Followers

7.13.2009

Wida' Team Akademik


Gandingan mantop Lajnah Akademik MPMKUDQI sesi 2008/2009

Walaupun majlis wida' ini telah berlalu kira-kira dua minggu yang lalu, namun dek kerana kesempitan waktu, anjakan dibuat hingga ianya hanya tersiar pada hari ini. Begitupun, ianya tidaklah mencacatkan proses dokumentasi kenangan yang saya lakukan ini. Kenangan ini harus direkodkan agar bila kita telah jauh ke depan, kita sekali sekala boleh menoleh ke belakang agar asal-usul susuk kita ini tidak dilupakan.

Saya telah melibatkan diri dalam Lajnah Akademik seawal tahun pertama kemasukan saya ke KUDQI, masuk dalam keadaan masih lagi blur dengan tugasan saya selaku S/U bidan terjun yang menggantikan seorang sahabat yang tawaqquf dalam pelajaran. Mungkin pembabitan pertama kali saya ini banyak menyusahkan dari memudahkan terutamanya kepada Boss saya ketika itu, ustaz Ibrahim Abdullah.

Tahun kedua, tugasan yang diberikan tidak saya jangka. Dari seorang yang mendapat jelingan manja ustaz Mohd Nor Hamzah sewaktu proses pendaftaran ke Kolej itu kerana berpakaian sedikit grunge kepada seorang Presiden yang pada jangkaan awal saya bakal menobatkan sahabat saya Sabri sebagai orang yang layak menjawat jawatan tersebut. Dalam tahun kedua ini, banyak perkara yang saya rasa menguji minda dan kemampuan saya untuk mentadbir. Pada tahun ini juga, saya masih lagi bersama Lajnah Akademik.


Bersama dengan Team Akademik Muslimin

Dalam masih banyak lagi perkara yang ingin dirancang untuk dilaksanakan, ternyata hajat hati ingin memeluk gunung tapi tangan ini tidak sampai untuk melaksanakannya dan saya memasuki fasa terakhir saya di KUDQI. Bergelar tahun 3 dan menjadi senior kepada adik-adik lain menjadikan perasaan ini tidak sama seperti bergelar ketua dulu. Lain benar rasanya dari think like a leader hingga ke sense of belonging yang tidak lagi dapat diadaptasikan dengan baik. Maaf kepada semua yang pernah bekerjasama dengan saya pada ketika bad attitude day ini.

Pada hari ketika saya menulis ini, barulah saya sedar kehilangan akan menyebabkan kita rindu kerana mungkin kita tidak lagi berpeluang untuk melibatkan diri menyusun kerusi dewan ketika periksa, menyapu dewan sebelum program, membuat slide untuk tayangan, mengarang surat meminjam itu ini, bergaduh manja ketika mesyuarat, merasa air yang dibancuh muslimat yang baik hati dan sesekali merungut kerana kasihankan mereka yang mengalami gula berlebihan di aspuri dan kadang-kadang kurang pula. Namun apapun, semua ini pasti akan menjadi satu sejarah yang bakal saya toleh disaat saya mencari nilai diri ini.

Terima kasih buat semua yang pernah berkoloborasi dengan saya di dalam gerak kerja persatuan dan maaf andai selama kita bergandingan saya telah tidak sengaja mengguris hati dan perasaan sahabat-sahabat sekerja. Semoga apa yang diusahakan kalian dari dulu hingga ke akhirnya akan sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk dari Allah yang Maha Besar. Ameen..

1 comment:

  1. erm..klu sy still kt kudqi,mesti muke sy ade gk dlm gmbo ni.hehe.

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.