Followers

1.25.2009

Kuliah Palestin

Memang saya kaku dari segi percakapan, itu memang diakui. Bahkan saya merasakan bahawa sekarang ini pun saya masih lagi tercari-cari identiti ucapan yang tersendiri. Kuliah Maghrib di surau al-Kauthar tadi sedikit sebanyak menyebabkan saya terkilan kerana saya terasa isi yang dikeluarkan agak kurang berbanding apa yang saya baca. Tapi dalam begitu, saya tetap bersyukur kerana saya diberi peluang untuk menyampaikan apa yang saya ada untuk tatapan masyarakat. Begitu hebat motivasi Erti Hidup Pada Memberi yang dicetuskan ustaz Hasrizal Jamil.

Sempena isu Palestin, saya membaca hadith tentang keadaan umat Islam yang pada akhir zaman ini, ramainya hanya seperti buih-buih laut yang tidak mendatangkan gerun akibat daripada penyakit al-wahn. Cintakan dunia dan takutkan kematian.

Saya tidak sempat menditilkan sejarah Palestin terutamanya sejarah yang menceritakan tentang penentangan PLO pimpinan Yasser Arafat dan bagaimana ianya yang bermula dengan penentangan dan seterusnya toleransi danperjuangan berkonsepkan penentangan ini diteruskan oleh HAMAS.

Sejarah Pelestin

Palestin kini menjadi rebutan antara penduduknya sekarang dan penceroboh yang mendakwa bahawa tanah Palestin itu adalah hak mereka. Penduduk asal tanah Palestin ini adalah orang Kan'an, bahkan nabi pertama yang diutuskan di bumi Palestin juga adalah dari kalangan orang-rang Kan'an ini sendiri iaitu nabi Allah Ibrahim. Nabi Ibrahim pula beristeri dua dan isterinya yang kedua itulah melahirkan anaknya yang pertama iaitu Nabi Ismail.

Nabi Ismail dihantar dan ditinggalkan di Makkah sebagaimana yang diwahyukan kepada Allah. Dalam beberapa ketika, Nabi Ibrahim dikurniakan lagi seorang anak iaitu Nabi Ishak. Nabi Ishak inilah yang keka tinggal di Palestin, namun harus diperhatikan, nabi Ibrahim dan nabi Ishak bukanlah berketurunan Yahudi. Keturunan Yahudi bermula daripada nabi Ya'kub dan Yahudi adalah satu istilah yang diambil dari anak nabi Ya'kub bernama Yahuza.

Yahudi di Mesir


Bermula dari era nabi Ya'kub inilah kaum Yahudi mula lupa diri dan tidak dapat menerima kepimpinan selain bangsa mereka. Bukan salah nabi, akan tetapi salah mereka sendiri yang degil dan bodoh sombong dengan bangsa mereka. Mereka merasakan bahawa kaum mereka adalah kaum terpilih. Daripada palestin, kaum ini mula mengorak langkah ke Mesir selepas usaha jahat mereka untuk membuang nabi Yusuf menjadikan nabi Yusuf sebagai orang yang terbilang di negeri Fara'inah itu. Selepas peristiwa kemarau dan kejayaan nabi Yusuf mentadbir perbendaharaan Mesir ketika itu, ayahanda nabi Yusuf iaitu nabi Ya'kub juga pergi memohon bantuan di Mesir dan seterusnya menetap di Mesir.

Kaum Yahudi selepas itu diutuskan lagi nabi iaitu nabi Musa dan Harun. Setelah bersemuka dengan Firaun, nabi Musa dihambat keluar dan baginda bersama-sama 12 suku kaum Israel itu pulanglah ke tanah air mereka. Setelah itu, generasi kenabian diteruskan oleh Nabi Daud selepas era pemerintahan Raja Thalut dan seterusnya diwarisi Nabi Sulaiman yang empayarnya adalah empayar yang terhebat di dunia. Masakan tidak, empayar nabi Sulaiman diisi dengan kudrat dari segenap bala tentera yang terdiri dari manusia, jin, angin dan binatang. Di Palestin, nabi Sulaiman mengerahkan petugas-petugasnya yang terdiri dari manusia dan jin untuk membina istana yang belum sempat beliau lihat kerana ajal terlebih dahulu menjemput baginda. Nabi Sulaiman wafat dalam keadaan berdiri yang hanya disedari setelah tongkatnya reput dimakan anai-anai. Ini menjadi bukti bahawa jin tidak mengetahui ajal manusia.


Istana itulah yang kononnya dimahukan Palestin. Lebih dikenali dengan Haikal Sulaiman, orang Yahudi mendakwa pula ianya terletak di bawah al-Aqsa.

Selepas pemerintahan Nabi Sulaiman, Palestin terbahagi dua. Kingdom of Jews dan Kingdom of Israel. Kingdom of Jews dikalahkan oleh Nebuchadnezzar dan Kingdom of Israel ditewaskan Parsi. Yahudi di halau ke Iraq dan selepas itu Parsi dikalahkan oleh Rom. Kekalahan Empayar Parsi ini dirakamkan di dalam al-Quran dalam surah ar-Rum.

Napoleon Bonaparte

Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, Palestin sekali lagi bertukar tangan (638m). Pemerintahan Islam kekal di Palestin selama 1200 tahun lamanya. Manakala orang Yahudi pula hanya menguasai Palestin selama empat kurun sahaja. Kejatuhan Palestin ke tangan orang kafir berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah hasil dari kelicikan tokoh revolusi Perancis, Napoleon Bonaparte yang menyeludup masuk kira-kira 5000 Yahudi yang bertujuan untuk mengucar-ngacirkan Palestin dari dalam.

Saya akan menulis tentang Palestin bermula dari sejarah Palestin di era Uthmaniyah sehingga sekarang selepas ini.

Kuliah pada malam itu saya akhiri dengan teori ekonomi yang ayah saya selalu cakapkan. Ianya berkaitan juga dengan cara pemboikotan yang betul. Katakan kita mengetahui bahawa barangan Nestle adalah produk yang berkaitan dengan Yahudi, maka sebagai contoh saya menggunakan Milo. Caranya ialah membeli produk yang lain seperti Vico atau Ovaltine. Akan tetapi sudah menjadi kebiasaan orang Melayu, jika barang itu yang digunakan, maka barang itulah yang akan digunakan selamanya. Sama seperti politik era 5 tahun sudah. Dengan cara ini, selain kita dapat memboikot barangan Israel, kita juga dapat mengawal kuasa barang dengan menggunakan kuasa beli kita sebagai pengguna. Nestle tidak segan silu menaikkan harga barangannya kerana mengetahui sikap Melayu Malaysia yang tidak akan berpaling tadah untuk menggunakan produk yang lain.



Turut saya tekankan, kita tidak hanya memboikot satu-satu barang sahaja, jika kita ingin memboikot barang-barang Yahudi, semua sekali mestilah berada di dalam senarai. Pakaian, makanan, alat solek, elektronik dan juga ROKOK. Satu bonus kepada saya, kerana kedai saya memang tidak menjual rokok sejak 2006. Bahkan kata ayah, sejak tidak menjual rokok, Alhamdulillah. Pendapatan hasil jualan rokok dulu telah berpindah ke barangan lain dan hasilnya langsung tidak terjejas ditambah dengan keberkatan kerana tidak menjual barangan makruh atau haram di sisi sesetengah ulama'. Seeru Ala BarakaatiLlah.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih mengomen! Jangan segan-segan untuk meninggalkan perkataan di sini.