Followers

1.19.2012

Terbakor..

Dua malam lepas, ada cerita gempar yang terjadi kat rumah aku. Betul-betul punya gempar. Macam ni, karan sekarang ni memang banyak tak ada dari ada, jadi rumah aku ni lebih banyak menggunakan lilinlah untuk menerangi kegelapan.

Dekat tempat aku tidur, aku letak satu meja kecik khas untuk letak buku-buku, handphone, jam dan lain-lain barang termasuk lilin.

Jadi disebabkan aku tidur awal dan ada sorang lagi member aku yang masih keras mata, aku tidur dan biarkan lilin terpasang.Oh ya, aku tidur atas tilam je, tanpa katil. Bukan tak mampu beli katil, tapi nak menunjukkan beginilah sepatutnya kehidupan orang bujang yang penuh advencer.

Dalam pukul 4 pagi macam tu lebih kurang, aku dengar bunyi "krit.. krirt". Dalam kepala aku tak lain, ni mesti tikus yang ada kat bilik stor sebelah bilik aku dah mula berani masuk bilik aku.

Aku bangun slow-slow, jenis bangun ala pernafasan terkawal, capai handphone aku yang ade torchlight, bukak dalam selimut dulu supaya tikus tu tak perasan, dengan sepantas kilat, aku pun terus suluh kat atas meja.

Kosong.

Tak ada apa-apa atas meja kecuali kesan hitam dan tompok-tompok plastik cair. Aku hairan. Apa benda ni. Dalam mamai mata aku tu, sekali lagi bunyi krit krirt bermain. Datangnya dari plastik cair tu.

Tempat kejadian

Lahaula wala quwwata illa biLlah.

Bekas letak lilin tu dah rata di atas meja. Aku perhati lagi apa yang ada dan aku dapati kopiah aku pun tinggal bahagian tepi je yang tak kena makan dengan api. Ya, bahagian tepi yang tak kena makan, bukan yang kena makan.

Nampak, bahagian tepi sikit je api tak makan.

Secara automatik, tangan aku naik meraba rambut aku.

Alhamdulillah, masih ada dan ikal mayang macam biasa.

Aku pun suluh dah pastikan api padam sepenuhnya, dan aku tutup torchlight, aku pun sambung tidur balik macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Sebelum aku lena balik, aku fikir, Allah dah jaga aku malam ni, walaupun beberapa inci je meja tu dengan kepala aku, api tak sentuh kepala aku dan kitab-kitab aku kat atas meja tu, tak terusik.

Berkat BismiLlah dan doa yang aku baca sebelum tidur tadi mungkin.

Aku terus tidur dengan lena macam bayi sampai subuh, lepas sembahyang, aku pun cerita kat kawan aku yang dengar dengan buat muka serius antara pening baru bangun tidor dan menerima maklumat berat di pagi hari pada waktu yang sama.

Bacalah bismiLlah. Besar kelebihannya ya adik-adik.

Bowling Jom!

Sepanjang hayat aku, sekalipun aku tak pernah sentuh bola bowling dan aku tak teringin pun nak sentuh kerana aku terlampau malu. Aku pernah ikut member-member aku masa dekat Terengganu main boling dan aku siap bayar duit nak masuk main dah pun. Tapi pasal ramai sangat perempuan, aku batalkan niat aku dan aku kasi member aku main untuk aku.

Dekat KL pun aku pernah masuk, tapi macam biasa aku terlalu malu untuk bermain bowling. Aku terasa macam aku ni dipandang dan dikecam kerana buat balingan yang entah apa-apa. Ni betul-betul punya inferiority complex. Dalam bab bowling je la.

Tapi baru ni, aku dapat jugak merasa pasal aku usha member-member yang main sekali ni, bola pun banyak ke longkang, aku pun jadi rasa setaraf. Kah kah kah. Yang lagi power, kaki siap masuk lane lagi. Ini betul-betul Sukan Komanwel.

Jadi aku bincang dengan kawan-kawan aku ni, lepas ni paling tidak pun sebulan sekali mesti main boling. Keh keh keh. Untuk improve skill.

Ok. Mainlah apa-apapun kawan-kawan sekalian, asalkan benda yang korang main tu tak menyalahi syariat.

Target aku dalam masa 3 bulan ni, tak ada sebijik pun bola yang aku baling masuk dalam longkang.

1.12.2012

Misi Basikal

Aku rasa aku nak berbasikal kalau pergi mana-mana sekitar kota Sana'a ni.

Atas alasan apa aku nak berbasikal? Ok, aku akan tuliskan beberapa point manalah tahu korang boleh terasa nak join berbasikal.

1. Ok, aku mengaku aku adalah seorang yang agak bimbang dengan alam sekitar. Aku bimbang dengan penipisan ozon akibat dari asap kenderaan yang dikeluarkan. Walaupun aku duk di Malaysia, aku tak ada sebiji basikal pun. Tapi aku rasa, aku boleh mulakan di Yaman.

2. Aku teruja melihat kesihatan orang dulu-dulu. Semua benda yang ada melibatkan pergerakan fizikal. Mandi pakai telaga dan timba, giling cili pakai batu giling, sambal belacan dengan lesung, pergi mana-mana jalan kaki atau berbasikal dan lain-lain.

3. Berbanding sekarang, segala-galanya mesin. Mungkin sebab tulah manusia sekarang ni senang dapat penyakit. Hidup hanya mengawal mesin. Hampir mati pun dibantu mesin.

4. Memandangkan sekarang ni, tak semua jalan di Sana'a ni boleh dimasuki kereta, aku pilih untuk berbasikal untuk pergi ke kebanyakan tempat.

5. Sampai di Yaman baru-baru ni, aku di rekemen untuk tengok satu rancangan dari Saudi, Khawater nama rancangan tersebut. Bagus rancangannya. Antara yang menarik perhatian, adalah tentang kesihatan. Nabi S.A.W merupakan seorang yang sihat, tegap dan sasa. Jadi apa salahnya aku ingin mencontohi nabi. Korang pun boleh ikut.

6. Kalau ada yang mengatakan, naik basikal apa barang. Baik naik motor, laju. Ok, jawapan aku, naik basikal ni bukan sebab nak laju, tapi nak sihat. Kalau kau nak laju, kenapa kau tak naik jet?

7. Jadi, aku start dengan menabung dan berpuasa. InsyaAllah misi ni bermula minggu ni. Ya, Minggu ini.

Ok, tu je aku nak cakap.

1.08.2012

Exam Kali Ni Bukan Kerja Gila. Ok!

Sekarang aku tengah periksa.

Walaupun pada mula-mula aku rasa macam aku buat kerja gila.

Tapi lepas dua paper berlalu, aku rasa kerja yang aku buat ni tak adalah gila mana.

Lagi-lagi bila aku fikir, ini exam dunia, tak lulus kau boleh ambik balik. Kalau exam akhirat, kau boleh padam perkataan "ambil balik" dari kamus kematian kau.

Masih berbaki lima subjek lagi. Aku harap karan Yaman dapat bertimbang rasa terutama bila waktu malam. Bagi nyala panjang sikit. Kalau tak, boleh kelabu mata aku mengadap lilin.

Apapun, terima kasih pada mak ayah aku, keluarga aku dan bakal pelengkap hidup aku kerana tiap-tiap kali aku berhubung dengan mereka ni, keyakinan aku makin bertambah, semangat aku makin mencanak naik.

Member-member aku yang selalu support, kutuk-kutuk dan selalu pasang series Khawater yang buat semangat aku nak belajar makin bertambah.

Betul kata mereka, Yaman bila kurang pelajar sebangsa, lagi best sebenarnya. Lagi rapat dengan yang ada. :)

Ok, aku tak boleh lama.

Sini dulu. Moga kita jumpa lain kali. Wassalam

1.01.2012

Soalan Lazim Tentang Yaman

Ok, pasal ramai sangat yang nak tahu pasal Yaman sekarang ni, aku tulis kat sini la ye sekadar pengetahuan aku la.. Yang diluar pengetahuan aku tak dapatlah aku tulis kat sini. Jadi aku akan buat point supaya senang kawan-kawan nak pilih yang mana. Ok? Kita start sekarang.

S1. Macamana keadaan kat Yaman sekarang?
J1 - Keadaan kat Yaman sekarang ni kalau ikut perkiraan aku, dah makin ok. Semenjak aku sampai sini 26/12/2011, sekali pun tak ada aku dengar bunyi bom dan tembak menembak. Sikit-sikit ada lah.

S2. Habis tu, boleh ke nak belajar?
J2. Habis kau ingat aku datang sini nak main je ke? Mestilah boleh belajar. Kalau USTY, kelas memang dah jalan dan kerana lambatnya aku sampai, aku ketinggalan banyak benda terutamanya muqarrar untuk imtihan. Imtihan untuk maklumat korang semua, 7/1/2/2012. Lagi 6 hari dari tarikh aku tulis ni.

s3. Macamana USTY sekarang?
J2. Macam aku bagitahu sebelum ni, USTY dan lain-lain jamiah memang dah berjalan macam biasa dengan beberapa perubahan. Macam USTY, kuliah Dirasah Islamiyyah dah berpindah tempat kuliah ke bangunan kuliah Tibb nun di atas bukit sana. Sekarang ni pun aku rasa aku dah fit gila pasal selalu naik turun bukit tu. Bagi yang tak mampu, bas disediakan.

s4. Kenapa pindah?
J4. Kerana bangunan kelas kita yang asal tu telah diambil alih oleh USTY lil banat kerana bangunan diorang ditutup atas alasan keselamatan ekoran dekat dengan perkhemahan demonstran.

S5. Maksudnya masih ada khemah dekat Dairy?
J5. Ye, khemah masih wujud dan makin maju. Kalau dulu dengan kembeh (kanvas kot bahasa standardnye) sekarang siap berdinding simen lagi. Macam-macam pesen. Dari depan USTY banat hingga ke Jaulah Kentucky.

S6. Macamana pulak dengan urusan nak ambil duit dan pergi jalan-jalan cari makan dan barang-barang?
J6. Ok, duit tak ada masalah samada USD mahupun RY. Jalan-jalan pun tak ada masalah. Taftish memang banyak gila, tapi kebanyakannya oleh askar thaurah yang dikuasai oleh Ali Mohsein, sedara Ali Soleh yang berpaling untuk bersama-sama rakyat sekarang. Bawak passport atau bitoqoh jamiah, insyaAllah tak ada masalah. Makan ikut nak makan selagi mampu. Aku dah bertambah 2kg semenjak sampai sini.

S7. Habis tu, macamana nak pergi jalan-jalan kalau iqamah/visa dah mati? Boleh sambung iqamah tak?
J7. Aku punya iqamah untuk sesi ini insyaAllah akan dapat pada esok hari. Sekarang ni Embassy Malaysia tak nak keluarkan surat akuan dan sokongan untuk urusan visa. Jadi terpaksa adjust dengan jawaaazat untuk sambung. Standby 100USD dan 7000RY, biizniLlah, dapat.

S8. Aku ni hantu FB, cc dan PS3, macamana situasi aku?
J8. Kalau kau taknak belajar, baik tak payah datang pasal menghabiskan duit je. Tapi kalau nak datang jugak, ketahuilah, Yaman sekarang bergantung kepada generator sebanyak 75%-80% untuk membekalkan tenaga elektrik. Ghalibnya dalam sehari paling lama pun 2 jam lebih. Sehari 2 kali. Kadang-kadang tenaga terlalu slow hingga tak mampu menyalakan lampu panjang dan memanaskan seterika.

S9. Aku rajin talaqqi, ramai ke syeikh yang boleh aku talaqqi?
J9. Setakat ni memang ramai syeikh, cuma yang aku tahu, Syeikh Qasim Bahr dan mungkin beberapa orang lagi syeikh yang ada yang budak-budak Malaysia pergi. Aku tak pergi lagi pasal sibuk urusan imtihan.

S10. Dengar kata sara hidup dah makin tinggi, ye ke?
J10. Ya, betul la kata-kata yang kau dengar tu. Bas punya tambang dah naik ke RY50. Teksi 50 dah naik ke RY100. Petrol dah naik ke 3500 satu dabbah dan dua hari lepas pernah naik ke 5000 satu dabbah. Tukaran matawang sekarang 100USD bersamaan 22700RY. Aku baru beli losyen bukan pasal aku ni ada krisis jantina, tapi pasal kulit kering dan luka-luka. Harga dia 1500. Dengan karan yang tak menentu ni, lauk terpaksa beli hari-hari bagi mengelakkan buruk dan busuk pasal peti ais tak aktif.

Zohor dah masuk, aku kena pergi masjid. Sebarang soalan korang boleh tanya kat komen. Ok? Aku akan jawab setakat aku tahu. Jangan tanya soalan pelik-pelik macam bila aku nak kahwin, dengan orang mana, banat USTY comel-comel tak dan sebagainya. Tu sensitif bagi aku. Ok.