Followers

9.07.2009

Dadah Musuh Negara

Siapa kanak-kanak di dalam gambar ini? Kanak-kanak ini adalah mangsa bunuh bapa saudaranya yang juga merangkap seorang penagih dadah. Kenapa dibunuh? Kerana ketika ini si pembunuh di bawah pengaruh dadah. Kenapa si pembunuh ini mengambil dadah? Kerana tekanan akibat tidak dibenarkan berkahwin dengan gadis yang digilainya. Ini adalah maklumat yang saya perolehi dari akhbar.

Dadah, musuh no. 1 negara. Ini adalah motto kerajaan Malaysia dalam kempen membasmi dadah dari meracuni fikiran rakyatnya. Untuk makluman, rekod majoriti penagih adalah dikuasai kelompok melayu. Apabila melayu, pastilah majoritinya adalah muslim. Yang menikam adik Azrai itu juga adalah melayu muslim. Punca bangsa melayu menjadi juara dalam bidang ini saya tidak dapat memberikan asbabnya. Cuma, biarlah kita memegang kemas ayat Allah s.w.t dalam firmannya yang bermaksud :

Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka

Moga dengan ayat ini, ahli keluarga lebih peka dalam mengetahui pergaulan ahli keluarga mereka agar tidak terjebak dengan perkara-perkara yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam gaung neraka Allah Taala.

Dadah mengikut sejarahnya mula memasuki Malaysia pada era 70-80an. Sama awalnya dengan gerakan dakwah. Ianya mungkin sebahagian dari pelan untuk menghilangkan jati diri rakyat agar segala yang dibawa masuk selepas itu tidak dihiraukan. Sekadar jeling sebelah mata kemudian sambung stim.

Sejarah penjajahan negara kebal China juga adalah hasil dari kejayaan barat memabukkan rakyat cina dengan candu. Hinggakan begitu ramai rakyat cina tidak mampu untuk melawan kuasa barat kerana candu yang didagangkan di sana.

Itu adalah kesan-kesan dadah terhadap negara. Kerana itulah dalam kapitalisme, dadah dikira sebagai haram untuk dijadikan sumber rezeki walaupun segala bentuk yang lain adalah halal bagi mereka. Ini bagi para kapitalis yang mengikut perlembagaan. Tidak termasuk yang melanggarnya.

Saya ingin mengutarakan beberapa titik bagi menangani masalah dadah ini.

  1. Wujudkan satu pulau dengan kawalan ketat oleh pihak yang bertanggungjawab, himpun semua penagih dan letakkan di pulau ini.
  2. Pemulihan secara agama dibuat secara besar-besaran di sini.
  3. Bagi yang telah pulih, mereka boleh dibawa keluar dari pulau ini dan jika mereka mengulangi kesalahan mereka atau mereka membuat jenayah di luar, jatuhkan hukuman mati. Sebaiknya di depan khalayak.

Zalim? Saya rasa tidak kerana ianya adalah taktik pencegahan. Hasil dari hukuman bunuh itu, akan timbul perasaan gerun untuk tidak turut serta melakukan kesalahan yang dibuat penagih tersebut.

Cukuplah bazirkan duit samada duit kerajaan atau bukan kerajaan hanya untuk membela mereka yang selama ini tidak membela diri mereka sendiri. Untuk ini, kita buka perbincangan. :)

P/s: Lagu Asma' Allah nyanyian Sami Yusuf memang mengenyangkan emosi saya. Cuba dengar.

1 comment:

  1. mm..no komen tentang isu dadah ni.. Pertamanya kena sekat dulu dadah dari disebarkan berleluasa... Pihak berkuasa kena rampas dadah yang dijumpai diseludup. kena ada kawalan ketat... Kemudian kaji punca terlibat dengan dadah. kaji punca dan setelkan punca tu..yang dah terlibat, hukum mati tak bermakna sebab diorg memang akan mati pun sebab dadah. tapi pengedar dadah ana setuju hukum pancung depan org ramai.

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.