Followers

1.12.2012

Misi Basikal

Aku rasa aku nak berbasikal kalau pergi mana-mana sekitar kota Sana'a ni.

Atas alasan apa aku nak berbasikal? Ok, aku akan tuliskan beberapa point manalah tahu korang boleh terasa nak join berbasikal.

1. Ok, aku mengaku aku adalah seorang yang agak bimbang dengan alam sekitar. Aku bimbang dengan penipisan ozon akibat dari asap kenderaan yang dikeluarkan. Walaupun aku duk di Malaysia, aku tak ada sebiji basikal pun. Tapi aku rasa, aku boleh mulakan di Yaman.

2. Aku teruja melihat kesihatan orang dulu-dulu. Semua benda yang ada melibatkan pergerakan fizikal. Mandi pakai telaga dan timba, giling cili pakai batu giling, sambal belacan dengan lesung, pergi mana-mana jalan kaki atau berbasikal dan lain-lain.

3. Berbanding sekarang, segala-galanya mesin. Mungkin sebab tulah manusia sekarang ni senang dapat penyakit. Hidup hanya mengawal mesin. Hampir mati pun dibantu mesin.

4. Memandangkan sekarang ni, tak semua jalan di Sana'a ni boleh dimasuki kereta, aku pilih untuk berbasikal untuk pergi ke kebanyakan tempat.

5. Sampai di Yaman baru-baru ni, aku di rekemen untuk tengok satu rancangan dari Saudi, Khawater nama rancangan tersebut. Bagus rancangannya. Antara yang menarik perhatian, adalah tentang kesihatan. Nabi S.A.W merupakan seorang yang sihat, tegap dan sasa. Jadi apa salahnya aku ingin mencontohi nabi. Korang pun boleh ikut.

6. Kalau ada yang mengatakan, naik basikal apa barang. Baik naik motor, laju. Ok, jawapan aku, naik basikal ni bukan sebab nak laju, tapi nak sihat. Kalau kau nak laju, kenapa kau tak naik jet?

7. Jadi, aku start dengan menabung dan berpuasa. InsyaAllah misi ni bermula minggu ni. Ya, Minggu ini.

Ok, tu je aku nak cakap.

2 comments:

  1. "Ok, aku mengaku aku adalah seorang yang agak bimbang dengan alam sekitar. Aku bimbang dengan penipisan ozon akibat dari asap kenderaan yang dikeluarkan."... eh, samelah dengan kita!

    "7. Jadi, aku start dengan menabung dan berpuasa. InsyaAllah misi ni bermula minggu ni. Ya, Minggu ini."... amalan ni memang bagus... bleh sihat dan bleh dapat pahala. ana doakan enta berjaya dengan misi enta.

    ReplyDelete
  2. Ameen.. Mekasih ustaz Khairul.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.