Followers

2.21.2011

Tahniah Bob Lokman!


Bob Lokman menyerahkan borang keahlian PAS kepada MB Kedah

Pada Himpunan Pemuda 30k yang diadakan di Kedah baru-baru ini telah menyaksikan pelakon terkenal tanah air, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim bin Lokman menyerahkan borang PAS kepada YAB Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak. Tahniah kepada Abg Bob Lokman kerana bersama-sama dalam perjuangan Islam dan tahniah kepada saya kerana berjaya memulakan intro yang ala-ala berita.

Jadi berita tentang Bob Lokman masuk PAS ni mengejutkan ramai pihak. Ada yang gembira dan ada juga yang kurang senang macam budak Aimi Naqiuddin ni. Saya tentulah termasuk dalam golongan yang menyokong perkembangan yang sihat ni.

Cuma jika melihat sokongan yang diberi kepada beliau, ada jugak yang saya kurang setuju dengan sesetengah sokongan yang dilihat terlalu mendewa-dewakan kemasukan Bob Lokman ke dalam PAS. Sampai nur semakin kelihatan di wajah Bob Lokman. Bukan saya menafikan, tapi saya rasa soal nur di wajah ni usahlah dijadikan modal kononnya mendokong PAS ini menjadikan nur jelas kelihatan di wajah. Berpada-padalah. Khairal Umuur Ausatuha!

Saya membesar dalam kampung yang ramai orang Umno. Ramai sangat. Tapi apabila berada dalam kalangan orang Umno beginilah yang mendidik saya agar berpada-pada dalam mengaitkan sesuatu kelebihan jika menyertai PAS. Macam nur di wajah, ketenangan hakiki dan sebagainya. Ini kerana bukan semua orang PAS ada nur di wajah, mendapat ketenangan hakiki dan sebagainya. Umno ni menghukum apa yang mereka nampak, jika kita lebih-lebih dalam memuja-muji bagai, maka serta merta akan menimbulkan kemeluatan orang yang tidak faham apabila mereka membacanya.

Saya mungkin tidak melalui proses tarbiyyah yang lengkap, tapi saya rasa nilai menguasai dan mempengaruhi manusia dengan cara-cara yang tertentu adalah amat perlu dalam dakwah. Orang haraki adalah orang yang memahami waqie'. Tahniah buat Bob Lokman, selamat menyemarakkan lagi perjuangan Islam. Sekian.

FB Page Bob Lokman di sini

P/s: Kalau Abg Bob terbaca blog ni, ajak la kawan-kawan artis macam Afdlin Shauki ke, sapa ke join sama perjuangan Islam ni.

P/s 2: Saya mimpikan kemasukan golongan-golongan seni ni dalam perjuangan Islam untuk melawan propaganda barat melalui filem-filem buatan Islam.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.