Followers

12.25.2011

Nota Musafir

Ok, oleh kerana dalam perjalanan ni, aku tak suka taip panjang lebar. Aku point²kan supaya senang puyuh berlari. Ala Dr. Mahathir gitu.

1. Sekarang lepak kat departures (ye, aku jeling papan tu 2-3 kali untuk pastikan ejaan aku betul ke tak). Flight Yemenia delay. Masih belum sampai. Jangan lama-lama sangat .

2. Tadi call ayah aku, tanya macamana kaki dia, dah ok ke belum. Cakap aku dah nak gerak. Suruh kirim salam kat ahli keluarga semua dan aku gunakan peluang musafir ni untuk doakan kesihatan ayah aku mudah-mudahan doa aku tu mustajab.

3. Ayah aku pesan, "nanti telefon sampai la" instead of "nanti sampai telefon la. " Aku senyum. Baru kat KL ayah aku dah start rindu. Anak yang baikla katakan. Keh keh keh. Terbangga diri pulak.

4. Sebelah aku ada perempuan-perempuan Yemen. Mungkin satu keluarga. Cuti-cuti Malaysia. Tapi ayah dia yang pakai topi ala-ala Sherlock Holmes jeling-jeling aku macamla aku ada main mata dengan anak dia. Tindakan aku, buat muka sopan jenis remaja yang selalu pergi surau buat.

5. Point yang kelima ni, aku dah nampak Flight Yemenia sampai. Slow-slow je masuk parking. Macam tau-tau je aku bengkek.

6. Aku mohon doa agar perjalanan ni selamat, diberkati dan dirahmati. Betulkan niat aku nak pergi belajar. Tak lupa jugak doa untuk orang-orang penting dalam hidup aku, mak ayah, keluarga, ehem-ehem dan kawan-kawan. Moga diberkati Allah. Ok, stop sini dulu. Lain kali aku sambung. Doakan aku ya.

Wassalam.

12.23.2011

Tunda Tarikh

Mungkin dalam Ahad depan aku akan pergi ke Yaman. Walaupun pada asalnya flight aku pada petang tadi. Tapi disebabkan beberapa masalah yang aku dapat tahu dari kawan yang incas bahagian tiket meniket ni yang Yemenia Airways ada masalah sikit dengan kakitangan diorang. Kakitangan diorang buat mogok. Sebab apa mogok tu dibuat taklah aku tahu.

Jadi tiket yang aku tempah dari MAS untuk penerbangan dari Terengganu ke KLIA terpaksa ditunda jugak. Jadi kena caj lah sikit. Apa dia panggil tu, cancellation fees ke apa? (ok, aku tengok kat resit macamana nak eja tadi tu).

Tiket tu kebetulan aku dapat murah, dalam RM210. Caj untuk cancelkan penerbangan 22hb ke 25hb RM220. Agak banyak untuk orang bujang yang tak ada kerja tetap macam aku.Nasib baik ayah aku support.

Aku ada bercakap dengan ayah aku pasal ni.

Kalau tak jadi jugak 25hb ni, berat punya kes la.. Kena caj lagi, takpun burn macam tu je tiket. Banyak betul abis duit.

Ayah aku jawab,

Allah nak ganti ikut lain la tu

Jadi petang tu, aku rasa malu dekat ayah aku pasal walaupun dia tak sekolah tinggi, tak sekolah agama, tapi dia lebih faham apa tu Qada' & Qadar, apa tu hikmah dan jangan cepat putus asa.

Thanks Dad..