Followers

6.22.2011

Angan dan Ayah

Aku rasa, aku nak menceburi bidang pertanian la.

Walau bukan sepenuh masa, separuh masa jadilah.

Pertanian ni kalau kena caranya, boleh sangat nak hidup.
Lagipun aku ni jenis lelaki yang cepat bosan. Bosan yang jenis nak menguap je bila buat kerja sama. Jadi, dengan pertanian, aku dapat mempelbagaikan lagi kerja dengan memperbanyakkan jenis-jenis tanaman.

Disamping tu, tempat menanam aku tu, mestilah ada binatang-binatang sikit. Baru meriah, tak sunyi kata orang.

Bila ada binatang, mestilah kena cari tempat yang ada sistem saliran yang baik. Kena ada tempat yang banyak air, senang kalau nak bersih-bersih.

Taik-taik binatang yang berhadas tu pulak, kalau masuk kursus, boleh buat baja tu. Silap-silap buah yang sepatutnya keluar 2-3 kilo satu pokok boleh mencecah 7-8 kilo tu.

Kalau dah banyak, takkan nak biar buruk macam tu je. Kalau ada niat nak biar jadi buruk macam tu, baik gali lubang, tanam diri sendiri. Jadi buah atau sayur ni kenalah jual.

Kalau jual murah-murah sikit, insyaAllah laku. Kalau jual-jual mahal pun, orang tak komplen kot. Orang sekarang ni, imuniti dia tinggi. Ye la duit banyak.

"Dah tu, kalau duduk depan ni lagi, agak-agak ada can tak pokok nak tumbuh? Buah-buah tu agak-agak bila boleh petik? Kau pulak, bila boleh makan hasil?" Kata ayah tiba-tiba.

Macamana ayah aku boleh masuk dalam lamunan aku ni pun, aku tak tahu.

Tapi, terima kasih ayah, pasal selalu menyedarkan aku bahawa angan-angan saja, tak boleh jalan. Kalau angan-angan sekali dengan kerja keras, kau boleh capai apa yang kau nak.

Dan ayah telah buktikan.

Selamat hari Ayah. Walau lewat sikit kerana anak ayah ni sibuk buat pelan pertanian.

1 comment:

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.