Followers

9.26.2008

Kad Raya Untukmu



@males Nak hantar kad raya malas nak gi beli.. Malas punye pasal, rela wat kad sendiri walaupun tahu dah tahap kekreatifan bagi mencipta sebuah kad tu kurang, tapi buat jugak. Dengan yakinnya mem'publish'kan kad tu kat sini. Maka terhasillah sekeping e-kad untuk tatapan sahabat-sahabat semua. Ampun maaf dipinta. Eid Mubarak.

P/s : Percayalah, kad ini dibuat dengan sepenuh dan seikhlas hati. Maka walaupun kurang cantik, tapi ianya penuh dengan nilai kesungguhan. (terharu rasanya :snow02:)

9.22.2008

Qari Muda

Ini adalah petikan berita tentang qari muda Malaysia yang mengharumkan nama negara di Dubai. Beruntung bonda melahirkan. Saya merasa malu kepada diri sendiri tatkala melihat beliau yang semuda ini begitu fasih mengalunkan ayat suci al-Quran.

Pernah suatu ketika, beliau (adik Muhammad Ahmad Zahid) melaungkan azan di TV9 dan ketika itu jugalah ada beberapa kawan saya menegur bahawa adik saya azan di TV9. Memang dulu ada iras-iras, tapi setelah adik saya mengalami proses penurunan berat badan yang mendadak, iras-iras itu kian kendur. (sekadar memanjangkan ayat.. hehe)

Walaubagaimanapun, jauh di sudut hati saya merasa bahawa betapa perlunya kanak-kanak didedahkan dengan al-Quran sebagaimana adik Muhammad Ahmad Zahid ini. Pendedahan pada peringkat awal sebenarnya dapat membantu kanak-kanak agar lebih suci akal mereka dan lebih cepat untuk mereka mendapat ilmu.

Tapi dek kerana kita yang sekarang ini mengharung arus kemodenan, maka kanak-kanak sekarang lebih senang mengingati lagu..

sayang, sayang, sayaang..
Kau udah berpunya..
Tertutup sudah...(x ingat dah)

Bahkan mereka (kanak-kanak) ini sudah terdidik dari dalam perut ibunya lagi, jika ibunya semasa mengandungkan bayi mereka sudah menyanyi, anak yag keluar dari rahim tersebut pastinya akan teruja untuk menyanyi. Saya teringat satu makluman dari guru subjek Nuzum Islami saya bahawa proses pendidikan anak-anak bermula dari 2 tahun sebelum pasangan ibu dan bapa mereka berkahwin.

Saya berharap Ramadhan kali ini dapat membantu kita dalam mendidik diri kita sendiri bagi menjadi insan yang lebih teguh iman dan tahan godaan. Jadikanlah al-Quran sebagai pendamping. Hidupkanlah sepuluh akhir Ramadhan ini dengan sebaik-baiknya.

P/s: Malunya boleh sangkut quran exam baru ni.@damn


9.21.2008

SMS Sepanjang Ramadhan



Bulan Ramadhan tahun ini menjadikan HP saya terisi dengan pelbagai ucapan, doa, ungkapan, hadith dan lain-lain tazkirah yang menandakan tahap ingatan orang kepada kita tidak pernah luput. Saya bukanlah sekreatif mereka untuk membalas mesej-mesej. Sekadar copy-paste atau ucapan syukran sahaja yang mampu ditaip.

Tujuan saya meng'upload' SMS mereka-mereka yang budiman itu di sini bukan lah ingin menunjuk-nunjuk bahawa saya laa dapat mesej. Tidak sama sekali, tapi 'upload dengan niat yang murni(wah, murni tu) ni adalah bertujuan untuk menyatakan penghargaan kepada mereka dan juga tujuan sampingan iaitu meng'update' blog yang mula menunjukkan tanda-tanda hendak bersawang.



SMS 1

Sbelum matamu t'lelap dr kesibukn dunia.. Ingatlh Tuhanmu, yang menjdikan siangmu diwarnaidgn cabarn sbg tarbiyyah drNya.. Apa y d damba selain cinta seorg hamba kepada PENCIPTA,... Alunkan alunan zikrullah, basahkan lidahmudgn rentak kalamullah.. moga kita m'jd pengemis cinta ILAHI, perindu syahid SEJATI, InsyaAllah

SMS 2

TeKa sIapE nK jDi shaBt aWk sampai MATI?
erm.. SiapeKah diE?


SaYe?
ohh.. TidAk

PasTi bKn Saye,


PasaL sayE...
nak jD saHbT awk Sampai ke Syurga
InsyaAllah.

SMS 3

"bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang mencipta sgalanya,
yang menampakkan ujian,
yang menjadikan sakit hatimu,
yang membuatkn keinginanmu thalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah htimukrn masakan ALLAH sengaja mentakdirkn sglanya utk sesuatu y sia2, bukan ALLAH xtahu deritanya hdupmu, retaknya hatimu, tp mungkin itulh y DIA mahu krn DIA tahu hati y sbeginilah y selalunya lbh lunak & mudah utk dekat & akrab denganNYA.

SUBHANALLAH-ALHAMDULILLAH-LA ILAHA ILLALLAH

SMS 4

b'tahhajud menyerikan wajah,
b'syukur m'bajai barakah,
b'muhasabah mencetus Hikmah,
bertawakal membuahkan pasrah,
bersaudara menyemai mahabbah,
berukhwah kerana Allah.

SMS 5

SbTir aIr mAta jaTuH kRn keinSafAn, sriBu kaLi lBh bAik dR sjUta muTiarA D laUtaN, ssAat bErseDih kRn rEdha ALLAH adAlaH leBih muLia dRp shaRiaN b'seDiH kRn cIntA mAnUsia, sJrniH wAjAh kRn wdHuK yG sEmpUrna adlAh lBh bercAhya dR kilAuaN sgUnunG prmAta,sSci hTi kRn ALLAH, iTulaH hKikaT cIntA aBadi.

SMS 6

truja aku pada kata" Imam Al-Ghazali yg mulia : 'Ukhwah itu bukan pada indahnya pertemuan, tp pd ingatan seseorang terhadap saudaranya di dalam doanya'.. ku harap mekar dihatisuci ini, kan terus mantap, mnjadi syafaat, terukir indah di pintu jannah.. Ukhwah fiLlah abadan abada..

SMS 7

Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran" Allah..
Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dengan tarbiyyah pencipta..
Jika ku lemah xberdaya, ingatknlah aku dgn kehebatn syurga..
dan esok jika ku lena tanpa jaga, iringlah lenaku dengan doa mu..

SMS 8

Ukhuwwah fiLlah umpama air y mengalir,
setinggi mana pun gunung,
sedalam manapun lurah,
sekeras manapun batu yg menghalang,
ia akan mengalir jua.. @ipin02

SMS 9

"In Islam, there is no word 4 hands up,
there is no word 4 surrender,
there r only 2 thing..
WIN as a MUJAHID @ DIe as a SYAHID"
Be A Good Muslim
Salam Ramadhan.

SMS 10

Beri hatimu hanya untuk Allah,
pasti Allah akan temukan padamu pemilik terbaik..
Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk Allah,
pasti Allah akan aturkan kehidupanmu dengan baik.:look:


Cukuplah dengan 10 SMS sahaja (sebenarnya agak kekok menulis bahasa SMS di PC) yang saya 'upload'kan disini. Saya begitu terkesan dengan SMS yang saya baca. Terima kasih kepada mereka yang begitu ringan tangan untuk menukilkan SMS untuk saya sepanjang Ramadhan ini. Saya menghargainya.

Seeru Ala BarakaatiLlah.

9.18.2008

Baik Atau Buruk?


Sekadar Gambar Hiasan

Berita pertukaran kerajaan begitu membingit diputar dan diulas oleh politikus kerajaan dan juga pembangkang. Suasana semakin kelam kabut setelah Pak Lah tiba-tiba sahaja membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya sebagai menteri kewangan 1 dan melantik Najib untuk mengisi kekosongan jawatan yang beliau tinggalkan. Manakala beliau sendiri mengisi jawatan Najib iaitu selaku menteri pertahanan berkuatkuasa pada 17hb September, iaitu sehari selepas tarikh yang meriuhkan negara dengan tempikan pertukaran kerajaan.

INDONESIA BERTANYA

"Macamana 16 Sept? jadi ke tak?" tanya Yunus, sahabat saya yang membuat panggilan dari Indonesia.

"Tak jadi pun, tapi adalaa sidang media untuk tu, sekarang ni Anwar sedang buat proses untuk menuju ke arah tu, katanya dia akan berjumpa Agung dan juga PM untuk bincang pasal ni" jawab saya. "Media Indonesia kata apa?" saya bertanya.

"Masa 16hb tu, memang ada media sini buat liputan, katanya dah ada laa ahli parlimen yang cukup tu, melebihi 31 orang katanya" Jawabnya ringkas."Ye, 31 0rang katanya" saya membenarkan.

"Baru je hari ni (semalam) Pak Lah bertukar jawatan dengan Najib, Pak Lah macam nak standby je pegang tentera awal-awal, tak tahu la macamana pulak lepas ni.. Payah nak buat rumusan ni..hehe" Saya cuba menarik minat Mat Yu iaitu nama manjanye, hehe. Terfikir pula kata Lutfi Othman tentang payahnya untuk merumus situasi politik semasa kerana perubahan besar yang berlaku di Malaysia sekarang.

"Hmm, tak tahulah Mad, kita tunggu dan lihat ajelah"jawabnya ringkas. Ternyata saya gagal menarik minat beliau. Seterusnya mengalihkan perbualan kepada suasana UIN, tempat baru bagi kawan saya itu belajar.

BAIK BURUK PERTUKARAN


Sekadar Gambar Hiasan

Sebenarnya sudah ramai benar yang mengulas tentang perkara ini. Apa pro dan kontra perubahan kuasa yang diambil secara lompatan ahli parlimen kerajaan ke dalam Pakatan Rakyat. Saya pastinya mengikut keputusan yang diputuskan sewaktu muktamar di Ipoh baru-baru ini, iaitu memperkasakan Pakatan Rakyat.

Namun di sana saya melihat terdapat beberapa perkara yang perlu diteliti dan difikirkan jika Pakatan Rakyat yang diketuai DSAI yang hanya beliau sahaja yang tahu berapa dan siapa yang akan melompat masuk ke dalam PR.

Saya melihat perkara ini sebagai suatu tindakan yang agak drastik untuk dinamakan sebagai proses pemerkasaan PR. Peralihan kuasa secara lompatan ini bukanlah satu cara yang baik untuk mendapatkan kerajaan. Cara ini dilihat sedikit sebanyak telah menerbitkan bibit-bibit kacau bilau.

Saya lebih bersetuju jika proses pemerkasaan PR dibuat dengan cara membuktikan kemampuan memerintah di 5 buah negeri yang dimenangi pada PRU12 yang lalu. Belum sempat setahun PR memerintah, kita telah cuba untuk mendapatkan kerajaan pusat pula. Saya sebenarnya cukup memerhati perkara ini.

Perubahan yang mengejut tidak akan membawa kita pergi dengan lebih jauh. Lihat sahaja orang yang jahat yang melakukan perubahan secara drastik, sejauh mana dia mampu bertahan. Lihat Pak Lah dengan gagasan Islam Hadharinya dahulu, perubahan tersebut hanya sekejap sebelum beliau mula memegang pinggang wanita-wanita cantik pula selepas itu.

SIKAP PELOMPAT



Sekadar Gambar Hiasan

Sikap mereka yang melompat juga perlu diawasi, jika mereka yang begitu lama terdidik dengan kemewahan di bawah pemerintahan BN dan kemudiannya melompat ke dalam PR yang ingin melaksanakan kerajaan yang telus, adil, amanah dan menjadikan kerajaan Khalifah Umar bin Abdul Aziz sebagai model pemerintahan. Ianya bukan satu masa yang cukup dan sesuai untuk melatih mereka-mereka ini untuk bersifat qana'ah seperti kebanyakan pimpinan-pimpinan PR.

Saya bimbang jika mereka bakal menimbulkan masalah yang agak rumit untuk ditangani oleh pimpinan PR memandangkan mereka telah berjasa kepada kita dalam melakukan lompatan itu. Namun, itu mungkin perasaan saya sahaja, kerana saya akan merasa sedikit malu untuk menegur orang yang pernah berjasa kepada saya. Ini jika sayalah, orang lain mungkin tidak!

Saya bersetuju dengan T.G Nik Aziz bahawa mereka yang melompat parti ini adalah mereka yang tidak berprinsip. Saya juga bersetuju dengan Lim Kit Siang bahawa jika mereka yang melompat dengan tujuan survival politik dan periuk nasi, mereka ini pastinya akan ditentang penerimaannya kedalam PR ini. Kenyataan ini sedikit sebanyak melegakan saya. Cuma saya ingin sekali mendengar amaran itu dikeluarkan sendiri oleh mereka yang mengetuai PR.

ISLAM TETAP NO. 1


Sekadar Gambar Hiasan

Saya tetap akan berdiri teguh bersama pimpinan saya dari Parti Islam Semalaysia (PAS) dalam menempuh pasca perubahan kerajaan ini untuk menjadikan dasar Islam sebagai dasar yang paling tinggi di dalam negara. Jika perkara itu tidak dilaksanakan, biarlah PAS kembali berseorangan.

Namun dalam bertahalluf siyaasi, tidak wajar untuk dikeruhkan keadaan yang sedia tidak jernih itu. Saya bersetuju dengan kedua-dua Tok Guru, tidak kisah siapa yang menjadi PM yang baru, tapi yang penting pastikan Islam dapat dilaksanakan dan dijadikan dasar utama negara.

PENUTUP


Sekadar Gambar Hiasan

Saya berharap agar proses perubahan kerajaan yang ingin dilakukan ini atas dasar yang telus ikhlas untuk membantu rakyat. Saya juga berharap agar segala usaha ke arah membentuk kerajaan baru yang lebih Islamik benar-benar mendapat pertolongan Allah. Semoga hukum Islam dapat dijalankan di bumi Malaysia ini.

Sama-samalah kita berdoa kepada Allah agar kita diberikan petunjuk dalam perjalanan mencari redhaNya. Lemahkanlah orang yang tidak ingin melihat Islam tertegak di bumiMu ini Ya Allah

Sekadar coretan dari pemuda yang masih belum arif tentang tingkah politik namun tetap ingin mengeluarkan pandangan. Seeru ala barakaatiLlah.

P/s : Sebarang perbincangan amatlah dihargai.

9.12.2008

Ikatan05



Ikatan 05 ni adalah blog yang baru sahaja diusahakan. Setelah meneliti segenap sudut, perlu pada saya untuk wujudkan blog ini. Sebagai satu wasilah untuk mengeratkan kembali mereka yang telah berusaha selama tujuh tahun di Ma'ahad Darul Quran, Rusila.

Saya mengharapkan agar dengan kewujudan blog ini, kami semua dapat lagi mengeratkan lagi ukhuwwah yang kian renggang. Saya merindui nasihat-menasihati, tegur menegur, senda gurau dan segala-galanya tentang itu. Moga ianya menjadi satu jalinan yang akan berterusan hingga ke akhir hayat kami.

Laman tersebut boleh dilawati di sini.

9.05.2008

Malu Itu Mahkota

Daripada Abu Hurairah (r.a), Nabi S.A.W bersabda : " Iman itu Bidh'un(bilangan dari 3 hingga 9) dan terdapat 60 cabang, malu itu sebahagian daripada Iman."
(Sahih Bukhari)

Hadis yang rasa-rasanya semua maklum kerana di Darul Quran kita pernah diajar tentang hadis ini. Malu yang bagaimana baru dikatakan sebagai sebahagian dari iman? Adakah malu untuk menjadi orang yang baik pun dikira sebahagian daripada iman? Adakah malu memakai kopiah menjadi sebahagian daripada iman? Adakah malu kerana tidak mempunyai kekasih juga adalah sebahagian daripada iman?



Kita masing-masing tahu jawapannya. Namun dalam tahu itu kita tetap malu untuk melakukan apa yang sepatutnya kita tidak malu untuk melakukannya. Tidak faham? Bacalah lagi dan lagi. Malu yang dituntut dalam Islam sebenarnya adalah malu yang menjadikan iman kita meningkat, malu kita kepada Allah, malu kita kepada Rasulullah, malu kita kepada agama kita dan malu kita kepada ibu bapa kita. Saya akan terangkan satu persatu dari sudut pandangan sempit saya ini selaku seorang tholib ilm yang sangat cetek ilmu.

MALU KEPADA ALLAH

Aku bernafas, aku berjalan, aku berlari, aku bermain, aku dapat sambung belajar ke luar negara, aku berjaya dalam peperiksaan, aku ada kawan-kawan rapat, aku ada ini, aku ada itu dan berbagai-bagai aku-aku lagi. Kadangkala kita lupa untuk berhenti sekejap memuji Allah, kita lupa Allah memberikan semua itu untuk memastikan kita bersyukur padanya. Sehinggakan perkara ini dirakam di dalam al-Quran "fa qoleelun min 'ibadiyasy syakuur".



Seperkara lagi adalah sejauh mana kita menggunakan nikmatNya dalam kita beribadah kepadaNya? Mustahil untuk mengatakan kita lupa firmanNya yang berbunyi: "wama khalaqtul jinna wal insa illa liya'budun" (penyataan ini untuk mereka yang pernah mengaji di MDQ).

Kita begitu asyik dalam melayan perasaan kita sebenarnya, kita asyik dalam kehidupan berkawan, kita asyik dalam kehidupan bermain, kita asyik dalam kegembiraan mendakap piala bola, kita asyik dalam memuji-mujuk kekasih hati kita dalam mesej, kita asyik dengan kemesraan kita bercinta dan kita asyik dengan segala-galanya yang bergelar dunia. Ingatlah Allah, panjatkan syukur kepadanya dan jadikanlah kita dikalangan orang yang sedikit. Lupakan dahulu perasaan cinta kita di dunia dan kejarlah cinta kita di akhirat yang kekal....(sila sambung ('',) )

MALU KEPADA RASULULLAH

Malu kepada Rasulullah menjadi satu perkara yang amat-amat penting dan mungkin dek kerana selalu dimomok dengan kepentingannya, kita menjadi muak untuk melaksanakannya dan menganggap bahawa perkara tersebut adalah perkara enteng sahaja.



Tentu sahaja kita perlu malu dengan Rasulullah s.a.w ini (saya kira berapa ramai yang membaca artikel ini yang berselawat ke atas nabi bila terjumpa [s.a.w] (",) ) kerana kita yang ghalibnya tahu paling kurang pun 3 hadis namun kita masih belum mampu untuk mengamalkan apa yang disabdakan oleh Kekasih Allah itu.

Malu kepada Rasulullah atas sebab kita yang sentiasa melabelkan kita ini sebagai orang yang bakal memperjuangkan Islam tidak pula berperangai seperti mereka yang mempelajari ilmu hadis. Tentu sekali tidak adil kalau perbandingan ini dibuat antara kita sekarang dengan sahabat nabi yang menuntut terus dari nabi. Namun kita perlu malu dengan hadis nabi yang berbunyi "hum ikhwaani, lam yaraani walakin yu'minuunani"

MALU KEPADA AGAMA

Malu kepada agama adalah malu jika kita beragama tetapi tingkah kita tidak menaikkan imej agama kita. Lihat sahaja saranan agama yang menggalakkan kebersihan, tapi kita tidak pula memenuhi saranan itu. Bahkan kita selesa tinggal dalam keadaan yang cukup kurang bersih. Lebih menambah malu lagi jika kita belajar di institusi agama. Memang ada mulut-mulut busuk yang menyebut bahawa "ala, biasalah.. Sekolah tak ada tukang bersih". Saya ingin memberi sesuatu kepada mereka, kita laksanakan hadis nabi ini kerana kita dapat gaji ke? Atau kerana kita mahu beramal dengan hadis yang kita dapat? Pilihlah antara dua ini.



Mahu rasanya menyebutkan contoh lagi, iaitu cinta ketika belajar atau monkey love. Bukan menghalang percintaan sewaktu belajar, tetapi menghalang dari terjebaknya mereka yang bercinta ini kepada gejala-gejala negatif yang telah melanda pencinta yang tidak menuntut ilmu agama. Gerun benar jika sampai berita kepada saya pelajar kita buat 'date' dalam keadaan berjubah, berpurdah, berkopiah, berkemeja sopan dan mana-mana pakaian yang melambangkan diri mereka tholib ilm. Tidak kira di Malaysia, Mesir, Indonesia, Jordan, Syria mahupun Yaman. Jangan kerana cinta pendek akal kita, kita telah merendahkan martabat Islam.

Jangan biarkan orang meluat dengan gelagat kita lantas mendoakan kecelakaan kita atas sebab kita mempelajari halal dan haram tapi masih melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Ya Allah pemberi hidayah, berikanlah hamba hidayahmu.

MALU KEPADA IBU BAPA



Yang ini tidak perlu kepada syarahan yang panjang, cukup sekadar kita tahu betapa ibu bapa kita bertungkus lumus memerah kudrat tua mereka mencari duit untuk memastikan kita selesa di perantauan, di institusi pendidikan dalam negeri dan di mana sahaja lalu kita membalasnya dengan kesungguhan kita bermain-main. Banyak urusan tah ke lain kata orang Terengganu dan seribu alasan lagi yang memungkinkan ibu bapa kita merestui kita terus menerus merenggut hasil keringat mereka dan menjanjikan mereka dengan satu impian yang tak pasti.

Maaf kerana berkasar. Kadang-kadang kita perlu berkasar untuk menyedarkan, bergantung kepada situasi. Saya menulis tentang realiti yang ada sekarang. Melihat pelajar-pelajar kita yang menyambung ke luar negara bertahun-tahun walaupun 'limit' untuk itu sekadar 4-5 tahun sahaja, mahu sekali mengusulkan kepada pentadbiran sekolah agar mewartakan satu aku janji agar mereka yang tidak lulus melebihi 3 tahun di universiti yang bermuadalah dengan pihak sekolah agar membawa mereka pulang. Ramai yang marah kalau ini benar-benar terjadi. Namun demi kebaikan, saya rela dimarahi oleh semua demi mewujudkan tekan yang menguntungkan sahabat-sahabat sekalian.

Malu itu mahkota diri, sesiapa yang pandai memadankannya, maka tampak gahlah pemakai mahkota tersebut. Seeru Ala BarakaatiLlah.

9.03.2008

Salam Perjuangan ya Akhi.



Indonesia bukanlah sejauh Mesir, Syria, Jordan atau Morocco, namun jika mereka yang pergi ke sana adalah dari kalangan yang bersahabat dengan kita melebihi 10 tahun pasti kesannya terasa juga. Tapi mereka pergi bukan untuk selama-lamanya, mereka pergi untuk kembali dan membawa kepada kita manfaat ilmu yang bakal mereka perolehi di sana. Saya gembira untuk itu.

"Jaga KUDQI molek", kata Hilman (mantan Presiden), "jaga awok-awok ni molek mad", kata Zahid, "wat molek mad untuk KUDQI", kata Zaki dan semuanya saya menjawab dengan InsyaAllah, demi Islam aku akan jaga. Begitulah tingkah abang sulung kepada saya dan rakan-rakan lain di KUDQI selama setahun itu. Mereka semua sayangkan institusi tempat mereka menjala ilmu.

Semester baru kali ini, batch saya pula yang bakal menggantikan tempat sebagai abang long KUDQI, dengan pesanan dan harapan dari abang long sebelumnya sedikit sebanyak telah menyebabkan saya terfikir bagaimana cara untuk menjaga KUDQI. Saya mahu menjaga dari sudut apa, tarbiyyah? Akhlak? Thaqafah? Semuanya? Memang satu pesanan yang cukup berat untuk terpundak di atas bahu seorang manusia. Maka saya menyeru kepada semua yang ingin belajar, sedang belajar dan telah belajar di KUDQI agar sama-sama merasa terpanggil untuk menjaga tempat kita menimba ilmu ini.

Nampak macam asobiyyah KUDQI kan? Sebenarnya tidak, saya menyarankan agar semua melibatkan diri dalam menjadikan KUDQI yang terbaik adalah kerana peranannya dalam gerakan Islam di Malaysia itu sendiri. Jika institusi yang tertubuh di bawah satu pertubuhan yang begitu menerapkan nilai tarbiyyah dalam diri ahli mereka, tidakkah menjadi satu kejanggalan jika institusi yang mereka tubuhkan itu tidak berupaya mengeluarkan insan yang memahami tarbiyyah. Semuanya berkait rapat dengan penerimaan masyarakat terhadap pelajar yang direkrut dari kem da'wah dan tarbiyyah kelolaan Parti Islam SeMalaysia ini.

Kita hidup bukan untuk kita, tetapi kita hidup adalah untuk Islam. seeru ala barakatillah.

9.01.2008

Cerita Di Sebalik Konvo


Kami mohon maaf dari hujung rambut ke hujung jari jika ada persiapan yang kami lakukan ini tidak semeriah seperti yang dijangkakan.

"Din, aku rasa kalau kat KUDQI ni ada anugerah pelajar paling sibuk sempena Konvo, anugerah tu dah tak jatuh ke tangan orang lain dah. Kalau tak engkau, mesti aku yang dapat" saya cuba berseloroh dengan kawan saya, Muizuddin. Mungkin untuk menghilangkan penat dan mungkin sebagai satu protes terhadap kerjasama yang tidak begitu memuaskan yang ditunjukkan oleh kawan-kawan ikhwah yang lain.

Boleh dikatakan, saya dan Muizuddin menjadi ajk untuk semua unit-unit lain walaupun nama saya dan namanya berada di dalam dua unit sahaja. Berada dalam keadaan yang sentiasa sibuk, saya sentiasa memikirkan apa salah saya hingga Allah menduga saya dengan ujian kesibukan ini. Mungkin saya tidak pernah menggunakan waktu senggang sebelum datangnya waktu sibuk saya ini dengan baik. Waktu tidur juga beranjak dari kebiasaannya pukul 12pm paling lewat kepada 2-3 am dan paling ketara dua tiga hari sebelum konvo.

Mengungkit bukanlah tujuan saya menulis, namun di sana terdapat beberapa perkara yang perlu saya kaji dan teliti untuk memastikan perkara yang sama tidak lagi berlaku pada masa hadapan.
kehadiran yang memberi semangat

1- Perkara paling penting untuk bekerja adalah amal jamaie, kerana pada saya perkara tersebut amat besar walaupun ada diantara mereka yang memberikan alasan jika pergi ramai-ramai pun, bukan ada kerja nak buat. Itu bukan soalnya, apa yang penting adalah menghadirkan diri kerana dengan kelibat kita sahaja, sahabat-sahabat yang bekerja akan turut meningkat moral mereka. Percayalah kerana saya sendiri yang mengalaminya. Perasaan bekerja berseorangan dan perasaan tersebut berubah tatkala hadirnya kawan-kawan di sisi walaupun sekadar melihat.

Kesungguhan pasti akan terpancar jika diiring dengan keikhlasan

2- Ikhlas merupakan satu titik penting dalam melaksanakan segala gerakkerja berjamaah. Orang yang ikhlas sememangnya tidak akan berkira di mana diletakkan dan dengan siapa akan menjadi "partnernya". Ikhlas mewujudkan satu suasana kesungguhan yang menguntungkan.


Tukang masak yang sentiasa sayangkan tugas mereka, tahniah atas masakan yang sememangnya ada 'umph' itu.

3- Rasa sayang kepada apa yang dikerjakan. Apabila kita merasa sayang kepada tempat kita belajar contohnya, nescaya kita akan sedaya upaya memberi yang terbaik untuk memberitahu orang lain bahawa kolej kita adalah yang terbaik. Maka dengan wujudnya perasaan sayang ini, maka akan bertambah hormon kesungguhan.

Sewaktu saya berada dalam keadaan sibuk begitu, saya akan cuba bandingkan saya dengan pemimpin-pemimpin gerakan Islam di dunia yang bagi mereka tiada istilah rehat dalam perjuangan. Perbandingan ini sedikit sebanyak telah mengubat hati dan jiwa saya dan berkata kepada diri sendiri, "tiada apa yang kamu lakukan, hanya secebis keringat yang kamu tumpahkan untuk perjuangan"



Sekalung penghargaan saya hulurkan kepada mereka yang turut serta dan bersungguh-sungguh dalam menjayakan majlis konvokesyen ini. Jadilah seperti Uwais, tidak dikenali penduduk bumi tapi masyhur di kalangan penduduk langit. Seeru Ala Barakaatillah.