Followers

7.27.2011

Pergaduhan Terhebat

Pergaduhan tu kadang-kadang tak semestinya berakhir dengan darah, bengkak, patah dan riuk. Kerana sebelum aku tidur tadi, tiba-tiba aku gelak. Gelak yang jenis aku sorang je boleh dengar. Gelak tu pasal teringat dekat satu kes pergaduhan kawan aku dengan kawan aku sorang lagi.

Masa tu, budak-budak lagi. Yela, darah tengah panas. Pantang cuit sikit, terus geli.
Ceritanya, bila kawan aku yang sorang ni ada tak puas hati dengan kawan yang sorang lagi. Jadi, cakap banyak pun tak guna, terus dia ajak gaduh. Gaduh yang lawan-lawan tu, tapi gentleman. Sorang lawan sorang.

Jadi, set masa, set tempat, kira jadilah.

"Belakang kedai Bak, dekat wakaf, tepi pantai, lepas Zohor. Jangan bawak kaum" kata si A

"Ok, macam aku takut" Balas si B

Lalu, selepas Zohor, dua orang ni pergi ke tempat yang dijanjikan.

Masa tu pulak, bukan main serius suasana. Angin tak ada langsung. Rumput bulat-bulat macam dalam cerita koboi pulak duk main lintas-lintas depan seteru ni.

"Kau mula la dulu"

"Aku pulak, bukan aku yang cabar.. Kau yang cabar"

"Ok, kau ingat aku takut ke nak start"

"Tak takut, start je la, banyak cakap pulak.."

"Kejap, aku nak pergi kedai Bak kejap.."

"Nak buat apa?"

"Kejaplah, kau jangan lari pulak.."

...........................................

Selepas beberapa detik, sekonyong-konyong si A ni datang dari kedai dengan membawa satu peket roti siput yang inti krim.

"Kau nak buat apa pulak ni? kata nak gaduh?" tanya yang menunggu.

"Kejap le, aku lepas Zohor tadi, tak sempat pergi kantin, terus datang sini. Lapar laa.."

"Kau ingat kau sorang je tak makan.."

"Nak ke? Ambik la sikit.."

"Takpe, aku tak suka roti siput, aku suka roti sekaya.."

Jadi , kisahnya berakhir dengan kedamaian. Cerita ini cerita benar. Dua orang yang bergaduh ini pulak masih hidup.

Pergaduhan ni berlaku sekitar tahun 2000, Rusila. Sekian.

5 comments:

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.