Followers

12.25.2011

Nota Musafir

Ok, oleh kerana dalam perjalanan ni, aku tak suka taip panjang lebar. Aku point²kan supaya senang puyuh berlari. Ala Dr. Mahathir gitu.

1. Sekarang lepak kat departures (ye, aku jeling papan tu 2-3 kali untuk pastikan ejaan aku betul ke tak). Flight Yemenia delay. Masih belum sampai. Jangan lama-lama sangat .

2. Tadi call ayah aku, tanya macamana kaki dia, dah ok ke belum. Cakap aku dah nak gerak. Suruh kirim salam kat ahli keluarga semua dan aku gunakan peluang musafir ni untuk doakan kesihatan ayah aku mudah-mudahan doa aku tu mustajab.

3. Ayah aku pesan, "nanti telefon sampai la" instead of "nanti sampai telefon la. " Aku senyum. Baru kat KL ayah aku dah start rindu. Anak yang baikla katakan. Keh keh keh. Terbangga diri pulak.

4. Sebelah aku ada perempuan-perempuan Yemen. Mungkin satu keluarga. Cuti-cuti Malaysia. Tapi ayah dia yang pakai topi ala-ala Sherlock Holmes jeling-jeling aku macamla aku ada main mata dengan anak dia. Tindakan aku, buat muka sopan jenis remaja yang selalu pergi surau buat.

5. Point yang kelima ni, aku dah nampak Flight Yemenia sampai. Slow-slow je masuk parking. Macam tau-tau je aku bengkek.

6. Aku mohon doa agar perjalanan ni selamat, diberkati dan dirahmati. Betulkan niat aku nak pergi belajar. Tak lupa jugak doa untuk orang-orang penting dalam hidup aku, mak ayah, keluarga, ehem-ehem dan kawan-kawan. Moga diberkati Allah. Ok, stop sini dulu. Lain kali aku sambung. Doakan aku ya.

Wassalam.

12.23.2011

Tunda Tarikh

Mungkin dalam Ahad depan aku akan pergi ke Yaman. Walaupun pada asalnya flight aku pada petang tadi. Tapi disebabkan beberapa masalah yang aku dapat tahu dari kawan yang incas bahagian tiket meniket ni yang Yemenia Airways ada masalah sikit dengan kakitangan diorang. Kakitangan diorang buat mogok. Sebab apa mogok tu dibuat taklah aku tahu.

Jadi tiket yang aku tempah dari MAS untuk penerbangan dari Terengganu ke KLIA terpaksa ditunda jugak. Jadi kena caj lah sikit. Apa dia panggil tu, cancellation fees ke apa? (ok, aku tengok kat resit macamana nak eja tadi tu).

Tiket tu kebetulan aku dapat murah, dalam RM210. Caj untuk cancelkan penerbangan 22hb ke 25hb RM220. Agak banyak untuk orang bujang yang tak ada kerja tetap macam aku.Nasib baik ayah aku support.

Aku ada bercakap dengan ayah aku pasal ni.

Kalau tak jadi jugak 25hb ni, berat punya kes la.. Kena caj lagi, takpun burn macam tu je tiket. Banyak betul abis duit.

Ayah aku jawab,

Allah nak ganti ikut lain la tu

Jadi petang tu, aku rasa malu dekat ayah aku pasal walaupun dia tak sekolah tinggi, tak sekolah agama, tapi dia lebih faham apa tu Qada' & Qadar, apa tu hikmah dan jangan cepat putus asa.

Thanks Dad..

9.28.2011

Tahi Lalat

Ok, baru hari ni aku perasan yang muka aku banyak betul tahi lalat.

Atas hidung, atas dahi, atas pipi, atas bibir.

Orang kata tahi lalat atas bibir ni manis. Bukan tahi lalat tu manis, tapi secara geografinya, bila ada tahi lalat di pinggir bibir ni menyebabkan tuan tahi lalat tu kelihatan manis dipandang dan sesuai betul nak dijadikan pasangan hidup. Ha, gitu!

Jadi, bermula hari ni jugaklah, kehairanan dan persoalan yang sekian lama bermain dalam minda aku terjawab bila ada orang kata, "Manis sungguh anak Haji Karim ni.."

P/s: Keh keh keh. Jangan berkira sangat. Sekali-sekali perasan apa salahnya.

Lama betul tak menulis

Lama betul nak menulis.

Ah, aku dah tak dapat nak meneruskan kata-kata lagi.

Takpelah, tiga baris ni mungkin tiga baris yang bakal mengelakkan blog aku dari dihuni jin dan makhluk halus.

P/s: Rumah kalau kita tinggal lama-lama, ada benda lain yang datang menumpang, ye dak? Ish, tiba-tiba je rasa nak baca buku Tamar Jalis, Siri Bercakap Dengan Jin tu..

8.10.2011

Zahid Syafie (1991-2011)

Hari ni aku dapat satu berita mengejutkan.

Seorang junior aku masa sekolah MDQ meninggal dunia, eksiden di Kuala Berang.

Aku tak adalah rapat sangat dengan dia, tapi dalam tak rapat tu aku tahu dia budak baik.

Muka yang selalu pergi awal ke Masjid.

Jenis yang dengar kata abang-abang.

Tapi siapa sangka, dia pergi lagi awal dari abang-abang senior dia.

Aku rasa kawan-kawan dia mesti sedih bila ingatkan dia.

Semoga Allah kurniakan sebesar-besar rahmatNya keatas almarhum Mohd Zahid bin Syafie. Al-Fatihah.


Cakap Sikit-sikit

Bulan Ramadhan yang mulia ni, aku rasa nak bercakap lebih sedikit dari bulan-bulan biasa. Antonasi tu kena baca betul-betul, lebih sedikit maksudnya makin kurang la, bukan makin lebih.

Kita berpuasa untuk membuahkan taqwa. Kalau kita tak dapat membuahkan taqwa, tak payah rayalah. Tu je yang aku nak cakap. Sekian.

8.02.2011

Cerita Syahid

Aku sendiri tak tahu sedih atau gembira.

Sedih mungkin pasal aku tahu lambat lebih kurang 3-4 bulan. Tak cakna betul.

Gembira kerana dua orang sahabat aku di Yaman telah berjaya meminang bidadari.

7.28.2011

Ini Cerita Sejarah Ni!

Ni cerita fresh-fresh baru dapat tadi.

Ini cerita tentang sejarah. Cerita pasal tokoh. Tokoh perjuangan kemerdekaan.

Pagi tadi ada sorang mak cik yang tua dia lagi tua dari ayah aku. Dia masuk dalam kedai cari-cari barang. Bila tak jumpa barang, baru dia bagitahu apa dia nak.

"Bagi ubat nyamuk satu, Awang.."

7.27.2011

Pergaduhan Terhebat

Pergaduhan tu kadang-kadang tak semestinya berakhir dengan darah, bengkak, patah dan riuk. Kerana sebelum aku tidur tadi, tiba-tiba aku gelak. Gelak yang jenis aku sorang je boleh dengar. Gelak tu pasal teringat dekat satu kes pergaduhan kawan aku dengan kawan aku sorang lagi.

Masa tu, budak-budak lagi. Yela, darah tengah panas. Pantang cuit sikit, terus geli.

7.26.2011

Sedap Macamana?

Baru-baru ni, anak sedare nombor tiga aku, baru balik dari Sabah, ikut ayah dia pergi bekerja sambil bercuti. Yela, budak tu mana ada kerja lagi, baru umur tujuh tahun. Jadi dia bercuti je la kat Sabah nu..

Bila balik, aku pun tanyalah soalan cliche orang yang tak pergi jalan-jalan biasa tanya ni kat dia.

"Amacam, sedap tak pergi Sabah"

7.23.2011

Ramadhan Ini


Rahmat yang turun pada bulan Ramadhan umpama hujan lebat.

Kita yang berada di bulan Ramadhan umpama berada di tengah padang.

7.20.2011

Kisah Cinta


Hari ni aku ada kisah cinta untuk dilipurkan pada pembaca kepada blog aku yang mempunyai follower seramai 65 orang. Baru 65 orang pun dah buat aku rasa dihargai. Peh, terharu dia lain macam.

Ok, terus kepada kisah cinta tersebut.

6.30.2011

Unggun Bersih


Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.

24—25, 6.11. A. SAMAD SAID

Ketahui Hak Anda Jika Ditangkap Polis

RED BOOK (BAHASA MALAYSIA) Hak-hak anda bila Ditahan Polis Malaysia

1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS


1.1 Tidak Berpakaian Seragam, Minta Pengenalan Diri

Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; “Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda.”

1.2 Kad Kuasa Polis

Merah : Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.

6.27.2011

Email Ghairah

Aku baca balik email-email dalam karong yahoomail aku. Aku dapati bahawa banyak betul aku berubah sekarang!

Ada gembira...

Ada sedih...

Ada sibuk...

Ada santai...

6.22.2011

Angan dan Ayah

Aku rasa, aku nak menceburi bidang pertanian la.

Walau bukan sepenuh masa, separuh masa jadilah.

Pertanian ni kalau kena caranya, boleh sangat nak hidup.

6.21.2011

PERKASA vs BERSIH

Yeah....

PERKASA nak turun berentap dengan BERSIH

Siap warning-warning masyarakat setempat lagi tu. Sebarang kemungkinan boleh terjadi.

Terang-terang kenyataan panglima perang PERKASA, Ibrahim Ali nak buat kacau.

Kononnya, nak jadi hero keamanan.

Eksperimen Air


Semalam, aku perlahan-lahan menderap kaki pergi ke dapur, tujuannya untuk bereksperimen dengan air. Dalam kepala aku tak lain, malam ni kena buat air milo yang jenis pekat payah nak kacau.

5.28.2011

Pantai

Salam sejahtera semua.

Baru-baru ni, aku pergi mandi laut.

Pantai dah tak macam dulu.

Kalau dulu, remis boleh dapat cukup mudah.

Pakai kaki je. Kaki yang jenis fleksibel punya kaki. Kuis-kuis sikit, timbul terus remis.

5.18.2011

Masak Masak



Bila dah duduk kat rumah lama sangat, lama betul tinggal scene masak-memasak ni. Jadi sekarang ni, potong bawang pun tak laju macam dua bulan sebelumnya. Dulu bila potong, pisau dengan papan lapik tu akan keluarkan bunyi tap tap tap, tapi sekarang bunyi dia lain sikit. Macam, tap..... tap..... tap..... Lambat.
Justify Full
Tapi ada satu je yang tak berubah, rasa dia. Tetap sedap macam dua bulan sebelumnya, harap maklum.

5.16.2011

Kembara Tarbawi



Baru-baru ni, tepat lagi pada Jumaat dan Sabtu baru-baru ini, aku pergi ikut satu program anjuran Lajnah Tarbiyyah PAS Negeri Terengganu. Program Kembara Tarbawi. Peserta-peserta dia terdiri dari kalangan orang-orang yang mempunyai pacuan empat roda. Orang putih kata 4wd.

Tulis banyak-banyak pun bukan orang nak baca sangat, kat sini aku letak dua tiga keping gambar untuk tatapan umum. Selebihnya boleh tengok-tengok kat Facebook. Sekian.

Satu Pandangan Dihari Guru



Aku ada satu pandangan. Pandangan aku ini mungkin betul, mungkin salah. Aku melihat dengan dua bijik mata yang aku ada ini sahaja. Mungkin ada juga sisi-sisi yang aku tak ternampak. Mungkin orang lain lebih tahu apa yang dia kerjakan.

Sekarang ini aku tengok banyak sangat kelas agama untuk budak-budak khasnya budak-budak sekolah rendah. Ini bagus. Tapi aku ada nampak satu sisi yang tak bagus bila kebanyakan orang macam nak jadikan dia sumber pendapatan.

4.26.2011

Doa Lailatul Qadr

Dulu masa kecik-kecik, apabila tiba bulan Ramadhan yang penuh berkat, aku selalu diceritakan tentang Lailatul Qadr. Tentang air yang henti geloranya, pokok-pokok bersujud seluruh dunia seolah terpaku apabila Lailatul Qadr. Yang paling disuruh, supaya banyakkan berdoa kerana malam itu makbul doanya.

4.25.2011

Status : Najib Turun Padang

Selain Pilihanraya Kecil, rakyat kini mendoakan agar kawasan mereka dikunjungi pemimpin besar-besar pula, kerana dua faktor ini adalah antara penyebab cepatnya pembangunan di sesuatu kawasan. Sekian

P/s: Sekali-sekali tulis status ala-ala facebook di blog apa salahnya. Mark Zuckerberg tak marah kot.

4.24.2011

Lelaki Misteri

Ini cerita panas-panas pasal baru siang tadi cerita ni berlaku depan mata aku. Biasa-biasa, hari Ahad macam hari ni, aku akan ke KUDQI, pergi tumpang ilmu salah sorang pensyarah kat situ. Kebetulan masa tengah naik tangga ada sorang lelaki turun dalam keadaan kelam kabut. Pakai baju bola warna kuning dan seluar khakis putih lusuh.

Laju je dia turun, macam baru lepas kena marah. Biasanya aku cepat cam muka orang kena marah pasal bila aku kena marah, aku akan tengok cermin untuk cepat sejuk. Aku jalan macam biasa, tengok dia pakai hujung mata. Husnu zhon aku mengatakan bahawa dia ni mungkin mekanik untuk apa-apa barang yang rosak kat atas tu.

4.21.2011

Lewat Malam

Dalam dua tiga hari lepas, aku renovate sikit blog aku agar ia jadi lebih ringkas dan nampak yang perlu-perlu saja. Guna one column template ni memang dah jadi impian aku sejak beberapa lama berblog. Rasa bosan dengan satu-satu perkara menyebabkan aku jadi tak keruan untuk menukar layout blog aku ni kerap-kerap.

4.14.2011

Jana Tenaga Muda

Tiga hari bermula dari Khamis hingga ke hari Sabtu ni, saya akan bersama-sama pelajar dari Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah ke Basung dalam program menjana tenaga dakwah khususnya dari kalangan pemuda.

Harap-harap dapat banyak manfaat yang boleh diambil dan dikongsi dengan pemuda harapan agama dan bangsa tu. Peserta dengar kabonye tak ramai, jadi peluang untuk hadam input-input dengan baik tu sangat besar.

4.06.2011

Turun, Kalau Tak, Macamana Nak Isi?

Hari itu, aku pergi ke stesen minyak yang berselang belas-belas buah kampung punya jauh dari kampung aku. Kebetulan ada pergi rumah kawan, jadi bukan saja-saja eksen bawak kereta. Bukan.

Dalam keadaan sekarang, ekonomi makin lama makin jatuh, dengan negara kerugian RM 108 bilion setahun pasal rasuah sebagaimana yang SPRM lapor, maka sesetengah stesen minyak menggunakan khidmat warga asing untuk mengepam minyak khususnya bagi bahagian motosikal. Jimat kos dan rajin.

3.30.2011

Kembara ke MDQ 4

Darul Quran yang saya belajar dulu masih lagi sama seperti biasa. Saya pergi setelah mendapat panggilan dari pentadbiran MDQ yang ingin berjumpa dengan bekas pelajarnya yang ke Yaman. Perjumpaan yang ringkas dan saya kira sangat bermakna apabila masing-masing saling berkongsi pandangan dan pendapat serta beberapa tawaran untuk adik beradik saya menyumbang tenaga turut dibincangkan.

3.26.2011

Salah Makhraj

Dalam hari Khamis lepas, saya telah pergi ke satu klinik gigi di area Gong Badak. Maklumlah, balik dari negara yang rata-rata kedai makan di sana menghidangkan teh pekat, tak dapat tidak ada juga kesan-kesan keemasan yang melekat di gigi.

3.23.2011

Catatan

Saya dah sampai Malaysia. Dua tiga hari lepas. Internet tak ada masalah langsung. Saja-saja malas nak update blog. Kata orang biar saya boleh round rumah ni dua tiga kali, tengok apa yang bertambah dan berkurang. Tak banyak perubahan pun. Tetap tenang macam biasa.

Balik dari rumah, adik beradik pakat tegur, panjangnya janggut. Saya rasa biasa je pasal saya tengok cermin, janggut saya tak sepanjang Gandalf dalam LOTR. Okey, itu tak kelakar langsung.

3.17.2011

Situasi Hari Ini

Semalam bermula proses evakuasi pertama di Yaman. Seramai 33 orang telah dibawa pulang ke Malaysia dengan penerbangan awam. Ini kerana pesawat TUDM tak diberi kebenaran untuk mendarat di Sana'a International Airport (SIA).

Mengikut maklumat yang saya dapat, permintaan untuk membolehkan TUDM mendaratkan Herculesnya telah 3 kali dibuat dan semuanya dibalas dengan diam dari sebarang jawapan. Tapi jangan pandai-pandai buat hukum kat diam tu tanda setuju. Ini bukan soal nak meminang, ini soal keselamatan dan sekaligus ianya membabitkan reputasi kepimpinan Ali Soleh, Presiden Yaman sekarang.

3.13.2011

Destinasi Sebelum Malaysia

Semalam semua pelajar dan rakyat Malaysia dipanggil untuk memberikan pandangan, luahan, pendapat dan sebagainya tentang nak balik ke tak nak balik. Memang suara orang ramai nak balik. Tapi kedutaan masih lagi belum menentukan bahawa ada atau tidak kapal terbang percuma untuk kami nak balik ni.

Jadi, tujuan pengumpulan mengejut malam tadi adalah untuk mengumpul tandatangan berapa ramai nak balik ke Malaysia dan yang tak nak, yang paling penting dengan penerbangan percuma sekaligus bakal menjadi memorandum untuk dihantar ke pihak kedutaan hari ini. Katanya.

3.07.2011

Cerita Dari Kawan, Teguran Perlu Difikir!

Semua orang tak sempurna, ada yang baik, ada yang buruk. Tapi seperti kata pepatah Cina yang telah diterjemah, "berbuat salah itu tidaklah aib, tapi kekal berada dalam kesalahan itulah keaiban sebenar."

Rasanya, dengan pendahuluan yang cantik luar cantik dalam tu, pasti entri ini akan dipenuhi dengan tulisan yang bernada hikmah. Maklumlah, nak tegur orang ni, paling baik adalah dengan berhikmah.

3.06.2011

Kalau Janji Itu Mudah

Janji sememangnya mudah untuk dilafaz, sukar sekali untuk dilaksana. Kuat, tabah dan teguh perlu dalam melaksanakan janji agar ianya kekal menjadi janji yang paling istimewa.

Fikiran saya tak pandai untuk merangka ayat-ayat indah untuk diperlihatkan kepada pembaca. Tapi saya percaya keikhlasan dalam melakukan mampu untuk menyampaikan apa yang saya rasa.

Bahas Ucaptama Presiden Buat Pertama Kali

Jumaat lepas, seluruh rakyat Malaysia Yaman yang ambik perhatian, ada dua perkara besar yang berlaku di Sana'a. Satu fatwa Syeikh Majid Zindani yang menyeru kepada semua rakyat Yaman yang cintakan keadilan untuk turun bermuzaharah di Dairy. Kedua yang melibatkan rakyat Malaysia khususnya ahli persatuan tunggal di sini, PERMAYA untuk turun bermuktamar dengan tema yang menjadi bualan orang iaitu "Menuju PERMAYA Baru".

2.23.2011

Kempen Berhenti Berasap!

Hisap rokok bagi sesetengah orang memang nampak macho. Saya pun bila tengok Serizawa dalam Crows Zero hisap rokok lepas gaduh, memang nampak macho dan gagah. Tapi bodohla saya kalau nak ikut semua benda tu. Hehe.

Tengah pergi mari, pergi mari dalam internet ni, jumpalah iklan kempen berhenti merokok yang agak kreatif. Manalah tahu takut-takut yang ada pasang cita-cita untuk menjadi perokok boleh membatalkan hasrat tu dan yang dah menjadi perokok pun, slow-slowlah. Kesihatan kita lebih penting dari rokok. Read More kalau nak tengok gambar. Peace!

Amthal Baru... Amalkan!


Rasyid yang istimewa

Dalam subjek Bahasa Arab yang saya pelajari di USTY, ada satu bab yang membincangkan tentang Amthal (أمثال), yang maksud mudahnya ialah pepatah. Tapi ianya berbeza dengan hikmah kerana amthal ada cerita tersendiri di sebalik keluarnya ungkapan itu. Hikmah pula sekadar memetik kata-kata ilmuwan, pimpinan dan cendikiawan.

2.21.2011

Tahniah Bob Lokman!


Bob Lokman menyerahkan borang keahlian PAS kepada MB Kedah

Pada Himpunan Pemuda 30k yang diadakan di Kedah baru-baru ini telah menyaksikan pelakon terkenal tanah air, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim bin Lokman menyerahkan borang PAS kepada YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Tahniah kepada Abg Bob Lokman kerana bersama-sama dalam perjuangan Islam dan tahniah kepada saya kerana berjaya memulakan intro yang ala-ala berita.

Bola Padang

Hari ni main bola persahabatan. Antara nabasiti-nabasiti kata penganjur. Tak tahu apa dia nabasiti? Nabasiti ni bahasa orang tua-tua Terengganu dalam memaksudkan Universiti. Yelah, nak sebut satu-satu suku kata dalam U-ni-ver-si-ti bukannya senang bagi lidah yang telah bergelumang dengan kepekatan bahasa Terengganu lama sejak sekian lama. Nabasiti kan senang, ringkas dan padat saja bunyinya.

2.17.2011

Trip ke Hodaydah dan Zabeed 2

Manusia ni dalam bahasa Arabnya adalah insan. Insan tu pulak berasal dari perkataan nasia. Nasia ni dalam bahasa Melayu adalah lupa dan tak ingat. Jadi, seriusnya saya hanya mampu buat sambungan Trip ke Hodaydah dan Zabeed episod dua ni dalam bentuk gambar. Kata orang, biar gambar berbicara. Chewah.

Jadi, silalah~

2.16.2011

Timbang Sikit, Rasa Sikit!

Sekarang ni saya sedang bercuti selama kurang lebih dua minggu. Oleh sebab terlalu tekun dengan belajar.. uhuk-uhuk.. selama ni. Maafkan saya, terbatuk pulak. Sekali lagi, oleh sebab terlalu tekun dengan pembelajaran selama ni, jadi waktu untuk beriadah tu kurang sikit. Jadi cuti ni aktiviti mengqada segala program yang terarah kepada kesihatan jasmani agak dilebihkanlah sedikit.

Tapi, entri ni bukanlah bersifat sportisme semata-mata. Mungkin adalah dua tiga ayat yang menceritakan keriangan dalam bersukan ni, namun saya ada benda yang lebih penting untuk disampaikan kepada orang yang membaca ni. Terutama kepada orang yang sedang atau akan belajar di bumi yang dipenuhi dengan Arab ni.

2.12.2011

Urus Masa La Lain Kali!

Tak update ni bukan apa, pasal sibuk sikit. Dah orang mintak tolong dengan kita, takkan kita tak nak tolong ye tak? Terpaksa gadaikan jugak prinsip untuk mengupdate blog dengan kekerapan yang membanggakan kepada kekurangan yang merunsingkan.

Memang runsinglah kalau tengah-tengah ada masa log in facebook pastu sempat buka blog sendiri sekejap pastu tengok tak ada apa-apa yang baru pun kat sini. Kalau anda-anda yang biasa bukak tu, konfem menyampah la pasal dari dulu lagi tajuk Trip ke Hodaydah dan Zabeed tak bergerak-gerak.

1.24.2011

Trip ke Hodaydah dan Zabeed 1

Khamis lepas, USTY buat satu lawatan pergi ke Hodaydah, Taiz dan Ib. Tapi disebabkan ke'faudhowiyy'an pengurusan diorang, maka lawatan tu terpaksalah dihadkan bilangan destinasi kepada dua sahaja. Hodaydah dan Zabeed.

Apapun, bagi 1st timer macam saya ni, pergi la mana-mana pun, mesti rasa best jugak. Tak bestnye bila duduk lama majnun dalam bas. Sebenarnya tak ada la lama sangat pun, tapi pasal seat tu kecik macam seat Yemeniyyah Airways kelas ekonomi, maka perjalanan 4 jam tu terasa lama la.

1.08.2011

Termenung..

Saya ada ramai kawan.

Kawan saya yang seorang ini, orangnya agak lurus sedikit. Baginya segala apa gurauan yang dibuat adalah serius. Jadi jika kita menggertak ala-ala gurauan, perubahan yang agak ketara boleh terpapar pada wajah kawan saya yang ini.

Suatu hari, saya melihat beliau termenung memikirkan sesuatu.

1.05.2011

Jangan Cakap Laju-Laju!

Selepas Maghrib hari ini, saya menggentel keropok. Ya, keropok lekor buatan tangan. Sambil-sambil tu, saya bukak mp3 kuliah kuat-kuat dengan harapan untuk mengambil istifadah. Kuliah tersebut sedang membicarakan soal Syurga dan sifat-sifatnya.

Sedang leka menggentel keropok. Hmm, entah kenapa saya merasa kurang enak menyebut menggentel. Biarkanlah. Mungkin perasaan saya sahaja. Baik, sedang saya leka menggentel keropok, kuliah tersebut sedang menceritakan tentang perihal Kauthar.

1.03.2011

2011

Dah 2011 rupanya.

Saya betul-betul tak menyedari bahawa dunia ini telah memasuki tahun 2011.

Saya hanya sedar setelah buka facebook dan melihat begitu banyak status-status orang yang menghikayatkan tentang tahun baru 2011 ini.

Barulah saya sedar bahawa saya begitu kuat belajar sehingga tidak menumpukan kepada benda-benda lain lagi sekarang ini.