Followers

5.03.2009

Remeh Ke?

Perkara Kecil Yang Penting

Saya ada mendengar satu mp3 kuliah dari Fuqaha’ yang lawak, Ustaz Azhar. Katanya, orang dulu-dulu cukup mengambil kira perkara yang kecil. Bahkan perkara-perkara yang kecil inilah yang menyebabkan jiwa datuk nenek kita terdahulu cukup kuat untuk mereka terus survival dalam kehidupan mereka.

Contohnya, dari pembinaan tandas. Kedudukan tandas tidak mengadap kiblat, tandas dibuat diluar rumah dan macam-macam lagi perkara-perkara kecil yang mungkin pada kita adalah enteng tapi pada orang lama ini tidak.

Ustaz Suhaimi, Imam Masjid UDM (dulunya masjid Kusza) juga berkata, ‘orang dulu-dulu tak buat tandas dalam rumah, pasal kata mereka tak nak bagi rumah syaitan berada dalam rumah mereka.’ Saya fikir, hebat betul penjagaan benda-benda kecil pada masa dulu.

Ulama’ mengatakan, dengan menjaga amalan-amalan sunat, jiwa kita akan menjadi lebih kuat dan rajin. Lihat sahaja sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W yang cukup menjaga amalan sunat mereka. Bahkan diriwayatkan tentera-tentera pimpinan sultan Muhammad Al-Fateh yang dilabelkan sebagai tentera yang terbaik pernah diuji oleh ketua mereka sendiri dengan menggunakan seorang petani sebagai umpan.

Sebaik-Baik Tentera, Tenteranya.

Ceritanya bilamana 2 orang tentera Al-Fateh ini keluar memantau keadaan dan dalam perjalanan pulang, mereka melihat buah yang hanyut dibawa arus sungai, lalu salah seorang mereka ingin mengambilnya dan seorang lagi mengingatkan bahawa boleh jadi buah itu milik petani yang kebunnya di tepi sungai.

Apabila mereka pulang, mereka dipanggil oleh sultan Muhammad al-Fateh dan mereka ditanyakan tentang buah yang hanyut tadi. Mereka berdua kehairanan bagaimana kejadian itu diketahui raja mereka. Kemudian keluarlah seorang lelaki dan menceritakan kepada raja tentang perihal dua tentera itu tadi.

Rupa-rupanya, lelaki itu adalah petani yang disuruh Sultan Muhammad untuk menguji kejujuran tentera baginda dan kedua-dua tentera itu ternyata layak diletakkan dalam pasukan elit al-Fateh. Dengan itu, layaklah mereka menerima cabaran Nabi S.A.W yang mengatakan sesiapa yang membuka Kostantinaple maka raja yang memimpin itu adalah sebaik-baik raja dan tentera yang berjuang padanya itu adalah sebaik-sebaik tentera. Inilah hikmah menjaga hal-hal remeh.

Semoga kita yang berjuang untuk agama Islam ini juga turut sama menjaga hal-hal kecil disamping tidak meninggalkan yang besar.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.