Followers

2.16.2011

Timbang Sikit, Rasa Sikit!

Sekarang ni saya sedang bercuti selama kurang lebih dua minggu. Oleh sebab terlalu tekun dengan belajar.. uhuk-uhuk.. selama ni. Maafkan saya, terbatuk pulak. Sekali lagi, oleh sebab terlalu tekun dengan pembelajaran selama ni, jadi waktu untuk beriadah tu kurang sikit. Jadi cuti ni aktiviti mengqada segala program yang terarah kepada kesihatan jasmani agak dilebihkanlah sedikit.

Tapi, entri ni bukanlah bersifat sportisme semata-mata. Mungkin adalah dua tiga ayat yang menceritakan keriangan dalam bersukan ni, namun saya ada benda yang lebih penting untuk disampaikan kepada orang yang membaca ni. Terutama kepada orang yang sedang atau akan belajar di bumi yang dipenuhi dengan Arab ni.



Jadi, begini ceritanya. Arab ni memanglah terdiri dari bangsa yang kasar, kurang reti bergurau, ada yang suka menipu dan banyak lagilah kejahatan yang dia orang ni buat. Pasal tu lah Nabi Muhammad ni diutus untuk membimbing kembali bangsa Arab ni ke jalan yang benar. Untuk itu, utusan agung ni berjaya. Selawat ke atasnya. Tapi sikap negatif bangsa Arab ni masih lagi bertapak. Biasalah, menjadi kebiasaan. Point penting di sini adalah, bukan semua ada sikap begitu. Itu satu.

Baik, masuk ke point yang kedua. Ramai di kalangan pelajar kita yakni Malaysia yang terkena dengan karenah orang Arab ni. Jadi yang terkena ni kebanyakannya akan menceritakan kepada generasi yang baru supaya lebih berhati-hati dengan puak-puak ni. Asalnya cerita supaya hati-hati ni bagus, tapi apa yang tak bagusnya bila yang mendengar ni, tanpa pernah mengalami kejadian serupa turut menceritakan perkara tersebut siap dengan aji-no-moto.

Bila keadaan begini berterusan, maka akan lahirlah satu golongan yang anti dengan arab. Sikit-sikit arab jahat, sikit-sikit arab menipu, sikit-sikit arab nak mengambil kesempatan. Hingga saya melihat kadang-kadang benda ini terlampau dimomokkan hingga yang baru sampai pun rela tak bercakap dengan arab kerana bimbang ditipu. Aduh, ini rugi, tau tak? rugi!

Saya melihat, pesanan yang asalnya baik ini sudah bertukar menjadi kempen bahawa semua arab ini jahat. Bila saya berkata begini, ramai yang akan menjawab, "kau tak kena, kau tak tahu!". Saya dalam dua tiga hari lepas baru sahaja dibaling dengan botol mineral isian 600ml dari sebuah lori air yang lalu di tepi jalan yang sedang saya berjalan. Harap-harap fahamlah. Motif kejadian masih lagi tak dapat saya fahami. Mungkin kerana kehenseman saya lebih sikit dari mereka sehingga menyebabkan mereka merasakan saya menjadi ancaman kepada pencarian jodoh mereka atau memang begitu cara mereka memberi salam untuk berkenalan.

Pengajaran yang dapat saya kutip dari itu ialah memang di kalangan mereka ada yang jenis kurang ajar dan tak tahu bergurau tetapi saya tidak menghukum semua mereka bersikap begitu. Ini kerana saya pernah dilayan dengan layanan first class oleh mereka yang beriktikaf bersama-sama di satu masjid di Sana'a ini.

Jadi menghukum keseluruhan dengan sebab perbuatan segelintir adalah perkara yang tidak patut.

Baik, ni apa tujuannya ni yang saya bebel pasal Arab dan persepsi kita yang Melayu kepada mereka?

Kerana saya melihat segelintir kawan-kawan Melayu saya yang terlalu anti dengan Arab. Ini dapat dilihat jelas ketika berkunjung ke Hadiqah 70 atau 70th Park untuk bermain bola. Saya tengok segelintir dari kita yang tiba-tiba saja nak naik angin tak tentu hala dengan Arab.

Kisahnya begini, kita datang lambat. Lepas tu padang pulak penuh. Jadi nak tak nak kenalah jugak selit-selit tumpang Arab main. Arab bagi je Malaysia main. Tapi bila kita dah menguasai permainan, agenda bertambah iaitu mahu menguasai padang pulak. Sampai ada yang tak berapa nak bagi kalau arab nak main. Wei, apa punya tut ni?

Satu lagi kes, bila kita datang awal, lepas tu Arab datang nak tumpang main jugak pasal tak cukup korum nak buat team, kita jarang je bagi. Buat donno je. Last-last, dia orang pun belah macam tu je. Kadang-kadang sedih jugak tengok. Standard ayat yang keluar, "tak yah layan sangat la Arab tu". Timbang rasa la sikit wei!

Nak cerita sikit pasal Arab yang baik betul punya baik yang pernah saya kenal. Dia punya baik sampai kita fikir sorang-sorang pun boleh bergenang air mata, tahu! Sewaktu iktikaf, dia tahu kawan saya sorang ni tak boleh makan makanan arab, dia boleh berhenti makan dan naik atas masjid ambil bekalan makanan dia dalam beg untuk diberi kepada kawan saya yang sorang ni. Ada Arab lain mintak, tapi dia tak bagi pasal dia kata ni Malizi punya.

Tu tak cerita pasal hikayat dari kawan saya yang pernah duduk lama dengan Arab lagi. Berair mata, ana cakap enta! Tak payah layan Korea. Serius!

Jadi kepada sahabat-sahabat sekalian, khususnya kepada yang baru-baru sampai atau bercadang nak ke tanah Arab, belajarlah bertimbang rasa. Jangan cepat terpengaruh dengan kata orang. Kalau tak, anda dan keluarga anda yang menyara anda ke sini yang rugi. Ikhlas dari hati. Sekian.

P/s: Untuk belajar bahasa, terpaksa belajar dua benda. Satu, bahasa. Dua, budaya.

P/s 2: Kadang-kadang ada jugak budaya berak tak flush, jadi sabar je lah.

3 comments:

  1. Hahaha sebut tntg ni,ana nak kongsi cerita tntg pglaman ana di syria..Ader sekali tu ana tido di masjid yg dipanggil jami zaid, dekat dgn cc zennet.(anan ingat nama cc ni, sebab pegi sokmo,hihihi)ana tido lepas tu ana mcm tersedar tp nak tido lagi..tiba2 ada sorg arab tu senyap2 dia dtg dia masukkan duit dalam poket ana..ana pun wat2 lah terjaga(padahal memang dah terjaga pun) ana tya ma haza??dia pun jwb (agaknya lah) ni sedekah...agaknya sebab dia ingat ana ni hidup merempat kot takder rumah..tido pun kat masjid..hihi jd dia pun nak derma secara senyap2...

    yg kedua, ader pulak sekali tu, ana duduk masjid kat tmpat ana, sinaah..ana duduk antara maghrib dan isyak..memang selalu ana duduk situ gentel tasbih..uhuk2 terbatuk jugak mcm enta..hihi jgkit kot..mse tu kuat pegang dgn tariqat, jd kuat zikir lah sgt..anti wahabi pulak tu..tiba2 satu hari tu ada sorg mamat tu datang kat ana, dia kabo melalui bhsa isyarat ada sekumpulan pakcik2 arab tu panggil..pakcik2 arab tu diorg lepas maghrib sembang dalam facebook, ehh bukan2...dalam masjid, tersasul ana..jadi setiap hari diorg nampak ana gentel tasbih..uhuk2 batuk lagi..pastu ana pun pergi lah kat diorg..diorg pun tya lah dari mana, belajar mana, dll..byk juga tya soalan..ada yg ana paham, ada yg tak paham..jd ana jawab ikut mana yg paham jer lah..tiba2 sorg pakcik tu hulur duit kat ana..tergamam ana..pakcik tu tnjuk isyarat kononnya diorg pakat2 ramai2 nak bg duit kat ana..ermm mudah2an Allah rahmati mereka semua..kalau arab syria, ana jarang jumpa yg teruk2..tentera syria pun pernah menegur sapa dgn ana masa ana nak gi kelas dalam servis..siap doakan ana lagi..hihi rindunya nak gi timur tgh..yg teruk??ader jugak..yg usik ana dgn ular hidup smpai ana lari lintang pukang..budak2 arab..tp lepas tu diorg mintak maaf..smpai sekarang terngiang2 lagi kat telinga ana "ana asifun, ana asifun"..

    ps * bukan semua arab jahat, dan bukan semua arab baik..umpama bukan semua melayu sokong Umno, bukan semua sokong Pas..

    ps ** enta lah guru ana...byk mengajar ana norma2 kehidupan dll..guru fikrah??eh fikrah ana sesat lah hihihi..

    ReplyDelete
  2. "bukan semua arab jahat, dan bukan semua arab baik..umpama bukan semua melayu sokong Umno, bukan semua sokong Pas.."

    Perumpaan yang cantik macam ni lah yang menta'kidkan bahawa entalah guru ana. Hehe.. Fikrah yang sesat tu ana tak ambik insyaAllah. Hehe

    ReplyDelete
  3. Enta ni mengarut sokmo lah...hahaha tggu ana di sana..insya Allah dalam 2 tahun lagi ana ke sana, san'a..mungkin man pra ikut sekali kot..ana nak ngaji yaman kalau diizinkan Allah 7 atau 8 atau 9 atau 10 tahun atau lebih dari itu,..jgn ana gi sana, enta pulak yg balik malaysia..huhuhuhu uhuk uhuk batuk lg...:)

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.