dengan gelengan yang sungguh-sungguh punya gelengan.

"Try dulu cari ayat yang awak nak tu, kalau jumpa nanti bagitahu saya." arah ustaz aku. "Nak buat apa ayat tu?" tanya ustaz aku sambil tengok kitab yang aku dan kawan-kawan baca.

"Ayat tu ada kelebihan ustaz.. " Katanya

"Kelebihan apa? Kongsi la sikit, saya pun nak beramal jugak" ustaz aku cuba mengorek

"Tu kena tahu makna dulu" katanya

Dia terus mencari kemudian semacam baru dapat ilham dia bangkit dari kerusi dan pergi ke arah ustaz aku seraya berkata " Ayat dia bunyi macam as-salam lepas tu kum-kum sikit bunyi belakangnya".

"Assalamualaikum ke?" tanya ustaz aku

"Jangan cakap kuat-kuat.." tegas beliau sambil menseriuskan muka.

"Assalamualaikum ke?" ustaz aku macam malas nak layan serius dia.

"Ye..." Sambil buat suara Misteri Nusantara

"Kalau Assalamualaikum tak ada..." kata ustaz aku pendek

"Ada.. Saya pernah baca.. Tapi dalam Quran lama ustaz. Ni Quran baru ni.. Ada orang ubah ni" kata beliau lagi.

"Dah cari la lagi.. " Ustaz aku membiarkan saja beliau meneruskan pencarian.

Sambil-sambil cari beliau bebel " Ni ada orang ubah ni.. Agung (YDP Agung) tahu ni, tapi buat-buat senyap.. Konspirasi ni"

Lepas tu beliau bangkit sekali lagi. Kali ni aku dah sedia. Kuda-kuda dah bukak. Tunggu masa je. Nak lari.

"Ni, dia ubah dari perkataan ni ustaz.. As'alukum.." Sambil tunjuk-tunjuk Quran kat tangan dia.

Ustaz aku jawab, "Minum air tak lagi? Jom minum air.."

Beliaupun mengekori ustaz aku sambil terus bebelkan teori konspirasi beliau.

P/s 1: Orang sekarang cari al-Quran nak beramal benda-benda yang boleh bawak kepada perkara luar biasa.

P/s 2: Kalau rasa buang masa, baik pergi minum air.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.