Followers

6.03.2012

Berita Gembira Yang Bertalu-talu!

Berita gembira bertalu-talu diterima.

Paling gembira dengan sambutan rakyat di Himpunan Hijau anjuran PAS yang diadakan di negeri Kedah. Ini membuktikan PAS bersedia menjadi pendokong utama harapan rakyat untuk menakluk Putrajaya dan mengusir segala kezaliman yang berpusat di sana.

Kedua, Hosni Mubarak hari ini telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Walau ramai yang menginginkannya mati. Jangan bimbang, beliau tetap akan mati. Cuma mungkin ini caranya Allah mahu menunjukkan kepada kita sesuatu yang tak kita duga. Walau bagaimanapun keadaannya, semoga bumi Mesir dan seluruh bumi umat Islam khasnya di Malaysia diberikan aturan yang terbaik dariNya.

Ketiga, hari ini alhamdulillah ada satu majlis kecil-kecilan yang dilaksanakan di rumah Malaysia. Satu majlis aqiqah bersempena kedatangan ahli baru dalam keluarga kami yang semakin membesar. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua majlis kesyukuran naik rumah. Tak tahulah apa bahasa yang sepatutnya, tapi orang Terengganu memanggilnya dengan panggilan itu.

Seterusnya melihat kepada isu-isu yang rata-ratanya menyerlahkan lagi kezaliman dan kekemarukan UMNO BN untuk kekal di tampuk kuasa. Mudah-mudahan ianya memudahkan lagi perjalanan kita menuju hadaf kita di dunia.

Satu saja yang kurang menarik. Charger laptop saya yang keempat (selepas 3 charger sebelumnya rosak) makin cepat panas. Oh ya, saya gunakan laptop pemberian kerajaan negeri Terengganu. TC namanya. Mudah-mudahan laptop ini ok-ok saja. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.