Followers

5.03.2009

Jaulah

Saya telah mengikuti Jaulah Ilmiyyah selama tiga hari empat malam anjuran lajnah Sukan dan Kebudayaan MPMKUDQI. Saya merasa tertarik untuk menyertai perjalanan ini setelah dua acara yang dicadangkan oleh saya dan Sabri mendapat persetujuan pihak penganjur.

Dari saya ialah untuk ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC dan Sabri mencadangkan agar diatur satu pertemuan dengan Pak Haji Subky Abdul Latif. Pada saya, dengan dua acara ini sudah memadai untuk menyertai jaulah ini.

Kami bertolak pada malam Jumaat dan mungkin sebenarnya telahpun memasuki hari Jumaat kerana janji yang dibuat bukan atas dasar agama(baca janji melayu). Tiga jam melongo di depan musolla dan apabila sebuah sudah sampai, sebuah lagi buat hal. Profesionalnya mereka berjanji.

Destinasi kami yang pertama adalah ke Perlis dan dengan ‘ketepatan’ janji yang ‘ditepati’ oleh pihak bas, kami berjaya untuk membatalkan 2 program yang saya rasa boleh dikatakan agak penting dan menarik. Pertama adalah ramah mesra dengan pentadbiran dan pelajar Madrasah ad-Diniah Islamiyyah (MADI) dan majlis ramah mesra dengan Pesuruhjaya Pas Perlis, Ustaz Hashim Jasin.

Lawatan ke KIDU, tewas 4-2 kerana tak memakai kasut.

Dari Perlis, kami ke Kedah dan bermalam di KIDU. Alhamdulillah, seperti yang dirancang, saya berjaya bertemu dengan sahabat yang pernah berjuang bersama di kelas 3 Usuluddin, Izat b. Md. Ali. Tidak banyak yang berubah tentangnya, masih lagi dengan perangainya yang riang-ria corn flakes dan mungkin semakin bertanggungjawab setelah bebanan keluarga kini terpikul ke atas bahunya. Moga Allah melindunginya demi ukhuwwah yang terbina ini. Ameen.

Sdr. Zulkifli Yahya berbaju merah di sebelah Ustaz Ismail Osman.

Di Kedah juga, saya berpeluang melawat ke kediaman MB Kedah dan yang menyambut kami adalah kolumnis Nota Dari Utara di Akhbar Harakah, saudara Zulkifli Yahya. Beliau merupakan setiausaha Perhubungan kerajaan negeri Kedah.

Kami bertolak dari Kedah untuk ke Selangor dan singgah di Taiping untuk mengalami perasaan melawat Zoo Taiping di waktu malam. Night Safari yang pernah melekat di botol mineral Spritzer dulu. Saat melalui negeri Perak, saya masih merasakan bahawa negeri ini adalah negeri yang diterajui oleh MB Nizar. Namun ianya tidak begitu. Sedih juga rasanya.

Bersama Pelajar IPA

Sampai di Selangor pada jam 6 pagi, destinasi kami yang pertama di Selangor adalah Institut Pengajian al-Azhar di Banting. Sahabat-sahabat IPA menunggu hampir 3 jam, terima kasih atas segala persediaan yang dibuat. InsyaAllah kami akan membalasnya pada imtihan akhir semester nanti.

Antara buku yang menjadi first target

Destinasi seterusnya adalah tempat favourite saya, Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Memang sudah agak lama saya menantikan saat ini dan antara buku-buku target saya adalah buku-buku karangan Abu Saif yang terbaru dan juga buku Hisyamuddin Rais iaitu Keganasan, Penipuan & Internet. Setelah menjumpai dua buku ini, saya meneruskan saki baki masa mencari buku-buku pesanan orang dan buku-buku yang mana saya rasa berkenan.

Tokoh Penulis bersama bakal Tokoh. Hehe.

Pada malamnya, saya begitu teruja untuk menemui salah seorang penulis idola saya iaitu Pak Haji Subky. Saya sampai dirumahnya ketika beliau dan anak-anaknya sedang menunaikan solat Isyak berjemaah. Hebat. Setelah itu, beliau mula menceritakan pengalaman beliau. Pengalaman yang menurut anaknya tidak pernah dikongsi kepada keluarga, bahkan keluarganya merasa seperti menjadi peserta jaulah juga. Saya bersyukur kerana begitu sambutannya.

Pak Haji Subky berkata, kamu tidak akan menjadi penulis yang baik jika hanya berkata aku nak jadi penulis, tapi jika kamu menulis hari-hari, insyaAllah kamu akan menjadi penulis yang baik.

Akhirnya marilah kita merenungi ayat ini :

Qul siiru fil ardhi fanzuru kaifa kaana ‘aqibatul mukazzibin.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.