Followers

3.30.2011

Kembara ke MDQ 4

Darul Quran yang saya belajar dulu masih lagi sama seperti biasa. Saya pergi setelah mendapat panggilan dari pentadbiran MDQ yang ingin berjumpa dengan bekas pelajarnya yang ke Yaman. Perjumpaan yang ringkas dan saya kira sangat bermakna apabila masing-masing saling berkongsi pandangan dan pendapat serta beberapa tawaran untuk adik beradik saya menyumbang tenaga turut dibincangkan.

Macam yang saya katakan pada mula tadi, sekolah besar tersebut masih lagi macam dulu. Suasananya sama sahaja. Apa yang berbeza mungkin berlaku penambahan bangunan, ustaz-ustaz yang lebih terjamin pendapatannya, pelajar-pelajarnya yang berpakaian mengikut trend terkini. Ye lah, takkan nak kekal macam zaman dulu-dulu ye tak?

Sempat juga saya ke kantin melihat watak saya dan kawan-kawan dilakonkan kembali oleh adik-adik kini dalam aksi berbaris mengambil makanan, kadang-kadang berebut, kena marah dengan pengawas serta memarahi tukang bagi makanan yang dirasakan tidak adil apabila diberi ketulan ayam lebih kecil berbanding yang lain.

Di tingkat satu masjid, ada kelas yang boleh dilihat pelajar-pelajarnya bersidaian menunggu ustaz datang ke kelas mengisi aktiviti ilmu harian. Ada juga yang culas dengan kerap benar beralasankan tandas di bawah perlu seseorang untuk mengisi kekosongannya. Maka, keraplah dia ke tandas. Tapi itu biasa.

Berjumpa pula dengan para masyaikh yang sekian lama menabur bakti dengan memberi anak-anak pelajar suapan kasih sayang dan ilmu yang pada saya tidak terkira nilainya. Antara ustaz yang masih ada menabur bakti adalah ayahanda Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Raja Sulong. Kedua-dua mereka ini mula berkhidmat seawal sekolah ini ditubuhkan.

Setiap kali saya menulis tentang Darul Quran, saya mesti merasakan bahawa saya perlu menulis satu buku khas. Tapi saya tiada disiplin menulis yang ketat walaupun saya masih mengharapkan agar ianya menjadi kenyataan.

Dateline yang saya tetapkan adalah akhir tahun ini. Jika berjaya, insyaAllah saya akan beritahu. Apapun, biarlah MDQ itu kekal menjadi pendidik anak bangsa agar dalam bidang apapun yang mereka ceburi selepas ini ianya masih lagi berlandaskan Islam yang mereka belajar di Rusila dulu.

3 comments:

  1. salam ust mad.. entri tentang blog kamu di sini:

    http://abuhanif186.blogspot.com/2011/04/blog-ni-aku-rasa-patut-popular-laa.html

    ReplyDelete
  2. Terima kasih la pasal promote.. Hehe.. Aku kalau mu sorang je bace blog aku pun, padan dah.. Puah hati dah.. hehe.. bile turun ganu?

    ReplyDelete
  3. yeker puas hati aku sorang j bace..??hehe tak tau lagi, sibuk cikit ler ning...

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.