Followers

3.23.2011

Catatan

Saya dah sampai Malaysia. Dua tiga hari lepas. Internet tak ada masalah langsung. Saja-saja malas nak update blog. Kata orang biar saya boleh round rumah ni dua tiga kali, tengok apa yang bertambah dan berkurang. Tak banyak perubahan pun. Tetap tenang macam biasa.

Balik dari rumah, adik beradik pakat tegur, panjangnya janggut. Saya rasa biasa je pasal saya tengok cermin, janggut saya tak sepanjang Gandalf dalam LOTR. Okey, itu tak kelakar langsung.

Setakat ni saya nak maintainkan keadaan diri saya macam masa kat Yaman dulu. Cuma kadang-kadang saya perasan yang ada benda yang tak dapat saya maintainkan. Biasalah tu, keadaan berubah, kita juga harus berubah. Ini baru haraki.

Selepas ini saya bakal kembali menjadi driver keluarga, pergi ambik adik kat sekolah, hantar dan ambik anak saudara tiap-tiap hari, beli makanan pagi-pagi kalau mak tak masak, hantar barang kat orang ni orang tu, masuk cek kat bank, beli barang-barang kedai kat KT dan macam-macam lagi la.

Alhamdulillah, setakat hari ni, tempat paling jauh saya pergi dengan kereta adalah kampung Kesom yang mana salah seorang penduduk kampung tersebut yang namanya Khasie ada membawa pulang external hard disk saya yang ditinggalkan sebelum saja saya balik. Terima kasih untuk itu.

Hujan lebat sangat sekarang. Saya bawak kereta pun asyik huyung hayang. Bukan tak pandai, tapi kereta ringan sangat. Maklumlah kalau pelumba F1 pencen, mesti tak biasa bawak slow-slow. Saya laju, tapi saya berhemah! Okey.

Setakat ni tu je la dulu perkembangannya.

Ops, satu lagi. Banyak-banyak terima kasih kepada orang yang menguruskan evakuasi rakyat Malaysia di Yaman. Anda terbaik. PERMAYA, Kedutaan Besar Malaysia Ke Yaman dan pihak terlibat.

*P/s: Fakta - Kawan Malaysia pertama menelefon saya adalah Muhaimin, kawan pertama yang saya jumpa adalah Zahid, Orang pertama mengajak saya bermain futsal adalah Ikhwan Azam, orang pertama yang saya telefon adalah Muizuddin dan kawan di Yaman pertama yang saya jumpa adalah Ikram Syariff.

**P/s: Ikram kahwin dengan orang kampung saya rupanya.


2 comments:

  1. selamat pulang perantau..
    tahniah dah slamat balik mesia.doakan jordan.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.. Allah Yahmi Urdun.. :)

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.