Followers

7.16.2009

At-tahani' Ilal Mujahid

Mungkin agak lewat diucapkan, namun saya masih juga mahu menuliskan ucapan tahniah ini khususnya kepada pejuang-pejuang Islam di Manek Urai yang bekerja keras untuk memastikan kemenangan Islam di sana.

Biar hanya bermajoritikan 65 undian. Menang tetap menang walau dengan satu undi. Namun pada kemenangan ini ianya perlu dimuhasabah kembali adakan dari kalangan kita terlampau yakin dengan kemenangan hinggakan Allah mengajar kita dengan majoriti yang sedikit ini.

Usah disalahkan parti lawan kerana mereka memang berperangai begitu, sukakan helah dan tipudaya. Salahkan diri kita kerana mungkin kerana keyakinan melampau kita menyebabkan munajat kita tidak seteguh sewaktu kita berada di era kesulitan pada PRU12 lalu.

Saya tidak pergi, hanya doa saya sahaja yang mampu sampai ke sana kerana doa senjata saya. Semoga apa yang dimohonkan memberi manfaat kepada perjuangan ini. Sekalung tahniah saya ucapkan sekali lagi buat semua pejuang Islam yang bertungkus lumus berjuang hingga ke akhirnya. Jasa kalian amat besar nilainya di sisi yang Maha Besar. Seeru ala barakaatiLlah.

Kredit kepada www.perisik-rakyat.com

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.