Followers

1.03.2011

2011

Dah 2011 rupanya.

Saya betul-betul tak menyedari bahawa dunia ini telah memasuki tahun 2011.

Saya hanya sedar setelah buka facebook dan melihat begitu banyak status-status orang yang menghikayatkan tentang tahun baru 2011 ini.

Barulah saya sedar bahawa saya begitu kuat belajar sehingga tidak menumpukan kepada benda-benda lain lagi sekarang ini.

Hmm.. Ok, saya tipu. Saya sedar sebenarnya tapi saja buat-buat tak sedar.



Saya cuba untuk mula sekali lagi.

Eh eh.. Dah 2011 rupanya.. Dah makin dekat kita dengan kiamat. Tak lama lagi mungkin Dajjal keluar. Masa tu tak tahulah samada kita mampu atau tidak melawan dan menahan diri dari fitnah terbesar akhir zaman.

Andai kata kita terselamat dari fitnah yang hebat ini, maka sempatlah kita merasai hidup dibawah kerajaan Islam di bawah pimpinan Imam Mahdi.

Jika umur panjang lagi, mungkin sempat juga kita menyaksikan bagaimana kiamat terjadi. Bolehlah kita lihat macamana suasana hari tersebut. Orang kata sampai emak pun boleh lupakan anak. Setakat pakwe makwe ni apalah sangat.

Saya nak mintak banyak-banyak dengan Allah.

Jauhkan saya dan keluarga saya dari fitnah al-Masih ad-Dajjal.

Jauhkan saya dan keluarga saya dari fitnah-fitnah akhir zaman.

Andai kami mati, matikan kami dalam husnul khatimah.

Andai umur kami masih ada, jadikan kami sebagai pejuang Islam akhir zaman yang bakal mengembalikan syiar Islam di atas bumi ini.

Masukkan kami ke dalam syurga.


P/s: Kena kerapkan lagi baca al-Kahfi lepas ni.

2 comments:

  1. selamat tahun 2011.

    semoga amal kita semakin bertambah.

    selamat maju jaya ostat!

    ReplyDelete
  2. Selamat la hendaknya.. :)


    InsyaAllah, sama2 la menambah amalan.. :)

    Selamat maju jaya jugaklah ye ostajah.. hehe

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.