Followers

3.30.2011

Kembara ke MDQ 4

Darul Quran yang saya belajar dulu masih lagi sama seperti biasa. Saya pergi setelah mendapat panggilan dari pentadbiran MDQ yang ingin berjumpa dengan bekas pelajarnya yang ke Yaman. Perjumpaan yang ringkas dan saya kira sangat bermakna apabila masing-masing saling berkongsi pandangan dan pendapat serta beberapa tawaran untuk adik beradik saya menyumbang tenaga turut dibincangkan.

3.26.2011

Salah Makhraj

Dalam hari Khamis lepas, saya telah pergi ke satu klinik gigi di area Gong Badak. Maklumlah, balik dari negara yang rata-rata kedai makan di sana menghidangkan teh pekat, tak dapat tidak ada juga kesan-kesan keemasan yang melekat di gigi.

3.23.2011

Catatan

Saya dah sampai Malaysia. Dua tiga hari lepas. Internet tak ada masalah langsung. Saja-saja malas nak update blog. Kata orang biar saya boleh round rumah ni dua tiga kali, tengok apa yang bertambah dan berkurang. Tak banyak perubahan pun. Tetap tenang macam biasa.

Balik dari rumah, adik beradik pakat tegur, panjangnya janggut. Saya rasa biasa je pasal saya tengok cermin, janggut saya tak sepanjang Gandalf dalam LOTR. Okey, itu tak kelakar langsung.

3.17.2011

Situasi Hari Ini

Semalam bermula proses evakuasi pertama di Yaman. Seramai 33 orang telah dibawa pulang ke Malaysia dengan penerbangan awam. Ini kerana pesawat TUDM tak diberi kebenaran untuk mendarat di Sana'a International Airport (SIA).

Mengikut maklumat yang saya dapat, permintaan untuk membolehkan TUDM mendaratkan Herculesnya telah 3 kali dibuat dan semuanya dibalas dengan diam dari sebarang jawapan. Tapi jangan pandai-pandai buat hukum kat diam tu tanda setuju. Ini bukan soal nak meminang, ini soal keselamatan dan sekaligus ianya membabitkan reputasi kepimpinan Ali Soleh, Presiden Yaman sekarang.

3.13.2011

Destinasi Sebelum Malaysia

Semalam semua pelajar dan rakyat Malaysia dipanggil untuk memberikan pandangan, luahan, pendapat dan sebagainya tentang nak balik ke tak nak balik. Memang suara orang ramai nak balik. Tapi kedutaan masih lagi belum menentukan bahawa ada atau tidak kapal terbang percuma untuk kami nak balik ni.

Jadi, tujuan pengumpulan mengejut malam tadi adalah untuk mengumpul tandatangan berapa ramai nak balik ke Malaysia dan yang tak nak, yang paling penting dengan penerbangan percuma sekaligus bakal menjadi memorandum untuk dihantar ke pihak kedutaan hari ini. Katanya.

3.07.2011

Cerita Dari Kawan, Teguran Perlu Difikir!

Semua orang tak sempurna, ada yang baik, ada yang buruk. Tapi seperti kata pepatah Cina yang telah diterjemah, "berbuat salah itu tidaklah aib, tapi kekal berada dalam kesalahan itulah keaiban sebenar."

Rasanya, dengan pendahuluan yang cantik luar cantik dalam tu, pasti entri ini akan dipenuhi dengan tulisan yang bernada hikmah. Maklumlah, nak tegur orang ni, paling baik adalah dengan berhikmah.

3.06.2011

Kalau Janji Itu Mudah

Janji sememangnya mudah untuk dilafaz, sukar sekali untuk dilaksana. Kuat, tabah dan teguh perlu dalam melaksanakan janji agar ianya kekal menjadi janji yang paling istimewa.

Fikiran saya tak pandai untuk merangka ayat-ayat indah untuk diperlihatkan kepada pembaca. Tapi saya percaya keikhlasan dalam melakukan mampu untuk menyampaikan apa yang saya rasa.

Bahas Ucaptama Presiden Buat Pertama Kali

Jumaat lepas, seluruh rakyat Malaysia Yaman yang ambik perhatian, ada dua perkara besar yang berlaku di Sana'a. Satu fatwa Syeikh Majid Zindani yang menyeru kepada semua rakyat Yaman yang cintakan keadilan untuk turun bermuzaharah di Dairy. Kedua yang melibatkan rakyat Malaysia khususnya ahli persatuan tunggal di sini, PERMAYA untuk turun bermuktamar dengan tema yang menjadi bualan orang iaitu "Menuju PERMAYA Baru".