Followers

7.20.2011

Kisah Cinta


Hari ni aku ada kisah cinta untuk dilipurkan pada pembaca kepada blog aku yang mempunyai follower seramai 65 orang. Baru 65 orang pun dah buat aku rasa dihargai. Peh, terharu dia lain macam.

Ok, terus kepada kisah cinta tersebut.
Aku ada anak sedara yang namanya Amin (bukan nama sebenar), aku ni jenis suka ambik tahu perasaan anak-anak kecil pasal aku rasa tak ada orang ambik tahu soal hati dan perasaan aku masa kecik dulu.

Jadi bila aku tanya, dia tak jawab. Kakak dia yang jawab, katanya ada. Nama budak tu Ilma. Budak cerdik yang satu kelas dengan si Amin ni.

Jadi, aku tanyalah Amin ni, macamana perancangan masa depan? Agak-agak nak lamar Ilma tu dalam darjah berapa?

Amin jawab pendek je, "dah putus!"

"Biar betul dah putus. Masalah apa?" Aku tanya

"Dia sombong sangat"

"Sombong macamana?"

"Dia suka tanya siapa paling cerdik dalam kelas, bila tak ada orang jawab, dia mengaku, dia la cerdik sekali"

"Oo, boleh tahan. Tapi memang dia cerdik kan? Selaku bakal suami, Amin kenalah support dia"

"Bukan pasal tu Amin putus dengan dia..."

"dah tu?"

"Lepas ye mengaku ye cerdik tu, ye mari kat Amin, lepas tu dia cakap...."

"Cakap apa?"

"... Mu bodo sekali Min ork?"

"Peh.. "

Perbualan kami berhenti setakat tu saja.

Ya, Amin baru darjah dua, tapi sentimental dia lain macam. Tapi tak lama, pagi dia putus, petang mood dia okey balik, power betul cinta budak-budak ni, cepat recover. Tak macam orang tua-tua!

"Dah Ayah De ada kasseh tak lagi?" Amin memecah kesunyian.

Sekian kisah cinta hari ini.

6 comments:

  1. ayah de amin masih belum menjawab soalan amin~
    ^_^

    ReplyDelete
  2. Ayah de terpaksa mengelak dari jawab soalan amin memandangkan tengah memandu.. Soalan2 jiwa macam tu tak boleh dijawab ketika memandu, bahaya dia lebih. Keh keh keh..

    ReplyDelete
  3. Sila gelak sebelum ianya diswastakan.. keh keh keh

    ReplyDelete
  4. ayah De x lme dh ow..ke gane..? kelako guh bud0k leni..leh thn..hehe

    ReplyDelete
  5. budak2 memang jujur,
    kalau ada satu bende yg kita dapat belajar dari budak; kejujuran lah bendenye.

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.