Followers

7.12.2009

Projek I'jaaz Ilmi



Pada hari akhir peperiksaan saya di KUDQI, sempat juga saya menghadiri satu pertemuan dengan al-Fadhil Ustaz Nik Mohd Noor dan beberapa orang sahabat lain yang turut hadir dan berminat untuk menyertai satu idea yang dikeluarkan oleh Ustaz Nik iaitu untuk menubuhkan satu kelab yang berperanan untuk mengkaji dan mendalami ilmu I'jaaz Ilmi dengan tujuan dan harapan agar ilmu ini lebih dikenali dan lebih dekat dengan hati pelajar KUDQI khasnya dan masyarakat amnya. Moga-moga dengan mengenali dan mendekati ilmu ini ianya akan dapat meningkatkan keyakinan iman kita kepada kebenaran yang dibawa oleh agama Islam.

I'jaaz Ilmi adalah satu ilmu yang masih lagi baru dan ianya tertumpu kepada aspek-aspek menguatkan al-Quran sebagai Mukjizat dan apa yang dilafazkan Nabi itu tidak lain tidak bukan adalah Wahyu dari Allah semata-mata. Ilmu ini menguatkan fakta sains dengan kehadiran nas-nas al-Quran dan Sunnah bahawa apa yang ada di dalam kedua sumber teratas ummat Islam ini adalah benar dan tepat. Banyak contoh-contoh penemuan sains yang menepati apa yang terakam di dalam al-Quran dan Hadis seperti gunung-ganang sebagai pasak kepada bumi, Ajbuz Zanab yang tidak terkesan dengan perubahan suasana, angin talkih yang membantu pertumbuhan tanaman dan lain-lain lagi.


Syeikh Abdul Majid Zindani Foto Kiri, Dr. Zaghlun Najjar Foto Kanan

Antara tokoh-tokoh ulama' yang mendokongi ilmu ini adalah seperti Syeikh Abdul Majid Zindani, seorang ulama' mujahid dari Yaman, pakar geologi dari Mesir yang pernah bekerja dengan NASA, Dr. Zaghlun Najjar dan ramai lagi ulama'-ulama' lain yang hebat dan gah dengan ilmu masing-masing. Mereka tidak pernah letih mengkaji dan mendalami apa yang dinamakan sebagai ilmu I'jaaz Ilmi ini agar hasilnya dapat dinikmati bersama oleh masyarakat dan seterusnya meningkatkan kekuatan iman.

Gagasan dari Ustaz Nik ini disambut baik oleh kira-kira 13 orang pelajar dan untuk langkah pertama ini, kami bersetuju melantik Ustaz Ismail, junior saya yang umurnya jauh lebih senior dari saya bahkan ilmunya juga. Allah yubarik fiih. Antara agenda utama kami dalam jangka masa yang terdekat adalah melakukan sesi pengenalan tentang ilmu ini dan antara artikel yang bakal diterjemahkan oleh kelab ini adalah I'jaaz Fi Ahadeesi Nabiyy : 'AjbuzZanab. Boleh rujuk di laman web Jamiah Iman. Klik sini.

Doa dari anda akan membantu melancarkan gerak kerja kami. Semoga kita sama-sama dapat merasai hasilnya nanti.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.