Followers

10.01.2009

Jasad Segar Hati Mati



Manusia mampu hidup tanpa makanan jika sekiranya masih ada air. Jika tiada air, seminggu dapat hidup adalah perkara ajaib. Hati begitu juga, akan tetapi bukanlah makanan dan minuman yang menjadi penyebab hidup kepada hati. Hati hanya akan hidup dengan zikrullah, membaca al-quran dan ilmu.

Kata orang, hati yang tidak dimasuki baja-baja kebaikan ini pasti akan gersang secepat 3 hari. Apabila sudah kering, agak sukar untuk memasukkan kembali benih-benih kebaikan dalam hati. Begitulah aturannya, begitulah cabarannya. Jika untuk mengekalkan keinginan berbuat baik, maka lazimkan diri melakukannya dalam tempoh 40 hari. Sabda Nabi s.a.w :

"Barangsiapa mengikhlaskan dirinya kepada Allah selama 40 hari akan zahir sumber-sumber hikmah daripada hati melalui lidahnya"

Berbeza dengan meninggalkannya, hanya secepat tiga hari, diri pasti akan menjadi malas untuk melakukannya kembali. Kerana itulah puasa enam syawal digalakkan untuk dibuat pada 2 Syawal dan dalam istilah melayu, adanya raya enam iaitu hari yang sama dengan hari raya. Jika raya jatuh pada hari Ahad, maka raya enam akan diraikan pada Ahad depannya selepas cukup 6 hari berpuasa. Jika kita tidak berpuasa melepasi tempoh tiga hari, nescaya akan timbul satu perasaan malas dan tidak endah. Itulah hikmah untuk tidak meninggalkan amalan baik melebihi tempoh tiga hari.


Perlu diingatkan di sini, berkenaan tempoh 3 hari ini adalah kajian ulama'-ulama'. Melalui cara hidup mereka dan pengalaman mereka. Tiada paksaan untuk anda percaya atau tidak. Ianya sama dengan kenyataan ulama-ulama yang mengatakan bahawa lailatul qadar jatuh pada malam sekian-sekian. Mereka berkata begitu adalah hasil dari kajian mereka yang sentiasa bangun malam pada bulan Ramadhan dan kebetulannya hampir setiap tahun malam Lailatul Qadar jatuh pada malam yang dikatakannya. Jadi tiada paksaan, sekadar tajrib ulama'. Tiada salah pula jika kita mahu mengikutnya, mudah-mudahan ada berkatnya selagi ianya tidak bercanggahan dengan syariat.

Kembali kepada soal hati ini dan tujuan saya menulis berkenaannya, kerana saya merasakan bahawa hati saya semakin kering lebih-lebih lagi apabila kurangnya aktiviti keilmuan ini. Sememangnya saya merindukan suasana ilmu, syarahan ustaz-ustaz pensyarah, perbincangan dengan teman-teman dan muamalah yang penuh dengan aktiviti ilmu. Oleh itu, bagi yang sedang belajar, teruskan belajar kerana sesusah manapun belajar ianya amat mengenyangkan akal, terasa amat puas apabila bergelumang dengan ilmu. Jangan pernah putus harap dengan ilmu walaupun kadang-kadang kepayahannya membuat kita kecewa. Carilah ilmu baru setiap hari dengan membaca.

P/s: Tulisan ini adalah untuk menaikkan booster saya, mungkin kerana lama meninggalkan ilmu. Juga boleh dianggap untuk menyemarakkan rasa semangat kepada pelajar baru KUDQI yang sedang mengikuti minggu orientasi sekarang. Belajar bersungguh-sungguh.

2 comments:

  1. Assalamualaikum...raya untuk puasa 6 tu bid'ah arr bro..mana ada asal dlm Islam..hihi...Ana suka arr bincg dgn enta...tntg mzhab wahabi...ana rasa macam ana dah jadi wahabi lak..heh heh..erm, tya sikit, mazhab2 ni memang ada nas ker dlm Islam?? ana tak jumpa nas arr yang kata kalau kita tak bljr(jahil) 4 mazhab, selagi tu tak bleh pandai2.. Setau ana, kita pnye ajaran sumbernya Quran dan sunnah...Kalau kita pandai 2 sumber ni, apa masalahnya kita nak ikut mzhab lak??

    ReplyDelete
  2. pasal tu ambe cakap dalam melayu.. hehe.. bukan dalam islam.. I've mentioned dat b4 laa..

    Pasal mazhab ni, kite punye sumber 4.. selaku orang islam yang PAS lak tu kite waijb tahu r.. Quran, sunnah, ijma' n qias.. Yang qat'ienye quran sunnah.. ijma' n qias tu hasil dari kerja ulama' berpandukan al-quran dan sunnah..

    Kalau kite pandai 2 sumber (al quran & sunnah), boleh r kite jadi ulama' gak.. kite x yah ikut mazhab xpe, tapi masalahnya orang lain r plak yang akan bermazhabkan kite..Mazhab merdeka.. cun gak bunyinye tu.. hehe..

    Satu lagi, agak mustahil untuk tidak berpandukan ulama' langsung jika kita nk pandai quran dan sunnah.. melainkan Allah pilih kite untuk menjadi mujaddid..

    Last, perintis mazhab wahabi.. Syeikh Muhammad Abdul Wahhab pun bermazhab hanafi.. hehe.. kalau enta x ikut mazhab, mmg enta power r.. Kene cari perkataan lain untuk ganti perkataan power pasal power ni dah x sesuai dah untuk gambarkan kepoweran enta.. hehe

    Bile gi kudqi?

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.