(Sahih Bukhari)
Hadis yang rasa-rasanya semua maklum kerana di Darul Quran kita pernah diajar tentang hadis ini. Malu yang bagaimana baru dikatakan sebagai sebahagian dari iman? Adakah malu untuk menjadi orang yang baik pun dikira sebahagian daripada iman? Adakah malu memakai kopiah menjadi sebahagian daripada iman? Adakah malu kerana tidak mempunyai kekasih juga adalah sebahagian daripada iman?
Kita masing-masing tahu jawapannya. Namun dalam tahu itu kita tetap malu untuk melakukan apa yang sepatutnya kita tidak malu untuk melakukannya. Tidak faham? Bacalah lagi dan lagi. Malu yang dituntut dalam Islam sebenarnya adalah malu yang menjadikan iman kita meningkat, malu kita kepada Allah, malu kita kepada Rasulullah, malu kita kepada agama kita dan malu kita kepada ibu bapa kita. Saya akan terangkan satu persatu dari sudut pandangan sempit saya ini selaku seorang tholib ilm yang sangat cetek ilmu.
MALU KEPADA ALLAH
Aku bernafas, aku berjalan, aku berlari, aku bermain, aku dapat sambung belajar ke luar negara, aku berjaya dalam peperiksaan, aku ada kawan-kawan rapat, aku ada ini, aku ada itu dan berbagai-bagai aku-aku lagi. Kadangkala kita lupa untuk berhenti sekejap memuji Allah, kita lupa Allah memberikan semua itu untuk memastikan kita bersyukur padanya. Sehinggakan perkara ini dirakam di dalam al-Quran "fa qoleelun min 'ibadiyasy syakuur".
Seperkara lagi adalah sejauh mana kita menggunakan nikmatNya dalam kita beribadah kepadaNya? Mustahil untuk mengatakan kita lupa firmanNya yang berbunyi: "wama khalaqtul jinna wal insa illa liya'budun" (penyataan ini untuk mereka yang pernah mengaji di MDQ).
Kita begitu asyik dalam melayan perasaan kita sebenarnya, kita asyik dalam kehidupan berkawan, kita asyik dalam kehidupan bermain, kita asyik dalam kegembiraan mendakap piala bola, kita asyik dalam memuji-mujuk kekasih hati kita dalam mesej, kita asyik dengan kemesraan kita bercinta dan kita asyik dengan segala-galanya yang bergelar dunia. Ingatlah Allah, panjatkan syukur kepadanya dan jadikanlah kita dikalangan orang yang sedikit. Lupakan dahulu perasaan cinta kita di dunia dan kejarlah cinta kita di akhirat yang kekal....(sila sambung ('',) )
MALU KEPADA RASULULLAH
Malu kepada Rasulullah menjadi satu perkara yang amat-amat penting dan mungkin dek kerana selalu dimomok dengan kepentingannya, kita menjadi muak untuk melaksanakannya dan menganggap bahawa perkara tersebut adalah perkara enteng sahaja.
Tentu sahaja kita perlu malu dengan Rasulullah s.a.w ini (saya kira berapa ramai yang membaca artikel ini yang berselawat ke atas nabi bila terjumpa [s.a.w] (",) ) kerana kita yang ghalibnya tahu paling kurang pun 3 hadis namun kita masih belum mampu untuk mengamalkan apa yang disabdakan oleh Kekasih Allah itu.
Malu kepada Rasulullah atas sebab kita yang sentiasa melabelkan kita ini sebagai orang yang bakal memperjuangkan Islam tidak pula berperangai seperti mereka yang mempelajari ilmu hadis. Tentu sekali tidak adil kalau perbandingan ini dibuat antara kita sekarang dengan sahabat nabi yang menuntut terus dari nabi. Namun kita perlu malu dengan hadis nabi yang berbunyi "hum ikhwaani, lam yaraani walakin yu'minuunani"
MALU KEPADA AGAMA
Malu kepada agama adalah malu jika kita beragama tetapi tingkah kita tidak menaikkan imej agama kita. Lihat sahaja saranan agama yang menggalakkan kebersihan, tapi kita tidak pula memenuhi saranan itu. Bahkan kita selesa tinggal dalam keadaan yang cukup kurang bersih. Lebih menambah malu lagi jika kita belajar di institusi agama. Memang ada mulut-mulutbusuk yang menyebut bahawa "ala, biasalah.. Sekolah tak ada tukang bersih". Saya ingin memberi sesuatu kepada mereka, kita laksanakan hadis nabi ini kerana kita dapat gaji ke? Atau kerana kita mahu beramal dengan hadis yang kita dapat? Pilihlah antara dua ini.
Mahu rasanya menyebutkan contoh lagi, iaitu cinta ketika belajar ataumonkey love. Bukan menghalang percintaan sewaktu belajar, tetapi menghalang dari terjebaknya mereka yang bercinta ini kepada gejala-gejala negatif yang telah melanda pencinta yang tidak menuntut ilmu agama. Gerun benar jika sampai berita kepada saya pelajar kita buat 'date' dalam keadaan berjubah, berpurdah, berkopiah, berkemeja sopan dan mana-mana pakaian yang melambangkan diri mereka tholib ilm. Tidak kira di Malaysia, Mesir, Indonesia, Jordan, Syria mahupun Yaman. Jangan kerana cinta pendek akal kita, kita telah merendahkan martabat Islam.
Jangan biarkan orang meluat dengan gelagat kita lantas mendoakan kecelakaan kita atas sebab kita mempelajari halal dan haram tapi masih melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Ya Allah pemberi hidayah, berikanlah hamba hidayahmu.
MALU KEPADA IBU BAPA
Yang ini tidak perlu kepada syarahan yang panjang, cukup sekadar kita tahu betapa ibu bapa kita bertungkus lumus memerah kudrat tua mereka mencari duit untuk memastikan kita selesa di perantauan, di institusi pendidikan dalam negeri dan di mana sahaja lalu kita membalasnya dengan kesungguhan kita bermain-main. Banyak urusan tah ke lain kata orang Terengganu dan seribu alasan lagi yang memungkinkan ibu bapa kita merestui kita terus menerus merenggut hasil keringat mereka dan menjanjikan mereka dengan satu impian yang tak pasti.
Maaf kerana berkasar. Kadang-kadang kita perlu berkasar untuk menyedarkan, bergantung kepada situasi. Saya menulis tentang realiti yang ada sekarang. Melihat pelajar-pelajar kita yang menyambung ke luar negara bertahun-tahun walaupun 'limit' untuk itu sekadar 4-5 tahun sahaja, mahu sekali mengusulkan kepada pentadbiran sekolah agar mewartakan satu aku janji agar mereka yang tidak lulus melebihi 3 tahun di universiti yang bermuadalah dengan pihak sekolah agar membawa mereka pulang. Ramai yang marah kalau ini benar-benar terjadi. Namun demi kebaikan, saya rela dimarahi oleh semua demi mewujudkan tekan yang menguntungkan sahabat-sahabat sekalian.
Malu itu mahkota diri, sesiapa yang pandai memadankannya, maka tampak gahlah pemakai mahkota tersebut. Seeru Ala BarakaatiLlah.
Kita masing-masing tahu jawapannya. Namun dalam tahu itu kita tetap malu untuk melakukan apa yang sepatutnya kita tidak malu untuk melakukannya. Tidak faham? Bacalah lagi dan lagi. Malu yang dituntut dalam Islam sebenarnya adalah malu yang menjadikan iman kita meningkat, malu kita kepada Allah, malu kita kepada Rasulullah, malu kita kepada agama kita dan malu kita kepada ibu bapa kita. Saya akan terangkan satu persatu dari sudut pandangan sempit saya ini selaku seorang tholib ilm yang sangat cetek ilmu.
MALU KEPADA ALLAH
Aku bernafas, aku berjalan, aku berlari, aku bermain, aku dapat sambung belajar ke luar negara, aku berjaya dalam peperiksaan, aku ada kawan-kawan rapat, aku ada ini, aku ada itu dan berbagai-bagai aku-aku lagi. Kadangkala kita lupa untuk berhenti sekejap memuji Allah, kita lupa Allah memberikan semua itu untuk memastikan kita bersyukur padanya. Sehinggakan perkara ini dirakam di dalam al-Quran "fa qoleelun min 'ibadiyasy syakuur".
Seperkara lagi adalah sejauh mana kita menggunakan nikmatNya dalam kita beribadah kepadaNya? Mustahil untuk mengatakan kita lupa firmanNya yang berbunyi: "wama khalaqtul jinna wal insa illa liya'budun" (penyataan ini untuk mereka yang pernah mengaji di MDQ).
Kita begitu asyik dalam melayan perasaan kita sebenarnya, kita asyik dalam kehidupan berkawan, kita asyik dalam kehidupan bermain, kita asyik dalam kegembiraan mendakap piala bola, kita asyik dalam memuji-mujuk kekasih hati kita dalam mesej, kita asyik dengan kemesraan kita bercinta dan kita asyik dengan segala-galanya yang bergelar dunia. Ingatlah Allah, panjatkan syukur kepadanya dan jadikanlah kita dikalangan orang yang sedikit. Lupakan dahulu perasaan cinta kita di dunia dan kejarlah cinta kita di akhirat yang kekal....(sila sambung ('',) )
MALU KEPADA RASULULLAH
Malu kepada Rasulullah menjadi satu perkara yang amat-amat penting dan mungkin dek kerana selalu dimomok dengan kepentingannya, kita menjadi muak untuk melaksanakannya dan menganggap bahawa perkara tersebut adalah perkara enteng sahaja.
Tentu sahaja kita perlu malu dengan Rasulullah s.a.w ini (saya kira berapa ramai yang membaca artikel ini yang berselawat ke atas nabi bila terjumpa [s.a.w] (",) ) kerana kita yang ghalibnya tahu paling kurang pun 3 hadis namun kita masih belum mampu untuk mengamalkan apa yang disabdakan oleh Kekasih Allah itu.
Malu kepada Rasulullah atas sebab kita yang sentiasa melabelkan kita ini sebagai orang yang bakal memperjuangkan Islam tidak pula berperangai seperti mereka yang mempelajari ilmu hadis. Tentu sekali tidak adil kalau perbandingan ini dibuat antara kita sekarang dengan sahabat nabi yang menuntut terus dari nabi. Namun kita perlu malu dengan hadis nabi yang berbunyi "hum ikhwaani, lam yaraani walakin yu'minuunani"
MALU KEPADA AGAMA
Malu kepada agama adalah malu jika kita beragama tetapi tingkah kita tidak menaikkan imej agama kita. Lihat sahaja saranan agama yang menggalakkan kebersihan, tapi kita tidak pula memenuhi saranan itu. Bahkan kita selesa tinggal dalam keadaan yang cukup kurang bersih. Lebih menambah malu lagi jika kita belajar di institusi agama. Memang ada mulut-mulut
Mahu rasanya menyebutkan contoh lagi, iaitu cinta ketika belajar atau
Jangan biarkan orang meluat dengan gelagat kita lantas mendoakan kecelakaan kita atas sebab kita mempelajari halal dan haram tapi masih melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Ya Allah pemberi hidayah, berikanlah hamba hidayahmu.
MALU KEPADA IBU BAPA
Yang ini tidak perlu kepada syarahan yang panjang, cukup sekadar kita tahu betapa ibu bapa kita bertungkus lumus memerah kudrat tua mereka mencari duit untuk memastikan kita selesa di perantauan, di institusi pendidikan dalam negeri dan di mana sahaja lalu kita membalasnya dengan kesungguhan kita bermain-main. Banyak urusan tah ke lain kata orang Terengganu dan seribu alasan lagi yang memungkinkan ibu bapa kita merestui kita terus menerus merenggut hasil keringat mereka dan menjanjikan mereka dengan satu impian yang tak pasti.
Maaf kerana berkasar. Kadang-kadang kita perlu berkasar untuk menyedarkan, bergantung kepada situasi. Saya menulis tentang realiti yang ada sekarang. Melihat pelajar-pelajar kita yang menyambung ke luar negara bertahun-tahun walaupun 'limit' untuk itu sekadar 4-5 tahun sahaja, mahu sekali mengusulkan kepada pentadbiran sekolah agar mewartakan satu aku janji agar mereka yang tidak lulus melebihi 3 tahun di universiti yang bermuadalah dengan pihak sekolah agar membawa mereka pulang. Ramai yang marah kalau ini benar-benar terjadi. Namun demi kebaikan, saya rela dimarahi oleh semua demi mewujudkan tekan yang menguntungkan sahabat-sahabat sekalian.
Malu itu mahkota diri, sesiapa yang pandai memadankannya, maka tampak gahlah pemakai mahkota tersebut. Seeru Ala BarakaatiLlah.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.