Followers

1.05.2011

Jangan Cakap Laju-Laju!

Selepas Maghrib hari ini, saya menggentel keropok. Ya, keropok lekor buatan tangan. Sambil-sambil tu, saya bukak mp3 kuliah kuat-kuat dengan harapan untuk mengambil istifadah. Kuliah tersebut sedang membicarakan soal Syurga dan sifat-sifatnya.

Sedang leka menggentel keropok. Hmm, entah kenapa saya merasa kurang enak menyebut menggentel. Biarkanlah. Mungkin perasaan saya sahaja. Baik, sedang saya leka menggentel keropok, kuliah tersebut sedang menceritakan tentang perihal Kauthar.

Saat itu juga ada housemate saya duduk untuk menyertai aktiviti gentel-menggentel ini. Saya pun bertanya kepadanya dengan nada yang agak laju.

"Eh, Kauthar ni kolam ke telaga?"

"Erm... Orang yang ada dua alat kelamin ork?" jawabnya tenang.

Sekian!

P/s 1: Ya, khunsa adalah orang yang mempunyai dua alat kelamin.

P/s 2: Kauthar adalah kolam Nabi di Syurga yang bakal diminum oleh umatnya yang terpilih. Ya, ianya memang berbeza dengan khunsa dari segi makna dan ejaan.

P/s 3: Keropok lekor memang sedap.

P/s 4: Entri ini terdapat p/s yang paling banyak.

2 comments:

  1. hahahahahhahahaha. tukor mimbo sekali guane hal hahahaha

    ReplyDelete
  2. Lambat tangkap mungkin. Heh...

    P/s: 'Heh' adalah bunyi ketawa yang paling matang setakat ni.

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.