Followers

9.01.2008

Cerita Di Sebalik Konvo


Kami mohon maaf dari hujung rambut ke hujung jari jika ada persiapan yang kami lakukan ini tidak semeriah seperti yang dijangkakan.

"Din, aku rasa kalau kat KUDQI ni ada anugerah pelajar paling sibuk sempena Konvo, anugerah tu dah tak jatuh ke tangan orang lain dah. Kalau tak engkau, mesti aku yang dapat" saya cuba berseloroh dengan kawan saya, Muizuddin. Mungkin untuk menghilangkan penat dan mungkin sebagai satu protes terhadap kerjasama yang tidak begitu memuaskan yang ditunjukkan oleh kawan-kawan ikhwah yang lain.

Boleh dikatakan, saya dan Muizuddin menjadi ajk untuk semua unit-unit lain walaupun nama saya dan namanya berada di dalam dua unit sahaja. Berada dalam keadaan yang sentiasa sibuk, saya sentiasa memikirkan apa salah saya hingga Allah menduga saya dengan ujian kesibukan ini. Mungkin saya tidak pernah menggunakan waktu senggang sebelum datangnya waktu sibuk saya ini dengan baik. Waktu tidur juga beranjak dari kebiasaannya pukul 12pm paling lewat kepada 2-3 am dan paling ketara dua tiga hari sebelum konvo.

Mengungkit bukanlah tujuan saya menulis, namun di sana terdapat beberapa perkara yang perlu saya kaji dan teliti untuk memastikan perkara yang sama tidak lagi berlaku pada masa hadapan.
kehadiran yang memberi semangat

1- Perkara paling penting untuk bekerja adalah amal jamaie, kerana pada saya perkara tersebut amat besar walaupun ada diantara mereka yang memberikan alasan jika pergi ramai-ramai pun, bukan ada kerja nak buat. Itu bukan soalnya, apa yang penting adalah menghadirkan diri kerana dengan kelibat kita sahaja, sahabat-sahabat yang bekerja akan turut meningkat moral mereka. Percayalah kerana saya sendiri yang mengalaminya. Perasaan bekerja berseorangan dan perasaan tersebut berubah tatkala hadirnya kawan-kawan di sisi walaupun sekadar melihat.

Kesungguhan pasti akan terpancar jika diiring dengan keikhlasan

2- Ikhlas merupakan satu titik penting dalam melaksanakan segala gerakkerja berjamaah. Orang yang ikhlas sememangnya tidak akan berkira di mana diletakkan dan dengan siapa akan menjadi "partnernya". Ikhlas mewujudkan satu suasana kesungguhan yang menguntungkan.


Tukang masak yang sentiasa sayangkan tugas mereka, tahniah atas masakan yang sememangnya ada 'umph' itu.

3- Rasa sayang kepada apa yang dikerjakan. Apabila kita merasa sayang kepada tempat kita belajar contohnya, nescaya kita akan sedaya upaya memberi yang terbaik untuk memberitahu orang lain bahawa kolej kita adalah yang terbaik. Maka dengan wujudnya perasaan sayang ini, maka akan bertambah hormon kesungguhan.

Sewaktu saya berada dalam keadaan sibuk begitu, saya akan cuba bandingkan saya dengan pemimpin-pemimpin gerakan Islam di dunia yang bagi mereka tiada istilah rehat dalam perjuangan. Perbandingan ini sedikit sebanyak telah mengubat hati dan jiwa saya dan berkata kepada diri sendiri, "tiada apa yang kamu lakukan, hanya secebis keringat yang kamu tumpahkan untuk perjuangan"



Sekalung penghargaan saya hulurkan kepada mereka yang turut serta dan bersungguh-sungguh dalam menjayakan majlis konvokesyen ini. Jadilah seperti Uwais, tidak dikenali penduduk bumi tapi masyhur di kalangan penduduk langit. Seeru Ala Barakaatillah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.