Followers

6.30.2012

Mufawwar Yang Ada Penendang


Aku tak tahu mana rahsianya, mana kelebihannya, tapi apa yang aku tahu, mufawwar ammu Ali dekat tepi Saeelah di Sana'a al-Gadeemah memang betul-betul ada kick.


Minum mufawwar sambil bukak cerita lama dan harapan jika hidup di masa depan dengan soundtrack kereta lalu lalang dan lampu jalan yang nyala tak nyala. Aku rasa hidup ini lebih manis begini.

Projek Ziarah Masjid - Siri 1

Sebagaimana yang dijanjikan, aku pergi ke masjid yang pertama memandang usia masjid ini dan sememangnya masjid ini merupakan masjid pertama dibina di Yemen. Terletak di Babul Yemen, Sana'a. Masjid ini dibina pada tahun 6 Hijrah. Bilamana Rasulullah s.a.w mengutuskan sahabat untuk menyampaikan dakwah di Yemen. 

Masjid inilah yang dikatakan ada bukti i'jaaz bilamana Nabi s.a.w telah mengarahkan sahabat untuk membina masjid ini dengan Nabi s.a.w sendiri yang menentukan arah kiblatnya. Syeikh Abdul Majid Zindani dalam kajiannya menyatakan, ukuran yang dibuat pada zaman sekarang membuktikan bahawa arah yang ditunjukkan oleh nabi 1400 tahun dulu tepat terarah ke pintu Ka'bah sedangkan Nabi s.a.w sendiri tidak pernah sampai ke Yaman. 

 Bersama seorang pakcik dari kebanyakan pakcik-pakcik yang membaca al-Quran besar-besar macam ni.

 Al-Quran ni tulisan tangan, ditulis oleh orang dari Sana'a juga

 Boleh lihat saiz al-Quran ni dari atas

 Tiang ni menurut Fizal adalah sama dengan bucu Kaabah. 

 Boleh tengok siling dia macamana. Klasik!

Nama Masjid ni, al-Jami Al-Kabir.


P/s: Ok, ini baru siri pertama, kalau ada yang perlu diperbaiki, boleh komeng r. Ok?

6.27.2012

Poster Ceramah Mingguan

Poster Ceramah yang saya buat untuk minggu ini. Ingatnya nak terus guna tema ini dan hanya tukar nama penceramah, gambarnya, tarikh dan maklumat-maklumat lain. Di sini ada dua versi.

 Versi tak ada semua dijemput hadir

Versi ada semua dijemput hadir. Ok.

Komentar dan kritikan dialu-alu-alu-alukan. Ok!

6.25.2012

Makan-makan. Mat'am Sarie'.

Semalam aku dengan dua lagi kawan pergi makan-makan. Nama kedai tu Sarie'. Sarie' ni dalam bahasa Melayu maknanya cepat. Ada dua ihtimal yang dapat aku buat sebelum aku masuk dalam restoran ni. Satu mungkin servisnya cepat. Yang kedua mungkin ianya hanya sekadar terjemahan dari istilah orang putih untuk restoran macam ni. Iaitu, fast food restaurant

Selepas beberapa ketika aku duduk di restoran ni, maka aku mentarjihkan ihtimal aku yang kedua bahawa sarie' yang digunapakai disini hanyalah istilah yang diceduk dari barat sahaja.

 Gambar ni aku ambik pasal aku bosan tunggu makanan yang tak sampai-sampai. :) Jadi aku bagi sos ni nama, Sos Meleleh Sebelum Waktunya.

 Ini namanya Sish Tawook. Ayam ada rempah sikit-sikit. Boleh tahan. Tapi yang ni bukan aku yang makan. Ini Sufian Sana'a yang makan. (dah macam dialog Ahmad Albab)

Ini baru makanan aku. Filleh Dajjah atau chiken filleh. Jangan tanya aku makna filleh tu apa. 

Restoran ni terletak di tahrir. Berhampiran Arab Bank. Lebih tepat lagi kalau kita pergi al-Huda Supermarket, kita akan perasan satu kedai madu berhadapan Huda, jadi masuk ikut celah lorong kedai madu tu. 

Sepatutnya aku merancang nak pergi masjid Nisa' yang di belakang Arab Bank selepas makan. Tapi disebabkan jam dah tunjuk angka sepuloh, aku batalkan niat. Jadi lain kalilah aku ambik gambar masjid sebagaimana yang dijanjikan. Boleh ke macam tu? Hehe

Yemen - Mekah - Madinah - Yemen (Gambar)

 Gambar ni aku ambil di Masjid Nabawi, Madinah. Betul-betul di pintu masuk utama kalau kita jalan dari arah hotel Hilton. 

 Tiga orang adik beradik yang sedang main permainan kasut plastik yang entah bila diorang reka permainan ni di saahaah atau halaman utama Masjidil Haram, Mekah. Ini kanak-kanak India. :)

 Ini kawan aku, AmanG. Dia akan eja nama dia begitu. Presiden PERMAYA sesi ni, 2012-2013. Payah sebenarnya nak ambik gambar dia bermuka serius ni. Pasal dia terlalu happy go lucky. Gambar di aras paling atas di Masjidil Haram.

Ni gaya tidur seorang yang beri'tikaf di Masjidil Haram. Aku pun selalu tidur atas ni sebelum abang-abang askar dah tak berapa mesra dan suruh kitorang tidur di hotel.

Gambar ni aku snap dalam perjalanan balik ke Sana'a. Ni jalan dari Hudaidah yang bengkang bengkok. Aku ambik dari atas bas. Walaupun banyak yang aku ambik, tapi tak semuanya menjadi. Ni yang paling menjadi di kalangan yang tak menjadi. Himar makan batu.

6.23.2012

Rumah Labah-labah Di Dalam Rumah Aku


Aku teringat satu artikel yang aku tulis tentang rumah labah-labah. Rasa aku menarik jugak pasal ianya i'jaaz al-Quran yang mengaitkan selemah-lemah rumah adalah rumah labah-labah. Boleh baca balik kat sini. :)

6.22.2012

Lagu Sudirman


Eh, korang tahu tak? Lagu-lagu Sudirman ni, sebenarnya best-best jugak.

Terutamanya bila lagu-lagu sedih. Fizal (dia ni kawan aku yang berjiran dengan make-up artist di rumahnya kat KL sana) cakap, kebanyakan lagu-lagu sedih nyanyian Sudirman ni dibuat lepas dia berpisah dengan isterinya. Betul atau tak, wallahua'lam dan tak jadi masalah kalau kita tak ambik pot, pasal ia tak menjejaskan akidah kita.

Antara lagu yang aku suka dengar:

Terasing - Lagu ni biasa kawan aku, arwah Hafizi Idris nyanyi time aku tengah hafal malam-malam exam. :'(

Salam Akhir

Pelangi Petang

Ayah dan Ibu

Milik Siapakah Gadis Ini

dan lain-lain.

P/s: Hm, sebenarnya aku sedih pasal teringat dengan arwah Fizi. Pasal dia baik sangat + cerdik sangat  + kelakar sangat. Moga dia sedang berehat- rehat dengan tenang kat alam barzakh sana.

Tugas Baru


Aku dah ada tugas baru.

PERMAYA a.k.a Persatuan Pelajar Malaysia di Yaman a.k.a badan kebajikan budak-budak Malaysia kat Yaman a.k.a yang boleh disama ertikan dengannya.

Tugas ni membabitkan aku terlibat dalam bidang grafik dan design walaupun aku tahu aku tak pandai sangat. Setakat sikit-sikit tu bolehlah.

Tapi aku berpegang dengan pegangan hidup yang aku baru fikir tadi, "setiap benda pun kita boleh belajar, nak tak nak je". Chewah siap letak dalam breket lagi. Breket ke apa, benda alah "" ni ha?

Balik pada point asas kat sini, tugas aku ni lebih kurang buat apa saja bentuk poster, iklan, makluman, promosi dan apa-apa yang berbentuk mencari publisiti samada murah atau mahal milik PERMAYA. Maklumlah, sekarang ni ahli PERMAYA kat Sana'a ni tak sampai seratus pun. Jadi masing-masing hulurkan tangan ringankan beban la.

Aku guna Photoshop cs4 yang aku tak kuasai 100%. Tapi aku percaya, kepakaran saja tak akan membantu untuk mendapatkan hasil poster berkualiti. Antara yang penting dalam menghasilkan poster yang cantik-cantik ni adalah IDEA. Kalau tak ada IDEA, percayalah takkan terhasil satu poster yang cantik.

Jadi mana nak dapat menatang IDEA ni? Antara caranya (yang biasa aku guna) adalah mengambil inspirasi dari poster-poster yang sedia ada. Bukan cedok bulat-bulat, sekadar mengambil inspirasi. Kita kan sentiasa mengambil inspirasi. Dari orang, tumbuhan, binatang dan lain-lain.

Oh ya, tengah-tengah tulis ni, aku ada terpikirkan satu lagi prinsip hidup yang diinspirasikan dari satu hadith qudsi : Sesungguhnya Allah suka akan hambanya yang jika melakukan satu pekerjaan, maka dilakukannya dengan tekun." Jadi, alang-alang dah buat kerja tu, aku cuba buat yang terbaik.

Untuk permulaan, ni poster pertama aku buat. Ok, aku tahu poster ni tak ok.





P/s: Kalau aku ada masa lapang nanti aku akan cuba upload-upload hasil kerja aku yang lain. Manalah tahu boleh jadi inspirasi untuk korang dalam menjadi manusia berguna.


Projek Ziarah Masjid


Aku ingat aku nak ziarah masjid-masjid sekitar Sana'a. Hasrat ini mula bermain di dalam kepala aku bila aku pergi menengok kawan aku tadi di Dairy. Amiruddin namanya. Kalau Umar budak rumah aku, dia akan panggil Amiruddin ni Taajir. Taajir ni peniaga. Asbab si Umar ni panggil Umar ni Taajir pasal Amir ni jenis yang minat niaga. Jadi lekatlah taajir ni dekat mulut Umar tu sorang. Kat mulut orang lain, tetap Amir. Mungkin satu ketika nanti, istilah yang lekat di mulut Umar ni akan lekat jugak di mulut orang lain.

Ok, balik pada hasrat (walaupun hasrat ni nampak macam 'beradong' sikit) ziarah masjid tadi. Sambil-sambil kenal tempat, aku ada satu lagi matlamat sampingan iaitu aku nak ambik gambar. Tadi dekat masjid yang aku sembahyang Zohor, masjid dia sangat klasik dan bila aku masuk dalam tu aku terus terbayang-bayang suasana masjid ni suatu masa dulu sebelum ianya dihimpit oleh rumah-rumah yang ada macam hari ni.

Oleh kerana orang dulu menjadikan masjid sebagai salah satu pusat aktiviti diorang, jadi suasana masjid tu mesti lebih sibuk berbanding sekarang. Dengan adanya orang-orang yang berilmu di balik tiang dengan dikerumuni oleh anak-anak murid yang dahagakan ilmu dari mereka di samping suara kecil yang nyaring membacakan al-Quran di satu sudut yang lain.

Jadi dengan aku menambah hasrat ni dalam koleksi hasrat-hasrat aku yang ada yang dah jalan dan ada yang tak jalan-jalan lagi. Bolehlah aku mula menyibukkan diri dengan blog aku ni. Haha. Tapi pembaca kena faham bahawa disebalik tujuan aku untuk mengisi blog aku dari tak bergerak langsung, tersembunyi satu niat yang ikhlas lagi murni. Chewah. Oklah, moga usaha ni berjaya. Terima kasih ya!

P/s: Aku sebenarnya bedebor time nak ambik gambar ni. Takut orang marah. Tapi aku akan buat jugak, tahu!

6.03.2012

Berita Gembira Yang Bertalu-talu!

Berita gembira bertalu-talu diterima.

Paling gembira dengan sambutan rakyat di Himpunan Hijau anjuran PAS yang diadakan di negeri Kedah. Ini membuktikan PAS bersedia menjadi pendokong utama harapan rakyat untuk menakluk Putrajaya dan mengusir segala kezaliman yang berpusat di sana.

Kedua, Hosni Mubarak hari ini telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Walau ramai yang menginginkannya mati. Jangan bimbang, beliau tetap akan mati. Cuma mungkin ini caranya Allah mahu menunjukkan kepada kita sesuatu yang tak kita duga. Walau bagaimanapun keadaannya, semoga bumi Mesir dan seluruh bumi umat Islam khasnya di Malaysia diberikan aturan yang terbaik dariNya.

Ketiga, hari ini alhamdulillah ada satu majlis kecil-kecilan yang dilaksanakan di rumah Malaysia. Satu majlis aqiqah bersempena kedatangan ahli baru dalam keluarga kami yang semakin membesar. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Kedua majlis kesyukuran naik rumah. Tak tahulah apa bahasa yang sepatutnya, tapi orang Terengganu memanggilnya dengan panggilan itu.

Seterusnya melihat kepada isu-isu yang rata-ratanya menyerlahkan lagi kezaliman dan kekemarukan UMNO BN untuk kekal di tampuk kuasa. Mudah-mudahan ianya memudahkan lagi perjalanan kita menuju hadaf kita di dunia.

Satu saja yang kurang menarik. Charger laptop saya yang keempat (selepas 3 charger sebelumnya rosak) makin cepat panas. Oh ya, saya gunakan laptop pemberian kerajaan negeri Terengganu. TC namanya. Mudah-mudahan laptop ini ok-ok saja.