Followers

8.02.2011

Cerita Syahid

Aku sendiri tak tahu sedih atau gembira.

Sedih mungkin pasal aku tahu lambat lebih kurang 3-4 bulan. Tak cakna betul.

Gembira kerana dua orang sahabat aku di Yaman telah berjaya meminang bidadari.
Dua orang ini aku kenal sewaktu aku menjadi salah seorang mu'takif di Jame' at-Taqwa, salah satu masjid di Sana'a. Berada berhampiran Sawadhannas. Nama tempat itu tak aku pastikan betul-betul. Cuma bila mahu ke sana, aku hanya memberitahu driver teksi untuk ke Sawadhanas dekat dengan imarah yang diberi nama dengan nama tuan punya tersebut.

Cerita tentang kesyahidan dua orang Arab Yaman ini aku tahu apabila melihat ramai dikalangan sahabat-sahabatnya menggunakan gambarnya sebagai profil. Terdetik di hati untuk meninjau gambar kawan-kawan lama itu bila seorang lagi mu'takif, Mazen al-Wageh menghantar mesej untuk bertanya khabar.


Bila aku lihat profilnya, barulah aku tahu bahawa Mazen menggunakan gambar Muhammad Soleh Awadh dengan tertera disitu kalimah As-Syahid al-Hafiz Muhammad Soleh Awadh. Beliau merupakan antara tenaga muda masjid at-Taqwa yang bertanggungjawab menyediakan makanan untuk kami berbuka dan bersahur.

Beliau antara orang yang paling cepat aku cam kerana rambutnya lebih panjang dari yang lain. Orang-orang Malaysia yang beriktikaf sekali selalu memanggilnya dengan nama Puyol, pemain bola Sepanyol kerana rambut yang seiras. Selain itu, beliau seorang yang kuat. Selalu bercerita tentang seni pertahanan diri. Pernah satu ketika aku melihat dia memegang tiang masjid dan mengangkat badannya hingga kelihatan macam bendera. Moga Allah merahmatinya.


Seorang lagi yang turut syahid adalah salah seorang ketua halaqah mu'takifin. Ustaz Jalal Ali. Aku lihat dari mula aku kenal, beliau ini merupakan seorang dai'e yang baik. Ramai pemuda-pemuda Arab rapat dengannya. Mudah bergurau dan tahu di mana batasnya.

Selalu tampil dengan soalan-soalan kuiz dari al-Quran berdasarkan hadith-hadith nabi s.a.w. Jarang saja aku dapat menjawabnya. Biasanya jawapan akan diberikan oleh pemuda arab yang pantang ditanya.

Muhammad Soleh Awadh syahid pada 27 April 2011 dan Ustaz Jalal Ali pada 24 Mei 2011. Persahabatan mereka telah terjalin hingga ke syurga. Aku pula masih tak tahu macamana pengakhiran hidup aku.

Saat kita masih mengejar cinta manusia,
mereka berdua telah meminang bidadari.

Ya, kita semua, aku, kau dan dia.. Patut cemburu dengan mereka.

Semoga Allah merahmati ruh mereka dan merahmati umat Islam seluruhnya.

1 comment:

  1. Salam ramadhan kareem...kaifahaluk?

    Beruntungnya kalau kita mempunyai sahabat yang menemui syahid dan telah berjaya meminang bidadari. Pemergian sahabat anta akan menjadi pembangkit semangat muda-mudi hari ini agar memburu cintaNya. Semoga rohnya ditempatkan di tempat yang mulia. Amin.

    Bagaimanakah pengakhiran kita (terutamanya tuan punya jari yang sedang menaip ini?. Syeikh.. doakan juga ana, anta dan sahabat2 lain juga menemuiNya dalam Islam dan Iman. Insya Allah.

    Ibnu Ibrahim.
    http://abuaiman786.blogspot.com/2011/08/param.html

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.