Petang-petang biasanya saya akan bertalaqqi atau pergi belajar dengan seorang alim. Syeikh Muhammad Abduh al-Ahdal namanya. Agak ramai jugalah yang mengambil manfaat ilmu dari syeikh ini.
Kawan saya membuka atau membaca kitab nahu dengan beliau. Dalam ilmu nahu ini, terdapat juga khilaf atau perselisihan pendapat antara ulama-ulama nahu. Paling ketara adalah antara Kufah dan Basrah.
Menariknya, petang itu syeikh kami telah bertanya soalan luar dugaan kepada kawan saya ini.
"Kufah di mana?" Tanya syeikh tersebut. (setelah diterjemah)
Tengok kiri kanan.. "Err.. Iraq ya Syeikh". jawab beliau.
"Ya... Dan Basrah?"
Kebetulannya, saat syeikh bertanya tentang Basrah, seorang kawan kami yang lain yang paling lama bertalaqqi dengan syeikh ini baru sahaja sampai dan terus duduk di tepi kawan saya yang ditanya tadi.
Kawan saya yang ditanya terus bertanya yang si baru duduk ini.
"Basrah kat mana wei?"
"Jepun" Jawab beliau selamba.
Terus kawan saya ini berpaling pula kepada syeikh dan dengan penuh keyakinan beliau menjawab. "Yaabaan ya Syeikh!"
Petang itu, pertama kali syeikh gelak kuat-kuat.
P/s 1: Walaupun belajar kitab arab, jangan lupa pada geografi dan peta.
P/s 2: Basrah itu di Iraq
mad,wat n0vel la.hehehhehe....
ReplyDeleteInsyaAllah bakal menyusul.. Tajuk novel, Bukan Ku Pinta...
ReplyDeletehahhaaaaaaaaaaaaaaaaaa...... lawak la..... ('',)
ReplyDeletehahaha,.,.,.,pandai ngat yer wat lawak
ReplyDeleteNAW- Tolong suke.. hehe
ReplyDeleteIbnu- Based on a true story nih.. hehe
ingat utraman je ada kt jepun
ReplyDeletehahah.
ReplyDeleteNad- Ultraman tu dah r kot yang pandai nahu.. hehe
ReplyDeleteMat pih - Saing rapat mu r ni.. hehe
mesti fuad yg duk jwb gitu tu mad ork.......????
ReplyDeleteBukan2.. Orang lain ni.. hehe
ReplyDelete