Followers

6.22.2012

Projek Ziarah Masjid


Aku ingat aku nak ziarah masjid-masjid sekitar Sana'a. Hasrat ini mula bermain di dalam kepala aku bila aku pergi menengok kawan aku tadi di Dairy. Amiruddin namanya. Kalau Umar budak rumah aku, dia akan panggil Amiruddin ni Taajir. Taajir ni peniaga. Asbab si Umar ni panggil Umar ni Taajir pasal Amir ni jenis yang minat niaga. Jadi lekatlah taajir ni dekat mulut Umar tu sorang. Kat mulut orang lain, tetap Amir. Mungkin satu ketika nanti, istilah yang lekat di mulut Umar ni akan lekat jugak di mulut orang lain.

Ok, balik pada hasrat (walaupun hasrat ni nampak macam 'beradong' sikit) ziarah masjid tadi. Sambil-sambil kenal tempat, aku ada satu lagi matlamat sampingan iaitu aku nak ambik gambar. Tadi dekat masjid yang aku sembahyang Zohor, masjid dia sangat klasik dan bila aku masuk dalam tu aku terus terbayang-bayang suasana masjid ni suatu masa dulu sebelum ianya dihimpit oleh rumah-rumah yang ada macam hari ni.

Oleh kerana orang dulu menjadikan masjid sebagai salah satu pusat aktiviti diorang, jadi suasana masjid tu mesti lebih sibuk berbanding sekarang. Dengan adanya orang-orang yang berilmu di balik tiang dengan dikerumuni oleh anak-anak murid yang dahagakan ilmu dari mereka di samping suara kecil yang nyaring membacakan al-Quran di satu sudut yang lain.

Jadi dengan aku menambah hasrat ni dalam koleksi hasrat-hasrat aku yang ada yang dah jalan dan ada yang tak jalan-jalan lagi. Bolehlah aku mula menyibukkan diri dengan blog aku ni. Haha. Tapi pembaca kena faham bahawa disebalik tujuan aku untuk mengisi blog aku dari tak bergerak langsung, tersembunyi satu niat yang ikhlas lagi murni. Chewah. Oklah, moga usaha ni berjaya. Terima kasih ya!

P/s: Aku sebenarnya bedebor time nak ambik gambar ni. Takut orang marah. Tapi aku akan buat jugak, tahu!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.