Followers

7.28.2011

Ini Cerita Sejarah Ni!

Ni cerita fresh-fresh baru dapat tadi.

Ini cerita tentang sejarah. Cerita pasal tokoh. Tokoh perjuangan kemerdekaan.

Pagi tadi ada sorang mak cik yang tua dia lagi tua dari ayah aku. Dia masuk dalam kedai cari-cari barang. Bila tak jumpa barang, baru dia bagitahu apa dia nak.

"Bagi ubat nyamuk satu, Awang.."
"Ubat nyamuk apa tok nak?"

"Bagi ubat nyamuk Mat Kilau satu"

"Hm, rasa macam tak ada je tok, ubat nyamuk Mat Kilau.."

"Ish, takkan tak ada pulak, biasa tok beli kat sini ada je.."

Aku punyalah fikir, ni jenama baru sempena bulan kemerdekaan depan ke apa.

Tengah-tengah fikir, tiba-tiba dengar ayah aku memberi petunjuk.

"Fumakilla, Fumakilla.."

Fuyyo, Fumakilla rupanya.

Jiwa pejuang merdeka betul mak cik tersebut. Fumakilla jadi Mat Kilau.

Sekian ceritanya. Bersejarah kan?

2 comments:

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.