Followers

1.08.2011

Termenung..

Saya ada ramai kawan.

Kawan saya yang seorang ini, orangnya agak lurus sedikit. Baginya segala apa gurauan yang dibuat adalah serius. Jadi jika kita menggertak ala-ala gurauan, perubahan yang agak ketara boleh terpapar pada wajah kawan saya yang ini.

Suatu hari, saya melihat beliau termenung memikirkan sesuatu.

"Nengung nampok.. Miker awek ke?"(Termenung nampak... Teringatkan kekasihkah?) Kata saya dalam loghat Terengganu.

"Dok.. Tengah miker pasal taworang siket eh.." (Tidaklah.. Saya cuma fikir pasal satu tawaran ni..) Jawab beliau. Juga dalam loghat Terengganu.

"Taworang mende pulok?"(Tawaran apa?) Tanya saya kembali.

"Ada orang tawor ke aku 100USD kalu aku masuk Mazhab Hanafi!"(Ada orang tawarkan aku 100USD kalau aku bertukar ke Mazhab Hanafi!) Jawabnya sambil terus memuncungkan mulut tanda sedang berfikir.

Sekian

P/s 1: Tulisan senget adalah terjemahan.

P/s 2: Tidak semua orang tahu kita sedang bergurau.

P/s 3: Kawan saya memang serius dalam mempertimbangkan tawaran.


5 comments:

  1. seriuskah mengenai tawaran tersebut?
    saya mahu juga.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. maknanya,orang hok jung kabo nok wi taworang tu gura lah?
    (saye nok cakak ganung gok)

    ReplyDelete
  4. Ms - Gurauan semata-mata

    Mieha - Entry ning mmg penuh dengang gurawang.. Hehe

    ReplyDelete
  5. sabau jelah.siang gok sposeng ke ye.

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.