Followers

4.21.2011

Lewat Malam

Dalam dua tiga hari lepas, aku renovate sikit blog aku agar ia jadi lebih ringkas dan nampak yang perlu-perlu saja. Guna one column template ni memang dah jadi impian aku sejak beberapa lama berblog. Rasa bosan dengan satu-satu perkara menyebabkan aku jadi tak keruan untuk menukar layout blog aku ni kerap-kerap.

Tapi tak adalah kerap sangat pasal aku sangat malas nak susun balik segala benda yang ada dalam blog ni. Nanti mungkin aku akan buang segala macam widget-widget yang ada. Biar tulisan aku je yang ada dalam ni. Kalau malas tulis pun, aku letak gambar je. OCT ni kan lebar, elok sangatlah nak letak gambar pun, jelas mata memandang, jelas lagi bahu memikul.

Cakap tentang follower, malu seh nak letak follower atas gitu. Tapi disebabkan tak ada tempat lain yang ideal, aku terpaksa letak jugak. Maklumlah, tak penuh pun. Tapi aku kebal. Lantaklah, rongak sikit-sikit. Budak-budak kalau rongak cute apa. Hehe

Malam-malam ni tak dapat nak tulis serius-serius. Terpaksa la tulis yang orang Perak kata, cenggini-cenggini. Aku kena tidur balik nampak gayanya. Baru bangun pagi esok, bergaya sikit.

P/s : Bila aku bukak laptop dalam pukul dua tiga pagi ni, aku rasa macam penulis berpengalaman. Walaupun tak.

2 comments:

  1. lagi baik..buang guest counter jenis sebegitu, kerana ia bervirus

    ReplyDelete
  2. Ye ke ust mie? InsyaAllah... akan dibuang segera.. Hehe

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.