Followers

9.03.2008

Salam Perjuangan ya Akhi.



Indonesia bukanlah sejauh Mesir, Syria, Jordan atau Morocco, namun jika mereka yang pergi ke sana adalah dari kalangan yang bersahabat dengan kita melebihi 10 tahun pasti kesannya terasa juga. Tapi mereka pergi bukan untuk selama-lamanya, mereka pergi untuk kembali dan membawa kepada kita manfaat ilmu yang bakal mereka perolehi di sana. Saya gembira untuk itu.

"Jaga KUDQI molek", kata Hilman (mantan Presiden), "jaga awok-awok ni molek mad", kata Zahid, "wat molek mad untuk KUDQI", kata Zaki dan semuanya saya menjawab dengan InsyaAllah, demi Islam aku akan jaga. Begitulah tingkah abang sulung kepada saya dan rakan-rakan lain di KUDQI selama setahun itu. Mereka semua sayangkan institusi tempat mereka menjala ilmu.

Semester baru kali ini, batch saya pula yang bakal menggantikan tempat sebagai abang long KUDQI, dengan pesanan dan harapan dari abang long sebelumnya sedikit sebanyak telah menyebabkan saya terfikir bagaimana cara untuk menjaga KUDQI. Saya mahu menjaga dari sudut apa, tarbiyyah? Akhlak? Thaqafah? Semuanya? Memang satu pesanan yang cukup berat untuk terpundak di atas bahu seorang manusia. Maka saya menyeru kepada semua yang ingin belajar, sedang belajar dan telah belajar di KUDQI agar sama-sama merasa terpanggil untuk menjaga tempat kita menimba ilmu ini.

Nampak macam asobiyyah KUDQI kan? Sebenarnya tidak, saya menyarankan agar semua melibatkan diri dalam menjadikan KUDQI yang terbaik adalah kerana peranannya dalam gerakan Islam di Malaysia itu sendiri. Jika institusi yang tertubuh di bawah satu pertubuhan yang begitu menerapkan nilai tarbiyyah dalam diri ahli mereka, tidakkah menjadi satu kejanggalan jika institusi yang mereka tubuhkan itu tidak berupaya mengeluarkan insan yang memahami tarbiyyah. Semuanya berkait rapat dengan penerimaan masyarakat terhadap pelajar yang direkrut dari kem da'wah dan tarbiyyah kelolaan Parti Islam SeMalaysia ini.

Kita hidup bukan untuk kita, tetapi kita hidup adalah untuk Islam. seeru ala barakatillah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.