Followers

5.16.2011

Satu Pandangan Dihari Guru



Aku ada satu pandangan. Pandangan aku ini mungkin betul, mungkin salah. Aku melihat dengan dua bijik mata yang aku ada ini sahaja. Mungkin ada juga sisi-sisi yang aku tak ternampak. Mungkin orang lain lebih tahu apa yang dia kerjakan.

Sekarang ini aku tengok banyak sangat kelas agama untuk budak-budak khasnya budak-budak sekolah rendah. Ini bagus. Tapi aku ada nampak satu sisi yang tak bagus bila kebanyakan orang macam nak jadikan dia sumber pendapatan.

Sekali lagi aku cuba jelaskan dalam maksud yang lebih mudah, mendidik itu bagus, tapi menjadikan pendidikan sebagai tempat untuk mendapatkan keuntungan, itu aku rasa tak patut.

Aku pernah berkongsi cerita dengan seorang ustaz yang menubuhkan satu sekolah tahfiz. Dia ada pesan, kalau kita nak buka sekolah, benda pertama yang perlu kita elak, jangan fikir nak tubuh sekolah kerana keuntungan. Tujuan pertama mesti untuk tujuan mendidik. Kerana, ini akan membantu kita untuk ikhlas dan tabah dalam mengajar dan mendidik.

Pandangan aku, jangan tubuh sekolah atau kelas semata-mata nak ambik bayaran, budak-budak nak buat apapun, buatlah. Yang penting budak-budak pandai mengaji, dapat tamat dalam target masa yang ditetapkan dan lain-lain lagi rancangan.

Jadi, apapun, selamat hari guru aku ucapkan buat semua guru-guru yang mengajar dengan tidak menjadikan gaji sebagai tujuan utama. Guru tugas mulia, mendidik murid menjadi orang.

Terima kasih buat guru-guru aku yang pernah mengajar aku di :
Pasti Al-Husna
Madrasah Darul Taqwa
Maahad Darul Quran
Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah
Kerana tetap datang mendidik aku di sekolah walaupun tiada jaminan untuk mendapat gaji pada bulan tu. Sampai sekarang aku pelik macamana mereka boleh dapat semangat sekuat itu. JazakumuLlah bikhairil jazaa'.

1 comment:

  1. salam...ex-mdt n mdq jugak anda rupenyer..menarik2...100 per cent saye stuju dengan cakap anda,cikgu2 kat sana tak fikir gaji pun,tahu nak ngajor je..emang tabik lah...

    p/s;(tak kisah lar kan sy komen kat post yang lame pun)

    terus maju jaya dalam menulis blog... =)

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.