Followers

1.19.2012

Bowling Jom!

Sepanjang hayat aku, sekalipun aku tak pernah sentuh bola bowling dan aku tak teringin pun nak sentuh kerana aku terlampau malu. Aku pernah ikut member-member aku masa dekat Terengganu main boling dan aku siap bayar duit nak masuk main dah pun. Tapi pasal ramai sangat perempuan, aku batalkan niat aku dan aku kasi member aku main untuk aku.

Dekat KL pun aku pernah masuk, tapi macam biasa aku terlalu malu untuk bermain bowling. Aku terasa macam aku ni dipandang dan dikecam kerana buat balingan yang entah apa-apa. Ni betul-betul punya inferiority complex. Dalam bab bowling je la.

Tapi baru ni, aku dapat jugak merasa pasal aku usha member-member yang main sekali ni, bola pun banyak ke longkang, aku pun jadi rasa setaraf. Kah kah kah. Yang lagi power, kaki siap masuk lane lagi. Ini betul-betul Sukan Komanwel.

Jadi aku bincang dengan kawan-kawan aku ni, lepas ni paling tidak pun sebulan sekali mesti main boling. Keh keh keh. Untuk improve skill.

Ok. Mainlah apa-apapun kawan-kawan sekalian, asalkan benda yang korang main tu tak menyalahi syariat.

Target aku dalam masa 3 bulan ni, tak ada sebijik pun bola yang aku baling masuk dalam longkang.

1 comment:

  1. tak sangka ana yang enta ni terlampau malu dan terlalu malu... ana ingat ana la orang yang paling malu rupa-rupanya ada lagi orang yang lebih malu dari ana... tapi ana tengok enta kalau kat mana2 steady je...

    ana pun pernah jga main bowling... baru skali... masa tu main kat TER dgn ahli2 usrah.

    masa tu ana mmg pun fisrt time main bowling... ada la juga rasa malu... malu sebab takut asyik jatuh kat longkang... nanti kena ketawakan orang di sekeliling... tapi ana BELASAH aje... ana tak hiraukan keadaan orang di sekeliling... kalau diorang nak ketawakan ana, itu diorang punya pasal la... jadi ana main je la... walaupun hakikatnya tak pandai main.

    tapi seingat ana, masa ana main bowling tu banyak kali juga pin ball jatuh dari masuk longkang w/pun baru fist time main.

    sejak pada tu, ana tak main lg bowling sampai la hari ni... x tau la bila lgi boleh main bowling... best juga main bowling!

    bagi ana, main bowling boleh... tapi masa main tu jangan tinggal solat, campur lelaki perempuan, ada aktiviti pertaruhan dn benda2 maksiat yang lain.

    nak main boleh tapi jangan campur dengan prkr2 haram, maksiat, mungkar dan dosa. wallahu'alam.

    ReplyDelete

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.